Followers

Saturday, September 26, 2009

kronologinya

terima kasih di atas ucapan kalian.
tuan tanah bersiaran secara langsung dari rumah bondanya.
berpantang di sini.

baru je keluar hospital petang semalam.
kehadiran Khalish betul2 melakar sejarah sendiri.
kami di'hospital'kan selama 8 hari.
bermula dari 17 sept sehinggalah 25 sept.
sampai semua nurse dan doktor aku dah kenal.
dan mereka 'kenal' kami.
;)

meh sini nak citer bagaimana ianya terjadi.
tapi, maybe panjang sket la kot.
so...stay tune! (kalau korang nak baca la...)

17 sep
khalish kurang gerak dalam perut. aku dah perasan sejak tengahari tu. hati risau, tapi wat bodo lagi.
sempat ke naval base ngan ibu. (mencari baju raya!)
berbuka bersama en alang di rumah. selepas berbuka,
baby tak gerak2 jugak. hati cuak gile.
terus ajak en alang ke spital.
tak sangka bila buat komen baby kurang gerak, kena tahan wad.
dan2 tu jugak tekanan darah aku tinggi mendadak.
159/90
malam tu tidor di wad.
sedih....

18-19 sep
di tahan di wad lagi sebab bp sangat2 mencurigakan dan merisaukan. 160/90 dan ke atas sahaja. tak pernah nak turun2. doc terpaksa advice aku amek ubat darah tinggi.
masa ni, aku dah tak sabar. esok nak raya, mana leh jadik camni.
aku tanya, bila aku leh kuar.
doc tak beri aku kuar wad. too risky katanya.
besides, aku ada diabetes sepanjang mengandung ni.
membuatkan bertambah komplikasi keadaan kandungan.
doc terus decide nak bincang dengan ketua doc.
buat keputusan untuk induce aku pagi tu juga.
dan malam tu aku mula rasa contraction yang lite2.
oh, petang sempat jamah rendang ayam ibu buatkan.
so, takla aku terasa sangat kehilangan nikmat syawal tahun ni.
;)

20 sep
raya pertama.
pagi2 lagi doc dah tengok bukaan.
baru buka 2cm.
doc beri induce ke-2.
jam 2pm,
check bukaan, dah 4cm.
terus tolak aku ke labour room.
nasib baik hospital manjung ni mesra suami.
en alang masa ni betul2 menggugat iman.
sangat2 hensem ok dengan baju melayu ungu bersongkok lagi.
dan masih bersongkok meneman aku di labour room.
kirenya, kalau nyawa aku tak panjang masa ni,
dah puas hati dapat tengok kesegakan suami.
oh, en alang sangat2 membantu masa ni.
setiap kali aku diserang contraction,
tangannya diletakkan di perut aku, mulut berzikir tak henti.
korang bayangkan, kami di labour room dari jam 2lebih sehingga jam 9lebih.
contraction dari menggila sehingga fainting. hampir tiada contraction lagi.
doc check, bukaan dah 6cm.
tapi disebabkan awal2 lagi dah dipecahkan ketuban,
dan risau baby kalau2 lemas.
terus doc buat keputusan untuk c-sect je.

en alang banyak membantu.
walaupun keadaan tengah genting,
dia masih boleh beri aku senyuman biarpon aku tau di hujung senyuman tu,
ada kerisauan yang menggila.
en alang kata, takpela sayang,
ni first and last.
abang taknak paksa sayang beranak lagi lepas ni.
abang serik tgk sayang saket.

tapi...itu kite tgk la dulu.
mana la tau lepas dah tak rasa saket2 ni,
terbukak hati ni nak beranak lagi kan...hehehe~

masa diorang sorong aku ke bilik bedah,
en alang tak lepas pegangan tangan dari tangan aku.
beri kata2 semangat, beri senyuman...(oh! senyuman yang boleh aku bawak 'bekal' kalau aku mati kelak)

did i tell u guys yang aku diberi ubat tekanan darah tinggi earlier?
ye, aku masih ambil masa ubat tu masa di labour room.
ubat tu buatkan aku mengantuk yang teramat.
sampai aku rasa mamai2 je masa diorang bedah aku.

dan jam 10.38pm,
keluarlah seorang lagi umat muhammad bernama khalish dani fitry.
sejarah nama dia ni nanti aku citerkan di entri lain ok?

21-23 sep
ditahan di wad kerana jika buat c-sect, 3-4 hari perlu ditahan di wad. di saat2 aku boleh keluar
wad pada 23 sep, kuning khalish naik dari 12 ke 14. hati risau bukan kepalang. terus aku ikut
advice nurse2 dan dco2 untuk breastfeed khalish berterusan, letakkan bawah uv ray. nasib baik khalish berkelakuan baik (kecuali malam! nak berkepit je...) mau tidor bawah uv ray tu.

