Followers

Thursday, October 24, 2013

Kesayangan yang jarang dapat bertemu. Tapi sayangggg sangat!

Tarikh yang dinanti-nanti.
6 Oktober 2013. Gathering AWAM 6.
Actually AWAM tu akronim. tapi masing2 dah lupa apa maksudnya. 6 tu bilangan kitorang.

AWAM 6.
Intan (me!)
Ida
Miza
Siti
Rose
Erni (arwah)

Kami berenam mula rapat dari Tingkatan 4. Masing-masing punya karakter unik tersendiri dan bila bergabung tu, tu diaaaa kecoh tak ingat. 

Masa gathering haritu Miza je yang tak dapat join. Suami keje SPAD memang payah la kan. Operasi pulak mengejut2 je. Takpe Miza, lain kali kita jumpa ok.

Arwah Erni pula roomate aku masa form 4 dan form 5. Arwah meninggal dunia sebab kanser tulang pada umurnya 20 tahun. Al-fatihah.

2 bulan sebelum perjumpaan ni, kitorang dah plan nak buat kat rumah Ida je. senang sebab kat gombak and aku, siti dan rose tau rumah dia kat mana. Cuma Miza je yang tak pernah datang lagi. And Ida volunteer nak masakkan permintaan aku lasagna dan nasi ayam. Tengok. Ko sebut je terus berdesup Ida buatkan. Kagum betul aku ngan minah ni. 

Okla...jom layan gambar2. Korang tak kenal diorang ni kan? 

Ayana dan Darina (anak saudara Ida). Holding hands lagi ok. Nampak sangat suatu hari nanti they will be friends jugak.


Dina, mommy Darina (adik Ida) dan Siti, ibu Hana Kica (Nur Hannah Qarissa)
oh, btw Dina ni junior kitorang masa sekolah dulu. So memang kenal sangat la kan. :)

Cuba cari aku yang mana satu? Ni keratan dari majalah Fajar (majalah sekolah kami)

Before berjumpa, Ida bagi cadangan supaya kami sediakan souvenir untuk setiap seorang antara kami. Kalau korang boleh nampak, atas kiri tu antara souvenir yang setiap sorang dapat la. Ida beri gambar2 kenangan kami di sekolah dulu, Rose beri tafsir al-quran (sebab dia ni PAIM sekolah), Siti beri tuala yang disulamkan nama kami semua, aku pulak beri kain batik.

Kami.

Ok. Mari kenalkan pada korang.
Dari kiri: Ida, Siti, Me, Rose.
Masing2 ada handbag berjenama 2 & 3.
Sampai sekarang aku tak faham kenapa anak2 aku bertiga tu ralit sangat pandang kanan. Yes...kanan tu ada tv. And pasang kartun. Hai lah. Ralit nau ngan kartun sampaikan kamera pon tak diherannya.

Masa ni nak balik dah. Ayana dah amukan nak tido. Tu yang muka terpaksa rela tu. Hehehe.

Sempat jumpa Rose dalam setengah jam je. Sebab aku terpaksa gerak dulu, kereta Iqa rosak kat tol masuk ke highway LATAR.

Memang rasa tak puas jumpa mereka. Baru-baru ni kami dapat idea nak ziarah kubur arwah Erni dan melawat family arwah di Taiping. Moga plan kami ni dapat diteruskan. :)



Friday, July 19, 2013

Aku beruntung ada kamu.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Kami berlima sihat sejahtera.

Kawan-kawan apa cerita? Sekarang dalam bulan puasa, cuaca tak menentu mesti ada yang tak sihat kan? Kami ada jugak la selsema sikit, batuk sikit...but nothing serious. Masih boleh handle. Cuma ujian kesihatan yang kecil2 saja.

5 tahun kahwin...dan kami pun dah berlima. Pejam celik pejam celik macam tak percaya pun ada. Ada juga yang bertanya, macam mana kehidupan dengan anak2 yang kecil dan tengah melasak? Aku cuma senyum dan cakap, Macam biasala...budak2. Takat melasak melompat, berlari, buat sepah tu memang normal. Kalau diorang duduk diam dan pasif je kita pulak yang risau kan?

Doakan kami suami isteri kuat. Kuat hadapi cabaran dan ujian dari-Nya. Pelbagai ujian telah kami tempoh...telah kami lalui dalam jangka masa 3 bulan ni. Harap situasi yang sulit ni tak lama. Harap ada sinar bahagia menanti kami.

Ujian apa? Korang tengok kami happy je? Ala..takkan semua benda nak cerita kan. Cukup aku katakan ujian ini menguji kekuatan hubungan kami. Alhamdulillah dengan ujian ini kami lebih akrab, lebih menjaga satu sama lain.

Ada juga 1-2 perkkhabaran indah yang kami terima. Tapi yang indah tu tidak menjanjikan apa2 lagi. Masih lagi dalam bentuk harapan. Semoga perjalanan kami dipermudahkan-Nya. Aku boleh katakan ujian kali ini amat perit. Amat menyentap perasaan.

Aku beruntung punya keluarga dan mertua yang memahami. Punya kawan-kawan (u know who u are) yang empati. Pabila aku ceritakan pada mereka, mereka juga mengalirkan airmata. Mereka juga melahirkan simpati. Itu semua sudah cukup bagiku. Kata-kata semangat dari mereka buatkan aku terus berada di sini. Dan berpegang kepada Aku Ada Allah.

:)

Tak kurang juga ada yang mahu membantu. Oh....Allah beri ku ujian hidup...dalam masa yang sama Dia beriku kawan-kawan yang memahami. Yang ringan tenaga dan wang untuk membantu.. Terima kasih korang. Korang la pengarang jantung buah hati mucuk2 aku. (hehe!)

Kami ber5 sejahtera. Kami kuat. Kami boleh tempuh.
Dengan adanya Allah.
Dengan adanya manusia indah seperti kalian.
:)





nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...