Followers

Tuesday, October 12, 2010

Perkhabaran khalish terkini.

Khalish masih di wad. demam dah tiada tapi bila penyahtinjaan tu, masih cair2. tapi dah tiada lendir berserta bersama. harap2 harini doc beri berita gembira. kesian kat dia sebab dah macam orang kena denggi pula berhari2 di hospital. masuk hari ni dah hari ke-4. malam tadi dia tidor sambil mulut mengomel2 mengeluh. mungkin bosan benar la tu tak dapat main walker dia dan tak dapat merangkak merata. kesian sungguh khalish.

aku ada di ofis harini. en alang jaga khalish di wad buat hari ini. tapi, sekiranya hari2 berikut khalish terpaksa berada di wad lagi, aku pula la yang akan berkampung di sana. bila anak ada di wad, hati memang nak balek umah. tapi bila dah balek, hati meronta2 nak tido sebelah anak. camno tu?

plan for cuti2 weekend aritu semua hancur musnah. first, aku demam panas since rabu. dapat mc for khamis dan jumaat. elok sabtu tu dah nak baik semula, khalish sambung saket. dia pula cirit birit dan demam. pulaknya, masa pi ngadu kat spital suhu dia tinggi, 38.6darjah, terus dimasukkan wad. tapi betul la orang kata, kita ni mak2 saket camne teruk pon, tapi kalau anak pulak saket, terus lupa saket sendiri. nak tumpukan pada penyakit anak je. ajaib kan?

harap sangat khalish dapat keluar hari ni. doakan sama2 ye kawan2!

10 comments:

  1. hrp khalish dpt kuar wad secepat mungkin. hopelly ye

    ReplyDelete
  2. maksu sgt risau kalau anak sakit..biarlah kita yg sakit.... tapi apa2 pun, maksu doakan abang long khalish cepat sembuh dan kembali aktif

    ReplyDelete
  3. Semoga khalish cepat2 sembuh ye. .

    ReplyDelete
  4. get well soon bf kecikku...windu senyum2 khalish...

    ReplyDelete
  5. lor... kesiannya khalish. hope khalish sihat hari nie. amin....

    ReplyDelete
  6. oo..sian khalish...cepat sembuh ye sayang.....

    semoga intan pun baik2 selalu..jaga kesihatan k!..lately memang musim panas sangat...hati2 dengan pemakanan k!

    take care dear

    ReplyDelete
  7. ibu mithali!

    nak pikir positif je neh. harap2 neh semua ujian utk jadikan khalish lebih kuat dan imun di masa akan datang lalu beliau boleh membesar menjadi jantan macho yg kuat dan gagah perkasa di kemudian hari. amin.

    ReplyDelete
  8. haritu mika kena mcm tu 4 hari gak duk wad siap masuk air... mmg lambat sket perut dia nak pulih kan.. harap2 khalish dpt kuar arini...

    intan taste kita sama kan...

    ReplyDelete
  9. sabar ye intan..
    semoga diberi kekuatan..
    awak tu pun kena jugak jaga kesihatan ye..kiss2 4 khalish!

    ReplyDelete
  10. thanks korang!
    :) kata2 semangat korang buatkan diri ini rasa disayangi. terharu ok!

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...