Followers

Monday, May 11, 2015

Penang. Syurga Makanan. Part 2

Lepas je turun dari Penang Hill, memasing dah menjajau mencari kedai makan. Aku la ni sebok nak makan char kuey teow cina yang halal. Pengaruh sangat dari channel AFC. Beria pasang google maps dan tanya sekeliling. Siap turun kereta anak beranak jalan kaki dari hujung chowrasta smpai ke nak sampai ke komtar kami berjalan. Sekali kedainya dekat je dgn kereta yang kami aprk sebelum tu. TUTUP DAAAA. En Alang dah tarik2 muka dengan aku. Ye lah kan. Orang lapor ni jangan diusik. Dahla tengah panas, kendong budak, perut kebulur. kedai tutup la pulak. Gerunnnnn.

Sebab kecewa, kami masuk dalam kereta sambil2 tu perabihkan roti kacang merah. Buat alas perut. Aku pujuk En Alang pegi padang kota. Sambil2 goda dia untuk makan pasembor. Hahaha. So kami pi la padang kota. Aku la berangan nak makan mee sotong. Tapi tak tau kedai femes tu katne. Main duduk je. Bila order, datang mee nya macam ni je.


EHHHHH. Yang aku tengok dalam tv tu bukan mcm ni. Sotong dia kaler merahhh. Nak yg merahhhh tu. MANAAAA OIIII! Org penang please tolong i ye. Tunjukkan kedai dan jalan. 

Jaz memang sentiasa bersedia kalau mama halakan phone. 

Ayana dah berlengas. Air segelas ni dia sebok gak nak pegang. Akibatnya habis tumpah segelas coconut shake. LEBURRRR~

Tak abis2 ngan pose ultraman. Boring la anak oi.

Coconut Shake sedap dah. Memang thorbaik. Tapi mee sotong tuuuu. I xnakkkk. Nak yg femes tuuuuu.
 Lepas je kami bersantap, En Alang dok ngendeng2 asik la sebut2 pasembor. Aku la ni sebut2 dari dalam kereta. Hahaha. Sebabkan masa ni anak2 tgh buat perangai walaupon dah makan, so aku suggest jomlah kita tapau je pasembor ni. Balek hotel kita makan. 

Kami stay kat hotel budget yang agak semenggah la juga. SO HOTEL. Dah kata percutian ala2 terjah2 gitu, so amek je la hotel biasa2 je. Yang penting bersih dan selesa. Tak perlu la pool untuk anak2 sebab holiday pon 2d1n je. Kalau berhari2 memang mama cari kan hotel best2. ;)

Kami ambil triple room. Ada 1 queen bed, 1 single bed. 

Single bed. Maaf la bersepah. Standard la org ada anak kecik. *alasan*

Specialnya hotel ni kita boleh pilih jenis bantal yang kita suka. Ada microfill, cotton atau pearl. Aku of course pilih microfill. Baru la rasa bantal hotel 4 bintang. Kahkah. 
Lepas je anak2 mandi dan tidur, mama dan papa amek kesempatan la sambung mengketedarah lagi. Pasembor padang kota, here we come!

Sebelum dituang kuah. Ambik macam2 tapi takdela ketam udang bagai. Just sekadar nak buat rasa2 je. Buat rasa2 pon tak sedar smpai RM16 amek. HAHAHAHA.

Rupa paras setelah dijirus kuah. Nyamnyammm. 
 En Alang kata rasanya ok-ok saja. Takdela meletop kebabom ke apa. Dia siap ajak pi pekena pasembor kat gurney drive plak malam kang. Hahaha. Ok nnti kita tengok sempat ke idok pi sana.

Elok jam 5.30pm, anak-anak terjaga dari tidur. So, marilah mama papa mandi dan kita pergi gertak sanggul pi pekena mee udang kegemaran. 

Dah ada perubahan sikit kat restoran Salwa ni. 

Ayana

Khalish

Jazly. Sori Jaz. Gambar gegor. Mama awak tak sabor nak melantak.

Cantik kan? Indahhh sangat. Masa ni nak maghrib dah. Gertak sanggul ni atas sikit dari Teluk kumbar (atau dalam teluk kumbar?). Sini memang tempat nelayan. Sebab tu seafood mmg fresh2 belaka. 

