Followers

Thursday, January 7, 2010

menyampah!

bukan nak bukak pekung.
tapi rasa terkilan bila sedara bersikap macam ni.
takde bertolak ansur.
takde timbang rasa.
sampai ibu pon naik meluat.

dok gilekan duit.
padahal, dah bagitau sepupu aku tu kitorang tumpang letak barang.
dia pon tak cakap apa,
ingatkan dah settle kat situ.
tetiba...mintak 2 bulan sewa rumah.
apakah?????????

dari raya sampai skarang kitorang tak duduk umah tu.
cuma datang sekali sekala jenguk2 untuk amek bil, surat2 dan tengok keadaan rumah.
itu je.

kalau aku tau awal2 lagi, lama dah angkut segala barang mak nenek dari umah tu.
ye la kan, dia pon kena la faham.
aku dalam pantang dari bulan 9 sampai bulan 11.
ada masa pon bulan 12 ni.
tu pon tak sempat2 nak angkut sebab every weekend busy sesaje.

ok. ibu dapat tau sepupu aku ni mintak duit,
ibu aku terus sms sepupu aku tu.
wah!!! dia balas balek.
konon2 dia tak berkira masa aku ngan alang lambat bayar,
tak nak SEDARA MEREMPAT kalau dia suruh kitorang kuar dari umah tu.

tapi aku jelaskan kat sini.
kalau kitorang lambat bayar pon, takat seminggu je.
sebab aku ngan en alang ni keje swasta. gaji bukannya awal macam gomen.
dan aku ngan en alang jenis kalau sewa umah memang akan bayar tiap2 bulan.

masa mula2 dulu, dia kata nak jual umah tu,
beria2 aku ngan en alang carik umah sewa lain.
sebab ingatkan dia dah nak jual sangat2 umah tu.
tapi, bini dia dok call ibu suruh kitorang stay lagi kat umah tu.
(maybe nakkan duit sewa kot)
so, kitorang pon stay lagila kat umah tu.
sebab pikir sepupu. dari bagi duit kat orang lain, baik bagi kat sedara.

memang takde dalam kamus keluarga kitorang, perkataan MEREMPAT!
kitorang masih ada mak bapak.
masih mampu nak sewa umah lain.
apa kes cakap pasal merempat bagai kan?
memang rasa nak menyumpah time tu.
tapi en alang banyah sabarkan aku.

ikutkan en alang, memang dia nak beralah je.
sebab pikir sedara.
dia willing nak bayar 3 bulan sewa lagi.

tapi ibu kata tak payah bayar.
jangan bagi muka camtu skali.
kalau kite bayar, maknanya kite biarkan dia pijak kepala kite.
entahla, skang ni tak tau nak wat camne.

dah banyak kitorang buat kat umah tu.
cat je dah beratus abis.
belum kire penat kitorang lagi nak cantekkan umah tu.
en alang hampir setiap minggu cabut rumput kat belakang umah.
en alang cat pagar tengah panas terik.
memang untuk keselesaan kitorang gak.
tapi bila pikir2 balek, rasa rugi je buat semua tu.
patotnya biarkan je umah tu nampak berhantu dari luar.
karat sana sini, cat terkopek-kopek.

haih..geramnyeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!

kalau korang kan, apa korang rasa?
apa tindakan korang?

15 comments:

  1. hmm.. maybe dia dh terdesak nk guna duit la tu.. sbr la ye.. klu psl duit mmg org akan jadi tamak n berkira...

    ReplyDelete
  2. hurmmm..

    tulah kan intan.. memang dalam dunia ni, sedara memang sedara, tapi bab duit, terus tak kenal sedara

    susah kan macam tu.. tak boleh tolak ansur langsung..

    padahal mmg le intan tak duk kat situ..cuma tumpang barang jek.. boleh je pun kalo dia nk sewakan ke orang lain umah tu.. tapi, nan ado?

    sebab tu dia cam tamak jadinya gaknye.. yelah, selama ni dapat duit dari intan, la ni umah tu xde org nak sewa/beli lagi, tu yg dia rasa 'short' duit tu..

    tapi, takkanlah kita nak bayar lak kan, sedangkan kita tak duduk? haihhhhh...

    ReplyDelete
  3. alamak, frustnyer... kecewa sgt kot jadi macam tu... maksu mungkin akan keluar jer cepat2, before that, nah, ambiklah sangat duit ni... dipendekkan cerita. lepas tu biar cari rumah lain... eeeiii, tak syoklah

    ReplyDelete
  4. pertama, sabar.

    kedua, jangan bayar!

    ketiga, halalkan je laa semua yang dah diusahakan kat umah tu selama neh.

    keempat, angkut barang bawak keluar, kira setel!

    kalo dah sampai tahap gunakan ayat TANAK BAGI MEREMPAT tu, maka toksah laa anggap dia sebagai sedara (untuk kes neh je laa, tapi jgn sampai putus silaturrahim) sebaliknya anggap dia macam tuan rumah yang biasa.

    takde agreement mengatakan ko nak bayar sebab ko pon mmg tak duduk situ 2 bulan neh.

    so, ca-alip-but!

    dari encik alang bayar sewa 3 bulan tu, baik laa buat deposit untuk rumah baru.

    kalo tak, masalah sama akan berulang dan bermulalah perang si tualang!

