Followers

Monday, February 8, 2010

mamai yang serius

apa ntah yang aku terfikir2 pagi neh.
masa nak antor khalish ke rumah babysitternya,
aku bleh plak straight ke ofis.
hanya tinggal 200meter dari ofis baru aku perasan yang khalish masih berada di sebelah.
sedang nyenyak tidor.

slalunya dia tak tidor pon.
ni dia tidor plak. sebab tu aku tak perasan dia kat sebelah.

terpaksa berpatah balek dan hantar khalish ke rumah babysitter.
mengucap panjang aku bila terpandang si kecik sdg lena tidor.
sebab aku bawak kereta macam tak hirau sekeliling.
risau juga kalau dijadikan satu habit buruk suatu hari nanti.

sebabnya...

dulu aku pernah tgk oprah.
ada satu topik yang mana seorang ibu tertinggal anak perempuannya yang berusia 3 tahun di dalma kereta.
dan hanya disedari 8 jam kemudiannya.
itupon sebab kawan kerjanya terperasan ada budak dalam kereta.

dan anak itu meninggal.
kerana kepanasan yang melampau.

teresak2 aku bila mengenangkan anak yang tak berdosa tu meninggal atas kecuaian ibunya sendiri.
dan jikalau aku yang menjadi ibunya, tentu aku rasa bersalah sepanjang hidup.

cerita sebenarnya, hari itu adalah hari pertama persekolahan.
slalunya, yang hantar anak2 (anak ada 2 orang) ke sekolah adalah suaminya.
tetapi masa tu suaminya ada appointment dengan dentist (atau doktor?)
jadi, si isteri terpaksa ambil tugas suami.
dan secara automatiknya, rutin harian terganggu.

dan oleh kerana rutin yang terganggu ini, membuatkan si ibu kelam kabut sikit.
dan dengan fikiran yang penuh; hantar anak2 dan masuk kerja (ibu mengajar di sekolah),
secara tidak langsung, si ibu tidak perasankan anak berumur 3 tahun yang tidor di seat belakang.

dan hanya menjumpai anak perempuan itu setelah 8 jam.
dalam keadaan badan panas terbakar.
(korang bayangkan je dalam cuaca yang panas, kite dalam kereta beraircond pon masih nak mengeluh.)
dan si ibu hanya mampu meraung. mengenangkan kesilapan sendiri. yang boleh terjadi pada kite semua.

bila aku teringat kisah ni tadi,
aku takut.
menggigil2 aku pagi tadi bila terlupa dengan rutin aku.
risaukan kalau2 aku jadi macam dia.
ibu mana tak sayangkan anak.

:(

16 comments:

  1. bahaya juga kalo wujud nye sikap lupa @ khayal...terlalu fokus pada keje yg nak di wat ....

    ReplyDelete
  2. be careful lain kali..hopefully xder apa smua nyer ok

    ReplyDelete
  3. ishh ngeri ek .. ngeri gak kalau jadi camtu.. pastikan sebelum turun keta tgk balik semua apa yg ada dlm keta...

    ReplyDelete
  4. intan jgn mamai!!!! tu la kan bila rutin harian berubah, semua benda jadi lain

    ReplyDelete
  5. omg..takut jek baca cite tue..
    lenkali akk hati2 ea..:)

    ReplyDelete
  6. Bila rutin harian kita terganggu, mmg secara automatiknya kita terleka..

    Next time just be careful...

    ReplyDelete
  7. a'ah kan..penah tgk cite kat csi dia tggai anak dia dlm keta gak..sian budak tu mati kepanasan.mmg akan trauma seumur idup..huhu..

    ReplyDelete
  8. qas yang tua bangka pun takot tinggal lelama lam keta~~ takot lemas gas aircond. takpun panas~ eeee takot takot takot

    ReplyDelete
  9. kak..byk sgtt pk kot...kne g bcuti ni..tenangkn fikiran..

    ReplyDelete
  10. memang mamai melampau ni anak leh terlupa hntr...nasib la die tdo

    ReplyDelete
  11. tgh memikirkan sesuatu masalah ker?

    ReplyDelete
  12. hopefully lain kali ok je.. kena byk rehat kot..

    ReplyDelete
  13. mula2 tu mmg nak tergelak baca, tp bila pikir kalo lupa lgsg camne, terus cuak..
    harap2 pasneh tak lupa dah la kan..

    ReplyDelete
  14. akk,,,jgn kales g kak...

    akk rest skit,,no tension2 taw....

    ReplyDelete
  15. pehh. seyes aku cakap. citer neh terlalu mennyayat hati even utk org brutal mcm aku. tak dpt aku bayangkan camne pompuan tu menjalani hidup lepas tu.

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...