Followers

Tuesday, October 26, 2010

salam, how do u convince your parents to get married with mr alang? i got the same prob here..they always tell me that money n education still important and you cant survive with just love?

salam. saya jawab dalam bahasa campur2 la ye. my english is too teruk la. hehe.

at first, memang susah nak convince parents dengan pilihan kita. biarlah orang tu sekaya atau secerdik mana pon, tapi kalau takde budi pekerti, memang out jugakla kan. same with en alang punya kes la. en alang education just SPM dan datang dari keluarga yang sederhana dan dari kampung.

cinta tu buta kan? orang yang bercinta laaagi lah buta. tapi kita yang bercinta ni kena celik sikit la. takkan nak ikutkan hati dan perasaan setiap masa je. memang dengan hanya kasih sayang sahaja kebahagiaan sukar dicari. wang juga perlu untuk memastikan segala keperluan dipenuhi. ok, berbalik pada kes kami. masa bercinta pon saya kurang yakin dengan hala tuju cinta kami. ye lah, kami bekerja kilang sahaja, en alang lebih muda pula tu. bagaimana nak yakinkan orang tua sekiranya diri sendiri kurang yakin?

tapi lama kelamaan setelah mengenal hati budi en alang, saya yakin dialah yang boleh membimbing saya yang panas baran dan terlalu mudah untuk hanyut. dia seorang lelaki yang berfikiran jauh, matang dan penyabar. walaupun hakikatnya kami tidak berduit tapi kami yakin dengan usaha yang konsisten insyaAllah Allah akan membantu.

masa saya beritahu parents saya yang saya nak kawen dengan en alang, ayah saya tak kisah sangat. cuma ibu yang berkali2 tanya kepastian saya adakah saya berfikir masak2 untuk bernikah dengan lelaki sederhana memandangkan saya telah terbiasa hidup senang bersama keluarga. jawapan saya satu je. saya yakin dia boleh bimbing saya dan rezeki kami mungkin akan bertambah sekiranya kami mendapat restu dari ibu dan ayah.

oleh kerana ibu kurang yakin, en alang sendiri membuat inisiatif untuk mengambil hati bakal ibu mertuanya. en alang rajin membantu buat kerja2 rumah. sekiranya ibu perlukan pertolongan, en alang pantas tolong ibu sekiranya diperlukan. rumah jadi tip top sekiranya en alang ada. malahan budi pekerti en alang lah yang membuatkan ibu semakin menyenangi bakal menantunya. en alang tidak lupa berterima kasih pada ibu dan sering memuji2 masakan ibu. ibu yang pada mulanya kurang yakin, lama kelamaan semakin menyenangi bakal menantunya dan tidak lagi segan2 untuk memperkenalkan menantunya kepada kawan-kawannya. mungkin juga ibu pasrah dengan pilihan saya dan semakin meyakini pilihan saya adalah tepat.

rezeki jodoh kerja Allah kan? setahun sebelum kami bernikah saya mendapat tawaran kerja baru dan 3 bulan selepas kami berkahwin, en alang dapat tawaran kerja lain yang lebih meyakinkan kewangan kami sekeluarga. alhamdulillah. walaupon terpaksa berpanas berhujan, namun en alang tidak kisah kerana baginya dia perlu membuktikan kepada keluarga saya yang dia boleh menyara kehidupan kami sekeluarga.

pada saudara/saudari yang bertanya, dengan hanya kasih sayang saja memang kita tak boleh nak hidup. perlu usaha dan tawakkal pada Allah serta restu kedua ibu bapa adalah penting. bagi saya, sekiranya pada awal perkenalana kami ibu bapa saya tak restukan, saya mungkin dah lama tinggalkan en alang. tapi cara en alang berusaha untuk memikat hati saya, kedua orang tua saya dalam caranya sendiri dan alhamdulillah kami bahagia dengan bakal hadirnya anak kedua kami tak lama lagi serta insyaAllah en alang bakal dinaikkan pangkat tak lama lagi.

saya berharap saudara/saudari yang bertanya dapat gambaran yang jelas dari saya. saya hanya manusia biasa punya banyak kelemahan. saya juga doakan saudara/ saudari yang bertanya mendapat restu kedua orang tua dan yakinkan pasangan untuk berusaha ke arah lebih baik untuk memajukan diri sendiri. insyaAllah.

Nak tanya apa? Tanya lah!

7 comments:

  1. salute dgn intan dan en alang w/pun en alang adalah lelaki yg sederhana nurul tak rasa itu satu kesalahan dlm memilih. nurul dpt rasakan kebahagiaan kalian bersama khalish juga baby dlm perut itu :)

    ReplyDelete
  2. Sangat gembira kerana ada satu contoh yang mengambarkan education tak menjamin kebahagiaan.. tunjukkan pada mereka2 di luar sana

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    semoga sentiasa berbahagia bersama en alang dan seluruh keluarga...

    kisah kita lebih kurang je kak intan.. :P

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...