Followers

Wednesday, December 17, 2008

hadiah hari jadi: aquaria klcc , tranporter 3 dan mee sizzling

kitorang bertolak dari sitiawan jam 8am ++ camtu.
ibu siap bawak bekal sup daging korban, sambal goreng, ayam goreng dan nasi untuk dimakan bersama ayah bila sampai kl nanti.
kitorang suka je panggil ibu ni "mak tanggang"
sebab macam mak si tanggang, bawakkan makanan yang tanggang suka,
ibu pon camtu la. kalau orang dah rasa masakan dia, dan orang tu puji2,
memang sentiasa la orang tu akan dapat bekalan dari ibu ok.

sebagai contoh terdekat, en alang.

akan sentiasa dibekalkan macam2.
en alang pulak apa saja yang ibu masak, semua dibedal. sedap sangat rupanya.
kadang2, sampaikan aku ni anaknya sendiri pon dia tak ingat nak bekalkan.
boleh?


ok2. balek cerita asal.
then, kitorang sampai area umah ayah dekat2 equin park (lebih tepat, putera lestari) tu dalam kul 12pm.
sampai2 je, terus punggah semua barang2 dari kereta,
dan hidang semua makanan.
dan terus makan ok!
tak sabar2 dah. memang tgh berselera sangat masa tu.


lepas makan, rehat2 jap.
en alang sampai tertidor kekenyangan.
dalam kul 2 lebih tu, aku ngan en alang terus bergerak ke klcc.
sebagai hadiah birthday en alang, aku bawakkan dia ke aquaria.
ekceli, aku sendiri tak penah pi pon.
so, korang layan je la gambar2 kat bawah ni ok!




masa ni tgh traffic jam kat area serdang. biasala. kat situ memang slalu jam. sbelum tu, kite snap2 dulu.


tgk. ujan pulak. masa ni dah nak sampai klcc. jam jugak.


masa ni tgh beratur nak beli tiket. ada mamat arab ramai2 dok rapat2 kat aku. en alang rangkul aku baeeeekkk punya. takut dia mamat arab tu dok gesel2 aku.


anak ikan yu ni korang leh usap2. ada 3 besen binatang korang leh usap2 dan rasa2 strukturnya. ada ikan yu, belangkas ngan starfish.


en alang pegang star fish. aku geli. paksa2 dia pegang starfish tu. hahahaha!


korang tgk je ikan ni nampak cam ikan biasa je kan? padahal ini piranha ok! gile ngeri.


en alang happy sangat. dia suka je haiwan2 dasar laut ni.


tgk tu. sampai tunduk2 dia beria2 tgk ikan dalam kolam tu. bukan main melekap lagi kat cermin kolam. tak faham aku.






antara binatang2 yang aneh dan jarang kita jumpa. kalau korang jenis rajin masuk hutan, leh la jumpa binatang2 ni. oh! gambar ular kat atas tu, en alang siap tarik2 aku ok. aku nak amek gambar dari dekat, dia tak bagi. paranoid sungguh!


tangki ikan yang maha tinggi. memang syok je tgk ikan2 ni dalam tangki tinggi. cantek!


ikan ni cantek.


ikan yu lagi. kali ni besar2 sket.


ikan kecik2.


jalan masuk ke terowong. memula masuk je macam ramai sangat orang. bila dah masuk tu, ok je. agak lengang jugak la.


tak faham kenapa ikan ni terdampar je kat atas pasir. ikan2 lain elok je dok berenang2 dengan riang (riang ke?). semua orang yang tgk ikan ni, buat spekulasi sendiri. "ikan ni saket kot". "ikan ni dah nak mati kot".


ikan jaws . memang besar aaa....syok je tgk dia berenang2. macho je.


en alang. memang dah gelap bebenor laki aku ni. kulit dia memang jenis senang di'makan' matahari.


tgk. excitednye aku. memang macam jakun pon ada. sket2, "oohhh"..."aaahhhh"...."comel nye"...."besarnyee"...... boleh?


kapal terdampar. salah satu aksesori dalam lautan kirenya.


tgk. besar tak besar la jerung ni.


before kuar, kite kiss2 dulu en alang. tgk muka dia. kemain sampai tutup2 mata. konon2 feel lebih bila aku kiss. huahuahua.


lepas je kuar dari aquaria, which is masa tu dah pukul 5 lebih,
terus kitorang bergegas ke cinema nak beli tiket wayang.
transporter 3. en alang la ni. beria2 sangat nak tgk.
dapat tayangan jam 7.40pm.
so, disebabkan ada dalam sejam lebih lagi masa,
kitorang pon pi makan dulu kat food court. en alang nak sangat makan mee sizzling.
aku puas ajak makan kat manhattan fish market
tapi dia takmo. nak makan mee sizzling jugak.
disebabkan dia birthday boy, aku layankan je.
aku makan kuey teow goreng daging. dalam kuali kecik. cam klakar.
huhuhu~


lepas makan je, tgk2 ada lagi masa.
terus aku ajak en alang pi kinokuniya.


