Followers

Monday, November 1, 2010

Suatu ketika pada 1 Februari 2010...


ketika ini khalish berumur 4 bulan 13 hari. 

rambut jarang-jarang dan kulit yang sawo matang.

pipi layut-layut dan badan yang bulat.

abaikan mama yang selekeh dan tak senonoh tu. almaklumla...dressing kat umah memang camni. takde yang senonoh punyaa....~

'
jumpa gambar2 ni masa godek2 laptop malam tadi. rupa2nya ada juga kenangan aku godek2 webcam dan bergambar dengan khalish. ini saja kenangan yang ada bersama webcam tu dan khalish. 

rindu khalish yang kecil, comel, blur2 dan yang pastinya tak banyak kerenah! entah kenapa semakin dia cerdik memahami keadaan sekeliling, semakin tercabar keimanan dan kesabaran kami mama dan papanya. malam tadi contohnya, kami hanya dapat beradu 2 jam secara total kerana anak bujang ini menangis tidak berhenti dan mahu melekat dengan papanya sahaja. en alang pening kepala dan sedikit baran apabila khalish tidak langsung mahu berenggang dengannya pabila dia mahu ke tandas menunaikan hajat no.2. khalish melalak sehinggakan muntah2 dan hampir serak suaranya akibat menangis menjerit memanggil papanya. rupa2nya dia susah nak berak kerana pagi tadi aku lihat najisnya bulat2 macam tahi kambing daa...hehe. so, aku dah pesan pada babysitternya untuk berikan pisang. aku nak pergi beli, babysitternya kata pisang di rumahnya ada banyak. so...harap2 lepas makan pisang2 tu, khalish ok la eh! ;)

9 comments:

  1. huhu..dugaan tu coz nk dpt adik..mau attention lebey...kiki...bulat2 mcm tahi kambing ekk..

    ReplyDelete
  2. aarin, hehe. mama dia comot laaa..

    N, ha...tak tau la plak. sebab siang semalam memang dia melekat ngan akak je. tapi malam tadi memang mengucap panjang. sampai pening2 kepala kitorang ni ting tong melayan kerenah budak bujang tu. haihhh~

    ReplyDelete
  3. Khalish wat perangai sebab dia dapat rasa tak lama lagi ada adik ler tu...hihi...Intan, Azra kan kalau makan pisang, lagi keras poo dia. Paed kata bagi betik, dah cuba tapi tak berkesan sangat. Kitorang just make sure dia minum air kosong banyak2.

    ReplyDelete
  4. lorr... khalish asyik nangis2 lagi ekh? mmg dia dpt rasa yg dia nak dpt adik kot. ada yg buat hal macam tuh. hope kejap je lah ragamnya tuh.

    ReplyDelete
  5. tu la kan k.intan..bila da makin besar budak2 ni,rindu zaman baby.tapi,takpe,adiknya coming soon..

    k,intan,saya rasakan,budak2 umo setahun ke setahun 3-5 mmg gtu la..dorang masih tak dapat komunikasi apa yang dorang rasa,nak kat kita.manja kuat,sensitif bagai.mmg kdg tu,ilang sabar gak kitaorang..

    btw,k,intan ada tukar susu ke?kdg2 berak keras sbb susu tak serasi.doc pun kate gtu.samada cirit atau keras.aleesya berapa kali tukar susu.last2,plg serasi dumex..

    ReplyDelete
  6. maaf pada nur'ain. silap taip nama orang la dik. sori eh.

    ijan, khalish makan pisang stakat ni alhadulillah ok. dan kalau makan betik laaaagila senang nak berak. hehe. ikut kesesuaian baby jugak eh. eh? baby ke? hehehe.

    amy, akak pon harap kejap je pangai dia ni. tapi tu la. harap sangat2 jugak once adik dia kuar, dia sayang adik dia.

    ashra, memang ada tukar susu. skang guna dumex dugro tu. before this guna lactogen. tapi kan ashra, dah nak masuk bulan kedua ni. harap2 bukan punca dari susu la. sebab baru je beli 3 pek dumex dia tu. karang siapa nak minum banyak2 peket tu? hehehe.

    ReplyDelete
  7. betul la intan.. kdg2 rindu saat2 dia baring terlentang terkodek2 main kaki.. ni skrg dah dpt kaki kita kena main kejar2 ngan dia lari-lari...

    ReplyDelete
  8. ida, tu la pasal. khalish masih bertatih dan gayat nak berjalan sendiri. tapi kalau merangkak bukan main laju ya amat. ye lah. sepatutnya budak2 baya dia dah berlari. hehe.

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...