Nasi goreng udang untuk budak-budak. 

Mee udang. Kami sekeluarga suka mee udang kat sini sebab kuahnya pekat tak macam mee udang kuala sepetang atau restoran yang lain2 nya. Tak nampak udang? Sat naaaa...

Korek2 ni ha udangnya. Ada 6 ekor udang yang lagi besar dari sudu. Memang besar walaupon kami mintak size biasa. Puas makannnn. 

Adoila. Fail betul kamu ni anak. Tapi Jaz memang suka udang. Abis kulit2 udang dimamahnya. 

Putera raja ni pulak asik mintak kita kupaskan udang untuk dia. Makan pon tertib je. Siapa nak jadi menantu? Hahahaha. 

Anak dara kemain laju makan nasi. Lepas tu pow papanya udang. Hahahaha. 

Papa yang terpaksa kupaskan udang-udang untuk anak2. Siapa suruh makan laju2. Tengok i menikmati setiap hirupan tau...Makan kena slow mo. Haha.

Tengok. banyak lagi dalam pinggan I. :)

Huuiiiii. Rasanya kali ni mee udang pakcik ni bertambah pedas. Nasi goreng dia so-so je la. Tapi tak sepedas mee udang. Ayana and the boys boleh makan dengan selesa la. 

Lepas je bersantap, kami singgah di surau berdekatan untuk maghrib dan bergerak ke gurney drive. Kengkonon nak la lepak2 tepi laut sambil disapa angin bayu gitu. Akan tetapiiii. MasyaAllah kereta berderet2 berduyun2 memang jangan mimpi la dapat park kereta kat situ. So, kami terpaksa berlalu begitu saja dari gurney drive hanya melalui jem je. Huhi. Takpelah. Ada masa lain kita ketemu lagi ye.

Sebabkan dah harung jem, tetiba kami laki bini rasa lapar semula. Aduh2 perut apakah ini. So terus on google maps dan search nasi kandar line clear. Walau tempat ni takde dalam list, apa salahnya cuba tempat baru kan. Rupa2nya dekat je dengan chowrasta. Nampak nau x pernah pegi.

Sampai2 je terkejut tengok orang ramaiiiii walau dah pukul 10 lebih. Kami ambil menu ringkas je. Nasi, ayam goreng dan kuah campur. 

Huuuiiii. Yang comot-comot ni la sedap ok.Ya ampun. Sampai harini kami laki bini asik sebut-sebut nasi kandar Line Clear ni. Sedap!

Budak2 xnak makan. Depa bertiga balun air sorang setin. 

Bergambar depan kedai sebagai kenangan. Again. Ultraman pose lagiiiii??? Nampaknya kena bawak depa tgk hi5 pulak la bagi berubah gaya pose. Haha. 

Ok. Settle hutang part 2. Nanti kita sambung part 3 ok. :)

Friday, May 8, 2015

Penang. Syurga Makanan. Part 1.

Alkisah, cuti panjang labor day-wesak-sultan of perak coronation day asalnya memang nak ke Langkawi. Tapi family belah aku asik kejap kata jadik, kejap kata tak jadik. so last2 kami sendiri buat keputusan takyah la ikut dema. Kita cuti2 sendirik je la. Jom makan-makan kat Penang!

Kengkonon nak gerak awal dari rumah seawal jam 4am ok. Piiii rah mabuk! Akibat excitednya aku malam tu, takleh tido smpai pkul 1.30am. Kunci jam pkul 3.30 pon tak terjaga langsung. Last2 aku terjaga pkul 4.30 pagi and kelam kelibut laki bini bersiap, siapkan makanan minuman kekucings dan siapkan budak2 yg tengah membuta lagi tu. Hahahaha.