ingat nak cari buku "501 persoalan fikah wanita"
tapi tak jumpa pulak. then, after that,
terus kitorang ke cinema dan lepak2 sambil makan popcorn.
tak sampai 10 minit tunggu, terus boleh masuk.

transporter3?
ok la. macam yang kite leh agak, ni semua pasal camne dia transport 'barang' kan?
but kali ni, hero betul2 sudah jatuh hati kat mangsa.
bagi aku, citer ni biasa2 je.
en alang je kata citer ni best. huhuhuhu~
(sebenarnya, dalam hati aku ni memberontak nak tgk twilight!)


abis je tgk movie,
kitorang pon gerak la ke mesin bayor parking tu. apa ke namanye.
huhuhu~
leh tak aku lupa betapa mahalnye parking kat klcc ni?
parking fee aku adalah rm14 ok!
huaaa...leh makan untuk 2 orang lagi skali.



then,
dah nak sampai equin park,
aku tanya en alang, nak makan ke?
lapar tak?
dia cakap dia lapar. ekceli, aku pon lapar sama.
so, kitorang singgah satu restoran tomyam ni.
gile ah!
mahal nak mati, tapi tak sedap langsung.
memang itula first and last aku pi sana. takde dah nak pi kedai2 camtu lagi.
serik!

en alang lepas gian. dah sebulan lebih dia tak merokok. so, sebab birthday dia, aku izinkan dia merokok kali ni je.

sampai umah ayah tepat2 jam 12am.
mandi2 dan terus pengsan.
hahahaha!

p/s: ingat tak aku penah cakap nak bawak en alang ke tempat yang klakar? tempat tu adalah zoo negara. telah berubah lokasi sebab hari hujan. ok?

14 comments:

  1. kikiki
    klakar la die ni,
    yg plg xtahan,
    sbb besdey die,
    benarkan smoke..hihi
    mesti terharu je incit alang
    :D

    ReplyDelete
  2. en alang nampak sangat happy..
    sweet la korang nih..
    tp, masa brjumpa tu kan.. ayu cam x dengar langsung suara en alang.. dia sangat pndiam, ek?

    ReplyDelete
  3. nanonano,
    huhuhu. memang dia terharu pon.
    :D

    ayu,
    alang memang camtu. diammmm je.
    kalau ayu tanya dia apa2, baru dia akan jawab. sebab dia ni ada jugak sifat2 pemalu tu. (bini dia ni je yang takde sifat tu..huhuhu)

    a'an,
    aquaria tak mahal sangat.
    rm28 per entry. okla jugak.
    sebab memang sangat2 puas hati. boleh tgk ikan2 besar tu puas2.

    ReplyDelete
  4. ~ gambar yg kiss tuh sangat sweet. sangat romantik la korang dua nih. saya menjeles!!! nak kiss2 jugak. oppppsss, tak boleh. kena akad nikah dulu. hehehehe.... ~

    ReplyDelete
  5. amboi, orang jauh pun dah sampai kat aquaria ek? malunyer... maksu lum sampai kat situ agik...ada tapak seleman yg sumel lagi,

    marilah kita nyanyi2 sikit, aku tapak seleman... berdevas, sila bukak kasut dulu.... oops!

    ReplyDelete
  6. Intan, kita dah lama x pegi zoo dah bpuluh taun kot...ajak en.Uddin dia xnak, dia kata klu g sana mcm bawak anak jalan2...boleh? ada ke dia kata kita ni mcm anak dia..hampeh..

    ReplyDelete
  7. sy yg duk kl x pnh msk lagi aquaria! sgt sedey kn?=p

    ReplyDelete
  8. kita mmg suka laaa tgk binatang2 nieh sume .. rasa cam damai and tenang aje rasa kan :)

    ReplyDelete
  9. tingin g aquaria laa....

    alalala...sweet nyerr pic kiss tu...

    ReplyDelete
  10. kak! bestnya hadiah hari jadi ni! adeh. diya SANGAT teringin nak pegi tempat ikan2 tu. bestnya tgk ikan2. akk ada jumpa obor2 tak? =p

    p/s-ala kak, normal lah lelaki gelap gitu =)

    ReplyDelete
  11. mizzAmy,
    nak kiss2 ek...hehehe~
    cepat2 mintak pakcik masuk meminang ok!
    :)

    maksu,
    bawak anak2 lagi best tau. budak2 for sure akan excited je.
    lalalalala~ (tgh nyanyi ngan maksu)

    bee,
    hehehe!
    cam anak?
    ada pulakkkk....

    nem0,
    sila pegi okeh! best tau aquaria tu...

    yatie,
    ha ah. memang tenang je. :)

    N,
    ishh korang ni. dah dekat tu, sila la pegi ok. rm28 je per entry per person.

    diya,
    obor2 tak de la dik. tapi ikan nem0 adala. hehehe~

    ReplyDelete
  12. alahai bestnye
    suke pic kiss tu jek muahahaha
    muke en alang tu xtahan:)

    ReplyDelete
  13. misZue,
    hehhee...
    banyak2 gambar, gambar tu jugak yang zue suka ek.
    alang tu kadang2 over gak. hahaha!

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...