Followers

Thursday, October 30, 2014

Khalish. His progress.

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah dapat jugak menitip satu post harini. punyalah berat sangat jejari ni nak menaip. Hakikatnya mmg rindu betul nak menaip lagi. Tapi tau2 je lah. Kat ofis kena taip sorok2. Ini pon big boss takde kat ofis. Tu yang lapang sikit dan boleh amek masa untuk menaip.

So harini kita borak pasal Khalish. Dah 5 tahun umurnya on last September.

Khalish ni semakin hari semakin ke-abang2 an sangat wataknya. Dia la yang akan slalu jaga adik2 supaya jangan buat perkara2 yg boleh buat papa naik singa atau mama jadi tarzan. Haha. Punya hati sangat sensitif. Macam pagi tadi, aku butang baju dia sambil berpesan belajar rajin2 di sekolah, hafalkan a sampai z. Nanti senang nak membaca. Itu pon dah buat dia terharu. Dia peluknya aku tak nak lepas. Allahu. Sesungguhnya Allah beri aku seorang anak yang sangat penyayang.

Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tau. Khalish ada masalah pertuturan dan memahami percakapan orang. Dah lama nak bawa dia jumpa doctor or peadiatrik, tp biasalah alasan cliche parents berkerja, tak cukup masa. Tapi disebabkan Khalish dah berumur 5 tahun dan aku ukur cara percakapannya dengan Jazly, ada kala Jazly lebih advanced. So aku tekad nak refer pada peadiatrik jugak. Kena gelak pon, takpelah. Asalkan aku tau kalau betul takde problem dengan dirinya, mungkin aku perlu ambil tindakan berbeza.

Tak ingat bila, maybe pada Jun tahun ini. Aku dan alang pergi ke Hospital Seri Manjung dan berjumpa dengan peadiatrik. His first visit. Paediatrician  tanya apa masalah kesihatan yang Khalish hadapi, dan aku terus bgtau yang Khalish agak slow dalam pemahaman dan ada sedikit masalah percakapan. Kadang2 dia gagap (atau sengaja buat gagap). Kadang2 kita tanya lain, lain yang dia jawab.

So the nice paediatrician referred us to Hospital Teluk Intan to take hearing test towards Khalish. Pada mulanya aku memang tak tau apa kena mengena pendengaran dengan percakapan. Tapi paed tu kata ada kemungkinan disebabkan Khalish kurang mendengar, sebab tu dia faham lain.

So kami dapat date appointment di Pakar ENT Hospital Teluk Intan selepas raya. Semasa ujian pendengaran dijalankan, memang nampak lah yang Khalish ada respon pada setiap ujian yang dilakukan. Tapi sebabkan aku bukannya pakar, aku hanya beranggapan Khalish OK. Rupa2nya tidak ye. Kondisi telinga Khalish tidak sempurna. Dia tak dapat mendengar bunyi yang perlahan dengan baik. Doktor kata apabila dia memainkan bunyi yang perlahan, respon Khalish lambat. Tak laju macam bunyi yang normal atau kuat.

Berjumpa dengan pakar, dan pakar teropong telinga Khalish, katanya ada air di belakang gegendang Khalish. Pakar kata kemungkinan air tu berkumpul di situ akibat flu yang berpanjangan semasa dia sakit. Allahu. Kasihannya anakku. Rupanya selama ini dia kurang dalam pendengaran. Patutlah kadang2 kalau kita bercakap dengan dia, dia akan berulang tanya, apa dia Ma? Hah? Hah?

Apabila ada air di belakang gegendang tu, segala bunyian tak terus diterima pada gegendang telinga. ada yang diserap oleh air bertakung tu.

So kami pon pulang dari Hospital Teluk Intan dengan bekalan ubat yang sebeban utnuk dihabiskan pada sekian2 waktu. Segala ubat-ubatan ada yang kena guna atau makan pada seminggu pertama, ada yang pada minggu kedua dan seterusnya. Khalish ni dahla susah nak beri ubat. Memang setiap hari bergelut memujuk dia untuk guna dan makan ubat. Ubat titis telinga dan titis hidung pon ada.
-----------------------------------------------

Tamat utk visit pertama ke ENT. Kali ini visit kedua pula. Masa ni memang berdebar lah. Visit kedua pada hujung Sept lepas. Kali ni tiada ujian pendengaran. Hanya pakar check kondisi telinganya. Alhamdulillah ada berkurangan katanya. Dan apabila diuji telinga dengan mesin, katanya ada peningkatan pada pendengaran Khalish. Syukur sangat. Dan kali ni hanya ubat makan sahaja yang dibekalkan. Ubat selsema kata pakar. Perlu diberi seminggu 3- 4 kali.

