tak susah nak cari hotel ni.
sebab tetengah bandar je.
dekat sangat dengan komtar.
oh, aku tempah awal hotel ni.
amek hotel murah2 je.
konon dapat la save sket. sebab dah kata nak jalan2 kat penang kan.
bilik hanya untuk tukar baju, mandi2 dan tidor je.
tapi, aku rasa ni la first and last kot aku dok kat hotel ni.
sebab agak leceh la.
kalau ko nak tambah air-cond, tambah duit,
kalau ko nak guna towel diorang,tambah duit lagi.
takde breakfast,
cerek pon takde (penting ok. ada budak kecik. dia nak minum susu takkan nak bagi air mineral?)
tapi untuk yang kurang kemampuan (cam kami),
leh la stay sini.
bilik aku ni campur tax bagai hanya RM77.39
tapi tu la, harga tu untuk basic facilities je la.
takde air-cond, takde towel, takde hairdryer.
:(
korang bukak2 je pintu, akan nampak katil, cermin besar atas kepala katil, 2 side table, berserta budak kecik bergolek (nahh!! khalish mana pandai bergolek) atas katil. hehehe~
tengok tu. belum apa2 pak eh ngan anak ek dah rasmikan katil dulu. mama nak baring jugakkkk!!!!
aku muka pasrah terpaksa beralah dengan laki dan anak.
lepas je en alang baring2, aku paksa2 en alang turun pi kat kereta amek beg2 bawak naik. sambil2 tu aku dok rehat2 sambil layan khalish kat sebelah.
mula2 okla, khalish main2 jerit2 tengok kipas atas kepala. tapi, tetiba je dia diam. aku masa tu tengah godek2 handphone, cam pelik la kan tetiba je budak riuh ni diam. dah tido ke?
sekali...dia buat aksi ini...
korang tengok. korang tengok. hati siapa tak cair bila dia buat lawak petang macam ni? dia sumbatkan mulut dia ngan kain ni, pastu buat muka manis2 senyum2 kat mamanya. anak..anak...buat mama lemah lutut ok. oh, jangan risau. dia masukkan kain ni sikit je dalam mulut dia. tapi tu la, kena rajin pantau jugak. kang tetiba termasuk lebih2 dlaam mulut. ishh..mintak jauhkan la!
pintu entry/exit. dan cermin panjang. aku cam tak berapa suka sebab cermin keliling. besar2 plak tu. rimas pon ada gak. sebab tau bilik tu kecik kan.
pintu toilet.
air cond. petang tu gigih lagi takmo amek air-cond. tapi, bila malam dah tak tahan dah, balek je dari jalan2, terus mintak diorang sambungkan air-cond kat bilik aku. aku amek untuk 12 jam.
ok. tu je review untuk tune hotel, penang.
aku rasa hotel ni baru sangat.
dan rasa ada banyak yang perlu diperbaiki.
oh, satu je nak komplen.
awat parking lot mahai bebenor.
RM5 per entry...tak berbaloi la.
kalau orang luar letak kereta kat situ, memang patut la charge mahal2.
ni kite pelanggan hotel, patot bagi free atau bagi murah sket ke...
sepanjang aku dok situ, aku kena bayar rm10 untuk parking je.
diharap kalau pihak tune hotel penang baca ni, sila ambil tindakan sikit ye.
dan pertimbangkan la tentang harga parking lot tu.
lagipon, takde bumbung. masih berhujan berpanas kereta2 kat situ.
ok?
oh. ada 7-eleven kat bawah hotel.
kire ok la jugak.
:)
tune hotel ni memang murah dear. tp extra charge dia tu yg tak tahan, kadang harga dia lebih mahal dr bilik hotel biasa. sempit and ruang terhad.
ReplyDeletetune ni mmg murah..tp tu laa..kne add itu ini...tp klo tuk tdo..mandi2..mmg ok sesangat laa..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehotel tune ek..kalo camtu tak sesuai bg yg ader baby kan..kene survey hotel lain la..
ReplyDeleteawat tak habaq mau gi Penang..sebenarnya kat Heritage Hotel Penang lagi murah..RM100 per nite n termasuk dengan breakfast lagi then ada swimming pool lagi tau...wifi di lobby kalo nak yg dalam bilik kena bayarlah as usual...
ReplyDelete