Followers

Friday, May 21, 2010

respek toing2 la!

bagi aku bogger tegar bukan setakat blogger yang femes dan punya followers beribu2.
blogger tegar juga membawa maksud blogger yang tak kesah ada orang datang blog dia atau tak.
means..dia menulis sebab minat.
update setiap hari tanpa gagal.
bercerita tentang benda spesifik atau apa sahaja.
dan tidak mengira berapa follower, berapa duit nuffnang yang ada dan tak berkira walau dia femes atau tak.

blogger begini aku memang kagum.
sebab susah nak jumpa oooo....~

tak payah susah2 cari jauh2, contoh NEGATIF, amek aku ni ha.
bukannya tegar mana.
update blog cuma pada weekdays je.
weekend tu kadang2 bila aku rajin.
mata aku ni jahat. suka tinjau2 duit nuffnang.
biarpon tahu collection takat 3-4 sen je seminggu. hahaha.
kadang-kadang hati ni terdetik...aku ni ikhlas ke berblogging?
mula2 dulu memang ikhlas wal jujur la aku update.
skang ni nak trafik naik je.
bila trafik turun, aku susah hati.

dan skang ni bila aku dah berdialog2 macam tu perang antara hati dan akal,
terus aku amek keputusan nak wat donno je ngan trafik.
buat tak tau ngan income nuffnang.
buat2 tak nampak pasal followers.
cuba untuk berblogging seikhlas mungkin. dari hati aku sendiri.
:)

apapon bloggers tegar sekalian..bloggers tegar bermaksud yang ikhlas berblogging je ye!
aku respek korang toing2 la!
hehehe~

11 comments:

  1. mksu mmg smpn habit x nak check nuff selalu, akn cek every 2, or 3 weeks. last cek masa early mths, semalam cek lagi dah ada more than RM10.00....hepinya.

    apa nak buat dgn follower, kerana org folo kerana suka

    anyway, maksu tulis time weekdays sbb maksu ada kekurangan- tiada kemudahan internet di rumah, unlike other bloggers :(, huhuhu

    maksu suka tulis blog, so maksu akan cuba pastikan ada n3 setiap hari weekdays :)

    intan, kita ni kira ok ler ni.... wish we all, all the best :)

    ReplyDelete
  2. err...ada ke org yg nak baca entry sha yg emo hari2 ek....??uhuhu

    ReplyDelete
  3. munies ni category ape yek..sbb mmg x suke letak followers tu..yg ade tuk diri sendiri je..sejak akhir2 ni je..blog tu diketahui org..dulu2 rahsia hihi

    ReplyDelete
  4. dulu kawan-kawan ada juga ajak buat blog tapi malas nak buat sebab takda apa pun nak share..

    sekarang bila dah ada anak..
    wah bermacam cerita nak share.. :P

    ReplyDelete
  5. hehe..suka entry. sgt btul!
    tapi,nak update hari2 pun ilang idea. blogger tegar ni mmg thp suka menulis..ade je benda nk citer hari2. wpun 0 comment.hehe. respek gak la..

    ReplyDelete
  6. saya..saya...saya...saya......yeay....

    ReplyDelete
  7. betul la tu
    sudah ku cakap, nuffnang segala itu adalah bonus...

    kalau ado, alhamdulillah. Kalau takde, nak buek camno..

    ReplyDelete
  8. mcm saye, saye tak perrrrnahhhh pun dapat nuffanng bagai... kalo ado pun, 25 sen.. alahai...

    tak kesah la nox.. yang penting saye hepi!!

    ReplyDelete
  9. haha..nuffnang tu sebagai sampingan jer kut. yang penting ade orang membaca. baru seronok menulis kan?=p

    ReplyDelete
  10. nuff tu kita anggap mcm kawan2 jer.. jenguk2 selalu nnt menyampah lak kan..

    Tujuan blogger sbb nak cari kawan, kawan yg boleh berkongsi maklumat dan kegembiraan walaupun tak pernah berjumpa...

    ReplyDelete
  11. amy skang ni dah tak kisah pasal trafik yg lalu lalang ke blog amy. kalau ada yg datang baca, means nasib baik lah kan. ada gak lah yg sudi. kalau tak dek, nak buat macam mana. lagipun kena terima hakikat lah yg amy ni malas nak blog hopping. hehehehe....

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...