Followers

Wednesday, September 15, 2010

Raya pertama yang penuh warna warni macam pelangi.

pepagi syawal tu, bangun jam 5.30 pagi dan potong2 sayur untuk masak lontong.
mak mertua aku tak reti nak wat lontong, so aku la yang buat. thanks to ibu sebab bagi resepi dan semua puji lontong yang super sedap tu. hehe.
lauk2 lain dah masak malam sebelum tu lagi. rendang paru (aku bawak dari umah), kari ayam , rendang daging, ketupat palas dan lemang. lontong je terpaksa masak pepagi 1 raya sebab biasala, lontong kan sayur2 dan bersantan, risau basi pulak kalau masak awal2.

lepas je potong2 sayur mayur semua, berenti solat subuh dan sambung untuk terus masak lontong tu. panaskan semua lauk pauk yang dah disiapkan malam sebelum tu dan cepat2 hidang kat atas meja.
tapi pelik oh. umah mak mertua aku ni rupa2nya diorang tak biasa makan sebelum pi solat raya. tak macam family aku, sebelum solat makan, lepas solat laaagila makan, makan, makan. haha.

dah siap2 hidang semua lauk pauk, cepat2 naik atas umah dan siapkan en alang dan khalish. tau2 je la orang lelaki ni, dan2 tu baru terhegeh2 nak cari butang baju melayu la, nak berus2 songkok la...haihh. lepas je en alang dah hensem2 bersiap ke masjid, aku lak siapkan khalish. lepas khalish dah siap, baru aku pas khalish ke mak mertua dan cepat2 pi mandi dan bersiap jugak. aku antor en alang pi masjid pon dengan suara aku dari dalam bilik air je. haha.

lepas je semua dah balek dari masjid, semua orang makan2 dan abang2 ipar dan family datang umah. masa ni memang hectic la umah. busy gila aku ngan sebelah kendong khalish, sebelah lagi sebok tuang air la, amekkan pinggan extra la. haha. sampai kena marah ngan pak mertua sebab dia rimas tengok aku ke hulu hilir kendong khalish. dia suruh aku duduk rehat makan sebelah dia. dah kena marah baru reti duduk diam kan. haha.

lepas makan2, sebelum budak2 jiran2 serbu umah, aku cepat2 tarik en alang naik atas umah dan minta ampun maaf dan2 tu jugak. lepas minta maaf ampun bagai, cepat2 carik mak abah minta maaf ampun jugak. then, naik atas umah semula dan amek gambar our little family.


khalish sebok nak tengok mama papa dia. hehe.

pastu, cepat2 turun ke dapur semula sebab ada kawan2 adik en alang datang beraya. masa ni abang ipar aku sebok nak balek beraya umah lain pulak. so, cepat2 tarik adik ipar aku untuk bergambar sekeluarga.

dari kiri anjang, abah, mak, khalish, en alang, adik, kak nyah, along dan duduk tu kak yang. aku tukang amek gambar. hehe.


kami sekeluarga. usaha ok amek gambar tutup kaki sebab pakai slipar je masa ni. hehe.


khalish muka dah ala2 nak demam. tapi still maintain lagi.


hensem tak saya pakai baju melayu? itupon ada jugak orang tanya saya ni lelaki ke perempuan even saya dah pakai baju melayu dan berketayap.


sepupu khalish, dania. tua dania seminggu je dari khalish tapi dania dah terer berjalan. khalish masih bertatih setapak dua. oh, malam raya aritu khalish dah mula bertatih 13 langkah ok! terkejut tgk kesungguhan dia bertatih. tapi sekali tu je la. lepas tu dia dah demam2, takde maknanya nak bertatih. nak melekap dengan en alang je keje dia. hmmm~


khalish dalam cubaan ingin berkawan. dia perhati je dania tak lepas2 ok. cian anak aku nak berkawan. tapi dania ni takut orang. camno tu?


cubaan berkawan tidak berjaya. masa ni khalish baru nak angkat tangan nak pegang2 dania tapi dania dah lari kat ibu dia. takpe ye khalish. lagi 4 bulan adik khalish keluar, khalish leh kawan dgn dia ok?


dalam petang kul 2pm camtu, tetamu2 dah pulang dan masing2 dah kekenyangan melantak lemang banyak sangat2. masa ni khalish dah start dedar2 dah. tapi aku wat tak tau je dulu sebab petang tu nak beraya umah sedara en alang pulak. bila kuar umah petang tu, khalish dah start wat pangai. nak melekat kat en alang je. hmm..sah dia nak demam. pi pekan bruas beli coolfever dan paracetamol. sempat beraya 3 umah je. hmmm..~

3 comments:

  1. ok la tuh...tahun ni ramai yang buat rendang paru..memang sedap habes..hee....

    ReplyDelete
  2. ololo...cian buah ati den demam plaks...1st syawal..genap khalish stawon ikut calendar islam kn kak...weeee

    ReplyDelete
  3. Ni nak kawan ke nak ngorat neh???

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...