    ReplyDelete
  5. memang ada orang yang perangai camtuh intan..tu sebab prinsip yana kadang2 baik kita menyewa ngan orang yang kita tak kenai langsung lagi puas ati..klu kena camtu tak ralat sangat..ini sedara sendiri mesti ingat sampai mati punyer kan....

    tumpang simpati tapi yana pun penah kena jugak camtu intan..

    banyak2 sabar ye...:D

    ReplyDelete
  6. marah!
    itu yg kita rasa...

    bertolak ansur la sikit..
    nama pun sedara..tak boleh ke datg jumpa cakap elok2 dengan awak?

    nak ungkit pasal lambat bayar etc.. kenapa tak cakap dulu? kenapa skrng?????

    tmpang letak brg dengan duduk menyewa adalah dua perkara berbeza!
    haih..


    ATS SHOPPE - Macam-macam ada!!!

    ReplyDelete
  7. amiy,
    kite pon pikir camtu gak. tapi ibu kite kata, dia tu banyakk duit. maybe spesis kedekut kot. huhuhu~

    naja,
    itula pasalllll!! haih. dah penat pikir ni. nape la kite dapat sepupu kedekut camni. berkira sangat.
    kitorang pikir, dia bukannye nak jual skang. sebab tu la bagitau awal2 kitorang tak dok umah tu dan dia senyap je. terusla kitorang ingat dia ok. tgk2 k.o plak. huhuhu~

    maksu,
    by this weekend kitorang akan berpindah. doakan yang terbaik ye!

    ReplyDelete
  8. saya sokon itu akeji hiroshi!

    ReplyDelete
  9. ajai,
    satu, aku tengah sabar la ni.
    dua, rasa tak sedap hati kalau tak bayar. tu kire aku berhutang ke ek? kalau utang, kat akhirat nanti dia tuntut gak.
    ketiga, aku halalkan. cuma rasa terkilan je.
    keempat, wiken ni aku angkut barang! ho yeahhh!!! (nak tolong tak? hehehe)
    skang ni kitorang stay umah ibu aku. memang stay situ sejak aku beranak aritu.
    susah kan dapat sedara jenis ungkit2 ni? haihhh~

    zue,
    tula pasal.

    yana,
    tq yana. *hug*

    ayu,
    kite rasa marah sampai rasa menyampah dan meluat. dia ada datang sini last weekend. tapi masa tu kite ngan alang kelam kabut sebab abang long si alang tu kawen. dah abg ipar kawen, mestila nak tolong kan? dia plak bagitau last minute. memangla tak dapat jumpa dia. but raya haji aritu kitorang jumpa dia face-to-face cakap kitorang tumpang barang kat umah tu. dia diam je plak. haihhh~

    ReplyDelete
  10. ajai,
    satu, aku tengah sabar la ni.
    dua, rasa tak sedap hati kalau tak bayar. tu kire aku berhutang ke ek? kalau utang, kat akhirat nanti dia tuntut gak.
    ketiga, aku halalkan. cuma rasa terkilan je.
    keempat, wiken ni aku angkut barang! ho yeahhh!!! (nak tolong tak? hehehe)
    skang ni kitorang stay umah ibu aku. memang stay situ sejak aku beranak aritu.
    susah kan dapat sedara jenis ungkit2 ni? haihhh~

    zue,
    tula pasal.

    yana,
    tq yana. *hug*

    ayu,
    kite rasa marah sampai rasa menyampah dan meluat. dia ada datang sini last weekend. tapi masa tu kite ngan alang kelam kabut sebab abang long si alang tu kawen. dah abg ipar kawen, mestila nak tolong kan? dia plak bagitau last minute. memangla tak dapat jumpa dia. but raya haji aritu kitorang jumpa dia face-to-face cakap kitorang tumpang barang kat umah tu. dia diam je plak. haihhh~

    ReplyDelete
  11. yeke dia ckp mcm tu?? hoih. gile ke?? ni dah melampau.

    ReplyDelete
  12. men dengan sedara ni mmg sakit jiwa lg intan

    samala dengan watashi
    pakcik watashi mcm siot!

    ReplyDelete
  13. uisshh.... serious, kalau amy lah. amy memang elak dari nak berkaitan dengan sedara-mara. apa-apa ajer, kalau boleh tak nak berkaitan dengan sedara-mara sendiri. bukannya apa, sedara mara lah yg selalunya nak ungkit2 balik dan yg berkira bab duit.

    sabar ekh kak intan, amy rasa better jumpa dan selesaikan cara baik. tak kan nak bertegang urat pulak kan?

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...