24 sep
kuning khalish turun dari 14 ke 12 semula. alhamdulillah. tapi disebabkan khalish lahir kurang berat, (hanya 2.2kg!) kuning berskala 12 tu terlalu berat untuknya. doc sasarkan kurang dari 11. terpaksa tinggal sehari lagi di wad.

25 sep
kuning khalish kurang dari 12 ke 11.3. disebabkan aku dari awal pagi dah merayu doc untuk discaj kami, terus petang tu kami dibenarkan pulang.

ok. tu je la kot kronologinya.
hehe. aku hanya akan bersiaran kalau tuan lappy ni balek sini ujung minggu.
itupon kalau dia balek.
so, kalau aku senyap tu...faham2 je la ye.

terima kasih sekali lagi di atas ucapan tahniah kalian.
dan yang beri kad raya dan cenderahati, terima kasih banyak2.
buat nur'ain, banyaknya awak beri duit raya.
duit raya tu untuk kite atau khalish?
hehehe~




khalish day 1-day 4.
:)



23 comments:

  1. alhamdulillah...tahniah intan...xsangka khalish nak menyambut 1syawal kan...
    comeynyer dia...dear, u kena time kasih bebanyak kat en.alang coz bgi kekuatan kat u...
    hope intan n khalish sht selalu...amin...

    nanti upload gambar khalish bebanyak yer...
    selamat berpantang dear...

    ReplyDelete
  2. cian khalish kena paksa kuar awal...hihi 2.2kg je dia x pe besar kat luar plak
    selamat berpantang nnt leh la upload gmbr khalish byk2

    ReplyDelete
  3. tahniah intan...menjadi ibu pada 1 syawal. harap mom n baby sihat...

    ReplyDelete
  4. khalish yg hensem....aku book dulu untuk anak buah aku nanti..bole??hehehe..

    ReplyDelete
  5. congrats
    watashi baca ni pun dah cukup berdebar2222

    tp tang en alang ni mmg kagum!!!
    siap baju melayu,.,
    untung ...!!!

    ReplyDelete
  6. congrats my sister ,

    ur boy is so handsome - tak sangka awak kena c-sect....nie 1st time kite dengar nie...apa2x pun selamat berpantang....

    ReplyDelete
  7. tahniahhhhh.....coz dh jd sorg ibu dan bapa pada seorg bby comeiii.....

    ReplyDelete
  8. salam..
    congrats intan n encik alang...
    cerianye idop ye.. bca2 entry nih pon trasa cam intan sgt ceria skang..

    Semoga khalish menjadi anak yg soleh.. hormat mama n papa...
    aminnnn....

    ReplyDelete
  9. congrats sis & en alang...comelnyerr khalish....

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...syukur!

    tak terucap rasanya.. :)

    ReplyDelete
  11. Tahniah atas kelahiran khalish Dani Fitry...Sedap nama tu. Unique!

    ReplyDelete
  12. puteri,
    Tahniah!!..baru masuk keje hari ni tgk2 ada berita gembira..
    Cumel je nama khalish tuh.

    ReplyDelete
  13. tahniah dah jd mama... dani sgt cute... selamat berpantang...

    ReplyDelete
  14. wahhh!!! tahniah! congrats! hoyeaahh!! moga tambah ceria kehidupan intan dan encik alang :)

    ReplyDelete
  15. tahniah...
    kalau saya tau awak ada kat hospital..dah lama saya pi tgk. time tu saya balik beraya di manjung. kakak ipar saya pun nurse kat situ..tp dia cuti ler.

    ReplyDelete
  16. amy tertinggal cerita rupanya. lor, kak intan kena bedah ke? alhamdulillah everything goes well. congrats again.. ;)

    ReplyDelete
  17. awak.. congrats... dah jadi mama ngan papa la ye... comel la hero tu.. ngorat bley.. hahaha...

    ReplyDelete
  18. wah..mcm scary ar biler makcik nie citer kena masuk labour room tu..aku membaca dgn penuh perasaan. siap tulis "kalau aku pergi..." tp apapun dah selamat melahirkan sorang baby yg comey mcm mak dia..semoga dilimpahi kenikmatan dunia dan akhirat bersama keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  19. tahnia kak,
    tarikh cantik tu 20092009..

    moga akk dan bby sentiasa sihat hendaknya.. =]

    ReplyDelete
  20. congrats sis..
    syukur2 sumo selamat..

    mesti memory nie takkan lupe sampai mati kan..

    once again congrats:)

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...