Bagi aku, memang personally ada peningkatan dari segi komunikasi Khalish. Kalau dulu kita tanya berpatah2, kadang sepatah pon belom tentu dia nak jawab. Sekarang alhamdulillah ada peningkatan juga. Mau la dia menjawab. Dan dah pandai membebel kat adik2 yang buat sepah. Hehe.

Oh. And paeds ada jugak suruh kami jmpa pakar pertuturan. Yang ini kat Hospital Manjung je. Yang ni, kita sambung dia lain entri ok.

Nah belanja gambar terbaru budak2.















Tak perlu caption rasanya. Sebab korang pon kenal depa siapa. Siapa yang baru nak kenal, Yang sulung Khalish, tengah Jazly dan bonsu Ayana.

KBye! See ya when I see ya!


Monday, August 4, 2014

Raya raya raya!

Salam Lebaran yang ke-8 semua!

Fuhhh...kali ni hari raya sangat2 relaks. Dan yang penting tiada rasa marah dan sakit hati di rumah mertua. Hehehehe. Sebab biasanya akan sakit hati dengan biras2 dan ipar2 yang tak reti nak datang menolong rumah mak/mertua untuk masak dan mengemas. Balik2 muka iniiii la jugak yang tak kering tangan kat dapur beria2 menolong itu ini. Tahun ni memang aku betul2 relaks. Taknak semakkan otak. Balik rumah mertua pon pada hari raya pertama. Tu pon dah tengah hari baru sampai. Sebab orang balik solat raya pun dah pukul 10. Makan2, ziarah kubur arwah angah, salam2 dengan ibu ayah adik2 dan seterusnya ke rumah bos en alang untuk beri makan pada pets dia.

Hari raya kedua dan ketiga memang berjalan kampung je kami. Saudara mara en alang ramai di beruas nun. Setiap pelusuk kampung mesti ada kaitan dengan en alang. So berjalanlah kami kenal2 sedara mara kaedahnya.

Ayah mertua tak sihat. Penat/lelah/asma. Kesian sangat smpai kroniklah...terpaksa papah kalau nak ke toilet. Pastu degillllll.....dah kata jangan hadap kipas, jangan hisap rokok. ituuuuu la yang dia hadap pon. Last2 en alang rampas rokok and pindahkan kipas jauh sikit dari abah, baru lah nampak ok sikit. Raya ketiga tu jugak aku buat sup daging banyakkan bawang putih halia seperiuk besar aku masak. Alhamdulillah malam tu tengok abah dah ok. Penangan sup daging menantu katanya. hehehe.

Raya keempat kami bergerak balek ke manjung. Sebab en alang dah diamanahkan jaga pets bos dia...so kami pegi la bagi makan minum kat pets dia. Bos dia bela macam2, ada ikan, itik, arnab, burung. jenuh la nak bagi makan semua.

Kali ni bebetul relaks la. Raya kelima dan keenam kami hanya jalan2 mall dan lepak rumah je. Raya ketujuh baru kami berjalan beraya rumah jiran2 ibu dan ke rumah Kak Sal. Tu je lah. Memang kalau beraya perak bebudak ni duit raya tak meriah mana la. Hehehehe.

Gambar raya? Usah dikenang lah. Memang takde gambar raya sekeluarga tahun ni. En alang asik tak duduk diam. Dapat feeling2 mintak ampun maaf dengan dia pon dah petang raya pertama br dpt tau.

Kengkonon nak cuba amek gambar studio. Tengoklah acane pon. Malas pon ada. Hehehe.

Raya korg acane pulak? Mesti meriah kan.

Friday, July 25, 2014

Hari Raya 2014

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin ye korg.

Punyalah lama bersawang blog ni. Kadang2 rindu gak nak berceloteh kat sini. Banyak kenangan pahit manis dengan blog ni. Rindu sangat. Rindu korang jugak.

Tengoklah nanti. Ada masa aku coretkan lagi ok.

Berhati2 di jalan raya. Selamat menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...