Followers

Wednesday, October 13, 2010

Berbezanya kasih papa dan mama. Lain cara, sama banyak sayangnya.

Sepanjang 3 malam di hospital...hanya 1 malam sahaja aku menemani khalish. kerana keadaan kesihatan diri ini juga tidak begitu mengizinkan. tambahan pula, en alang menawarkan diri untuk menjaga anak bujangnya itu. biarpon nurse2 di wad tersebut ada menegur tidak manis sekiranya si bapa yang menjaga anak di waktu malam, namun en alang tetap berkeras mahu menjaga juga anaknya. lagi pula ada juga 3-4 orang kaum bapa yang menemani anak2 mereka. sepatutnya tiada salahnya kan?

aku tak risau kalau khalish di bawah jagaan papanya. sebab en alang lebih pandai handle khalish di saat dia cranky2 dan merengek2. kalau aku, slalunya aku biarkan dia saja melayan perasaan rengek2 tu sendiri sampailah dia sendiri cari aku. slalunya begitulah. dan slalu juga orang katakan aku ni mama yang tegas, tak manjakan anak seperti papanya. papanya kalau boleh, ke sana sini nak dikeleknya anak tu.

dan ramai juga yang menegur en alang lebih gentle dengan anaknya. lebih sabar dan lebih melayan kerenah anak. betul2 berbeza dengan aku. bayangkan, khalish sekiranya nampak aku pon takkan excited terlebih seperti melihat papanya. kalau dari jauh tu, dia akan pandang papanya dengan senyum simpul penuh makna sambil tangan terdepa2 minta diangkat. kalau dengan aku, dia hanya pandang, senyum dan sambung bermain. patutkah aku terasa hati? rasanya tidak kerana aku sering fikirkan sekiranya adiknya keluar nanti, bagaimana mungkin aku akan manjakan kedua2nya. dengan anak2 aku perlu adil. jadi bersikap seperti biasa adalah penyelesaian bagiku. en alang sendiri setuju aku tidak terlalu melekat sangat dengan khalish kerana risaukan jika adiknya keluar nanti, cemburu khalish akan menjadi2 pula.

Yang penting, aku tetap sayang khalish sama seperti sejak aku kandungkan dia sehingga sekarang. tidak pernah berubah. malahan mungkin bertambah. seringkali juga rindukan khalish yang genit, hanya pandai berguling2. khalish sekarang lebih demanding, lebih kuat memberontak. walau apa pon, mama tetap sayang kamu nak.

10 comments:

  1. sama ah, kita kalau dengan keisha, dia rengek2 kita biar ajer, hahahaha...

    ReplyDelete
  2. ermm klu dh xbf senang la msk ward bley gilir2 kan,
    yg still bf nak xnak kene brkepit je la ngn ibu nak xnak..
    ade org ckp ank laki lg rapat ngn ibu,
    ank pompuan lak rapat ngn bapaknye ehh..
    tp sbenarnye xbetoi mitos tu..
    atas keserasian ank tu la dia lebey suke dgn layanan yg mane kan?
    hehe yg penting kalau kite sygkan dia..
    of course dia tetapp sygkan kite jugak wlau cmne skalipun sikit byk bezanya layanan kite berbanding paknye :p

    ReplyDelete
  3. ummi still BF si iman..memang berkepit je ngan ummi...hahahks..

    ReplyDelete
  4. kate org salah sorg kne laa tegas sket..br anak tu tau tkt..mayb N nti pon bakal tegas gn anak..hihihi..

    ReplyDelete
  5. ceera, kan, kan? malas ok nak layan pangai ngada2 tu. hahaha.

    na, ya betul!!!! sep sket!

    ummi, kalau BF lagi memang melekat je la. takleh nak wat apa2. hehe.

    N, hehe. akak dari dulu memang tegas. dgn adik2 pon tegas. so dgn anak2 pon diorang takde peluang nak manja2 lebih. hehe.

    ReplyDelete
  6. Tapi kalau husband marah anak skit jer kita dah amik hati. fadahal kita marah lagi siap jerit2... tapi semarah2 kita kasih syg tetap menebal tau..x sama dgn kasih ibu

    ReplyDelete
  7. semoga khalish cepat sihat dan bole senyum2 simpul lagi....rindu laa

    ReplyDelete
  8. yan, haah la..betul2. setuju statement ni. hehe.

    shasha, rindu sha jugak. rugi betul tak dapat jumpa sha aritu. dah berangan2 okeh. huhu.

    ReplyDelete
  9. bagus la intan. orang kata parents nimemang contra layan anak.

    ReplyDelete
  10. mrs. spicy, haah. memang bagus kalau kontra. :)

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...