Susah ok ada 3 anak kekecik ni. Nak pegi memana memang toksah mimpi la nak ikut schedule org lain. Schedule kami sendiri pon tak terikut. Semuaaaa ke laut. *padahal sendiri terlewat bangun*

Kami gerak dari Seri Manjung jam 5.40am. At first en alang kata nak tunggu Subuh la. Tapi aku bangkang kata takyahlaaa. I tgh period ni. U je yang boleh solat. Sekejap je kita singgah masjid nanti. Jomlahhh gerak sekarang. (I,U adalah kata ganti nama. Sila gantikan dengan nama yang bersesuaian. Kami tak guna I U sebenarnya)

Menjadi suami yang sayangkan bini lebih, so kami bergeraklah 5.40 tu. Elok smpai pantai remis, azan subuh. So singgah kat masjid area situ. Masa ni pon budak2 dah terjaga except for the princess. Aterrrr sleeping beauty kenalah bangun lewat. Barulah princess. Hahaha.

Singgah kench dan mandikan budak-budak kat r&r gunung semanggol. Bfast sesiap kat situ. Btw, apsal eh makanan r&r hampeh? adoiii tak sedap langsung. smpai hati berniaga dengan nasi goreng yang tawar x berasa, telur goreng yang minyaknya berladung2...adesss...entahlah. aku suap 2-3 sudu je lepas tu x lalu. Kesian kat anak2 la makan benda yg tak best. Last2 aku tibai roti inti kacang dalam kereta. Itu je pon dah ok.

Bersama chenta hatiiii. Muka kontrol ye bang. Hahaha.

Ooops. Censored plak. Hahaha. Khalish tak tahan nak terkencing. Tepi highway ni. 

Tol ke Jambatan kedua Penang.


Jauhnyaaaaa perjalanan guna jambatan kedua ni. Tak larat rasa. Macam...bila nak sampai, bila nak sampaiiii.

Sampai2 je terus ke Bukit Bendera a.k.a Penang Hill. Depa ni first time tau naik Penang Hill. Kesiannnnn.

Walau dah mandi, tetap muka macam baru bangun tido. 

Tak habis-habis dengan gaya ultraman. Udah2 la tu nak.

Again. Asik2 ngan couple ni. Jemu kan?

Sesambil beratur. Orang ramai gila. Bagila depa main and tengok2 display.
 Masa naik train, kami terpisah. Aku ngan ayana ngan Khalish, alang ngan Jaz. Terpaksa berpisah sebab orang ramai sgt...bersesak2. Sibbaiklah train ni sekejap je. Kurang dari 15minit rasanya. Memang sekejap sangat. Tapi memang best la budak2 ni. Memasing terkesima naik train.
Pengalaman pertama la katakannn.

Ok. Dah smpai atas bukit.

Penat2 mak pak kome ni naik bukit, moh ke tangkap gambo sekeping dua kat puncak ni. Atas meriam pon jadik.
 Tapi kan. Kan kat atas bukit ni ada gereja, masjid dengan kuil hindu. Masa kitorang lepak2 atas meriam ni nak masukkan semula ayana dalam stroller, melalak2 dia macam kena tegur. hmmm...paham2 la kan. Bukan nak kata apa, tapi kuil hindu ni keras sikit. Cepat2 aku suruh alang sapu air kat muka dan ubun2 ayana dengan air mineral dan selawat, baca al fatihah dan 3 qul. Alhamdulillah lepas tu dia ok. Haihhhh. So kawan2, beringat2 ye kalau berjalan2 tu. Kena pandang kalau2 anak2 ada perubahan. 

Omak pon nak bergambar jugakkkkk. Tarikan terbaru la kot atas ni. Ada word LOVE ngan titi yg boleh letak padlock tu. Mcm cerita2 jepun korea tu. Letak love padlock la konon. 

Lepak rehat makan nugget sebatang rm2. Sampai 6 cucuk kome balun ye anak2. Kebulur dah depa masa ni. Tapi omaknya taknak makan kat atas ni. Nak pegi gak makan kat bawah. Al-maklumlah list berjela ni menanti. 

Tak tau la budak ni teropong apa. Orang tgk ke bawah, dia tgk atas. Nak tgk roket kot. -_-"

Dapat kabin depannnn sekali masa nak balek tu. Best!


Again. bersesak tapi kalini semua dalam satu kabin. At least boleh nampak muka memasing. 

Tempat letak kereta.
Park kereta depan kaunter je. Senang dah nak pegi bukit bendera sekarang. Tak susah nak cari parking macam dulu2. Dah ada building yang bortingkek2. 

Ok. Abis satu part. Nanti next entry kita cerita pasal makan tengahari ok. 

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...