Followers

Thursday, October 28, 2010

Snapshot ketika Khalish di hospital

9hb, hari sabtu haritu macam biasa bila siang hari main2 ngan khalish. masa tu dia ok je tengok. sekali bila masuk senja je, tetiba badan dia dah dedar2. memang sejak jumaat tu dia dah cirit birit. tapi tak sangka sampai boleh demam2. so lepas maghrib je, aku minta en alang bawakkan khalish ke spital ngan zaza. aku masa tu demam lagi. memang tak larat nak tunggu lama2 kat spital tu.

after sejam setengah, aku tunggu2 diorang tak balek. then aku call diorang, diorang kata sebab doc ada emergency case lain kena attend, diorang kena tunggu kejap. en alang dah ngadu2 badan khalish panas sangat. dan lepas setengah jam, en alang pulak call aku kata khalish kena warded sebab suhu dah 38.5darjah celcius. en alang minta kau pack baju2 pampers, susu khalish dan keperluan en alang. apa lagi, kelam kabut aku siapkan semua barang2 tu kat umah dan zaza amek aku dan hantar aku ke spital. adalah dekat sejam jugak kami bertapa kat wad tu. sebab dah tengah malam dan banyak jugak kes yang sekali ngan khalish yang baru masuk wad, so pak guard pon macam takde hati nak halau2 kitorang. kesian tengok budak bujang masa tu. keadaan lemah sangat2. asik terlepek sana, terlepek sini je. masa ni en alang jaga dia pon senang sebab khalish kalau saket cuma merengek nak susu je. sepanjang dalam wad, khalish memang berlenggeng je sebab suhu asik turun naik tak menentu. en alang kena tuam kepala dia setiap masa. sib baik masa ni en alang mau jaga khalish. kalau la en alang takde, aku tak tau la. mesti aku ngan khalish 2-2 nanges dalam wad sebab aku masa ni pon masih lemah akibat demam yang on off je. tapi masa aku balek umah, aku call en alang terus aku yang nanges2 sebab kesian kat diorang terpaksa dok wad. en alang kata dia ok je sebab ada lagi kaum bapa yang tido kat wad jugak. 

okla. kita layan gambar2 khalish sepanjang berada kat wad. 3 kali kami terpaksa tukar lokasi katil sebab wad yang penuh dan kami bernasib baik tak diletakkan kat tepi lorong.

first day. muka sedih2 sebab badan tak selesa. masa ni katil kat area belakang kaunter nurse.

budak saket tidor kepenatan. berapa kali muntah2 sebab tak suka makan ubat. huhu. sepanjang dok wad ni, 2 kali nurse terpaksa bagi ubat kot bontot sebab suhu cecah 39darjah celsius.

en alang melayan anak bujang dia jalan2 dalam wad sebab dah merengek2 rimas bosan dok kat katil je.

bersama mr. Tt peneman yang setia.

dah lost count hari ke berapa ni. haha.

ni hari ketiga. aku tido ngan khalish kat wad pada hari ke-2 je. hari pertama dan ketiga en alang yang jaga.

boring dok wad lama2. huhu.

ntah apa2 nurse yang tulis nama khalish ni. eja Fitry pon tak reti. huhu.

hari keempat. yeayy!!! dah boleh kuar wad. ha,,baru ada rupa sket berbaju dan berseluar smart2. 

sambil tunggu papa load semua barang2 dalam kereta, khalish punggah plastik beg tu sebab nak amek mr.Tt dia. haha.

syukur alhamdulillah khalish dah sehat skarang. cuma kadang2 bila dia dekat dengan aku suhu badan dia tetiba je naik. memang betul cakap doc yang virus demam aku ni power punya. sampai skarang aku masih lagi terasa dedar2 dan bergantung pada pcm dan ubat batuk. batuk aku sampai skarang tak baik2 lagi. orang sebelah cubicle aku asik la terkejut2 kalau aku batuk. huhu.

11 comments:

  1. lorr.... cam teruk je demam kak intan. until now still rasa dedar2 ke? take care tau kak intan. makan ubat n kuatkan minum air. if boleh minum 100 plus, banyakkan minum 100 plus. tapi kena tanya doktor dulu yer.

    ReplyDelete
  2. pe la nurse tu kan.. kalo kja pjbt pndftrn, konfem kna maki je.huhu...

    cian nengok anak bujang tuh. sedehnye muka die..
    bhya kalo suhu da cecah 39..
    Tapi skang da ok kan..

    mama plak demam yea.. jga keshtn, mnm bnyk air msk..

    ReplyDelete
  3. demam2 smpat lg pose pndang camera bf kecik ni tao....tp N mmg x smpai ati tgk bdk2 y duk dlm wad ni...sedih ohh..

    ReplyDelete
  4. sian khalish....

    ala kak..dah ramai2 tu..nak menaip fitry pun boleh sasul2..ahahha

    ReplyDelete
  5. alahai Intan...kesiannya awak....sedey plak baca entry nih...awak take care okay...

    ReplyDelete
  6. sedih kalu anak sakit,tp lg sedih kalu kite pn sakit n xdpt jg anak sakit,uwaaaa...xtau la kalu jd kat saya mcmana nk face :(.alhamdulillah khalish dh ok,cuma mama khalish ja.semoga akak sembuh cecepat.;)

    ReplyDelete
  7. kesiannya, tak sampai hati... teringat kat w masa warded sbb demam dolu2 tu

    ReplyDelete
  8. cian nye..naseb baek dah ok. sayang sungguh khalish nagn mr. Tt die. tak nak lepas tu. ade dimana-mana saja.huhu

    ReplyDelete
  9. khalish menten ensem/cumei/kiut walaupun berlenggeng je.if sy ada dpn dia kt spital tu sure dok peluk dia sambil nanges2 sepanjang masa kot.sbb kesian

    ReplyDelete
  10. walaupun dok kat wad tapi ke'cute'tan khalish masih terasa..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..
    khalish dah sembuh..
    aunty doakan khalish tak sakit lagi ek.. :)

    ciom meh :*

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...