Followers

Wednesday, May 25, 2011

Cuai atau tidak sengaja. Apa kata anda?

Korang baca tak Harian Metro semalam? pasal budak yang meninggal sebab terperangkap dalam kereta. risau dan takut tau sebab aku dulu pon hampir2 nak jadi camtu. 





Anak Mati Lemas Dalam Kereta




Machang: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.


Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.


Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya.


Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin.


Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama.


“Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) ‘tertinggal’ dalam kereta yang terkunci.



“Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam.


Ishak yang juga ketua pengawal keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu berkata, tidak sampai beberapa minit, dia dihubungi kakaknya yang memaklumkan mengenai keadaan anak yang tidak bermaya.



“Hati saya begitu sebak dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kakak memberitahu keadaan anak saya begitu lemah selepas ditemui di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan muka disandarkan di belakang tempat duduk hadapan kereta saya sebelum diberikan bantuan pernafasan penduduk kampung.



“Dia memberikan reaksi dengan muntah sebelum kakak mengusung dan membawanya ke klinik berdekatan untuk rawatan, tetapi Allah lebih menyayanginya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.



Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, berkata, dia dapat lihat perubahan sikap anaknya yang begitu teruja mengikut ayahnya, selain sempat menggayakan sepasang daripada 10 pasang baju kurung yang disiapkan sempena Aidilfitri tahun ini.



“Tahun ini kami mahu sedondon memakai baju berwarna hijau sempena Aidilfitri. Kebetulan, saya menyiapkan baju itu cuma dia (anak) sempat bertanya mengenai mengapa dipakaikan baju raya pagi kelmarin dan saya memberitahu, adik pakai baju ke tempat orang mati,” katanya.



“Paling saya terkilan, kami tidak sempat menyambut hari jadinya di restoran makanan segera pada 4 Jun ini bersama seorang abangnya, tetapi semuanya sudah suratan takdir,” katanya.



Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Sat, kira-kira jam 11 malam semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kematian itu tidak mempunyai unsur jenayah. 

- petikan dari harian metro.

_______________________________________________________
ni versi aku. dari entri lama2. February 2010. khalish nak masuk 5 bulan masa ni.

Mamai yang serius (leh klik kat tajuk kalau nak baca dari entri asal)

apa ntah yang aku terfikir2 pagi neh.
masa nak antor khalish ke rumah babysitternya,
aku bleh plak straight ke ofis.
hanya tinggal 200meter dari ofis baru aku perasan yang khalish masih berada di sebelah.
sedang nyenyak tidor.

slalunya dia tak tidor pon.
ni dia tidor plak. sebab tu aku tak perasan dia kat sebelah.

terpaksa berpatah balek dan hantar khalish ke rumah babysitter.
mengucap panjang aku bila terpandang si kecik sdg lena tidor.
sebab aku bawak kereta macam tak hirau sekeliling.
risau juga kalau dijadikan satu habit buruk suatu hari nanti.

sebabnya...

dulu aku pernah tgk oprah.
ada satu topik yang mana seorang ibu tertinggal anak perempuannya yang berusia 3 tahun di dalma kereta.
dan hanya disedari 8 jam kemudiannya.
itupon sebab kawan kerjanya terperasan ada budak dalam kereta.

dan anak itu meninggal.
kerana kepanasan yang melampau.

teresak2 aku bila mengenangkan anak yang tak berdosa tu meninggal atas kecuaian ibunya sendiri.
dan jikalau aku yang menjadi ibunya, tentu aku rasa bersalah sepanjang hidup.

cerita sebenarnya, hari itu adalah hari pertama persekolahan.
slalunya, yang hantar anak2 (anak ada 2 orang) ke sekolah adalah suaminya.
tetapi masa tu suaminya ada appointment dengan dentist (atau doktor?)
jadi, si isteri terpaksa ambil tugas suami.
dan secara automatiknya, rutin harian terganggu.

dan oleh kerana rutin yang terganggu ini, membuatkan si ibu kelam kabut sikit.
dan dengan fikiran yang penuh; hantar anak2 dan masuk kerja (ibu mengajar di sekolah),
secara tidak langsung, si ibu tidak perasankan anak berumur 3 tahun yang tidor di seat belakang.

dan hanya menjumpai anak perempuan itu setelah 8 jam.
dalam keadaan badan panas terbakar.
(korang bayangkan je dalam cuaca yang panas, kite dalam kereta beraircond pon masih nak mengeluh.)
dan si ibu hanya mampu meraung. mengenangkan kesilapan sendiri. yang boleh terjadi pada kite semua.

bila aku teringat kisah ni tadi,
aku takut.
menggigil2 aku pagi tadi bila terlupa dengan rutin aku.
risaukan kalau2 aku jadi macam dia.
ibu mana tak sayangkan anak.

:(
______________________________________________________

takut kan?
takut ooo...skang ni aku dah berjaga2 lebih extra la. setiap kali nak kuar kereta aku akan check seat belakang dan tepi. malan tak berbau kan? kita hanya boleh amek lebih precaution dan berdoa semua ok2 saja.


5 comments:

  1. na slalu gak tggl mika dlm kete klu nk ambik brg2 dlm rumahyg trtinggal
    tp walaupun tggl dlm beberape minit
    tingkap bukak sparuh bg ruang udara

    ReplyDelete
  2. bila baca berita ni semalam memang malang tak berbau kan? lebih terasa sebab kta dah jadi parents ni so mesti selalu berhati-hati. sedih laa..kesian budak tuh :(

    ReplyDelete
  3. sian kan..
    kalau kami jadi ayah budak tu, tak tertanggung rasa menyesal dan bersalah seumur hidup..mesti ayat 'kalau' je yg bermain kat bibir..tp semua yg berlaku ujian Allah..

    ReplyDelete
  4. Sebak bile bace berita tu kemarin.. selalu menginggatkan Mr.M.. soh jage anak betul2.. sebab die banyak menguruskan anak berbanding kite.. iyelahkan, keje kite terikat.. mcm die kerja sendiri, so banyak le masa free..

    ReplyDelete
  5. mmg sedeylah dgn apa yg telah berlaku pada kanak2 perempuan itu,
    apapun ajalnya dah sampai,
    kita x bole nak salahkan siapa,
    hurm.....

    kdg2 wanie pun teralit jugak,
    kluar ngn tinggalkan handbag dlm kete,
    sudahnya nak ekna patah blk,
    hurm

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...