Saturday, December 31, 2011
Friday, December 30, 2011
Friday, December 23, 2011
Entry berkepam - LIMA 2011
lama dah event ni lepas...aku je yang malas nak update. sebabnya masa pi ni dengan perasaan yang tak best. banyak cerita yang tidak menyenangkan hati di sebalik perjalanan ke LIMA ni. tu takpela...kita simpan dalam hati je la eh.
trip company ni day trip je. naik kereta sewa. penat gila weiii...bertolak dari manjung kul 3pagi. gile tak? hahaha. so sampai je jeti kuala perlis jam 7 lebih. sampai2 je tu diaa....orang sket punya panjang beratur masa beli tiket feri. tapi takple. kitorang wakilkan seorang untuk beli tiket dan yang lain2 pi breakfast. yang kitorang wakilkan tu dia dah breakfast kat rnr masa solat subuh. hehehe.
tapi...bila dapat tiket je, rupanya dapat feri kul 9.30. apakah? bertunggu tangga la kami kat jeti tu. haihhh...
kawan2 keje semua tgh booring tunggu feri. ramai orang dan panas weiii kat jeti!
your truly. cuba untuk senyum dalam kehangatan hati. hahaha.
sampai awal kat tapak LIMA. Panas gila wei masa ni. Tunggu kawan ofis bagi pas masuk.
korang enjoy je la gambar2 kat bawah ni semua. kalau ada pertanyaan, sila beri kat kotak komen eh. hehehe.
me at LIMA 2011. :)
keindahan sunset dari perkarangan masjid di jeti kuala perlis. CANTIK kan?
Labels:
LIMA 2011
Wednesday, December 21, 2011
Didik anak: Tempat tidur 101
Tajuk tak agak-agak kan. Macamkan aku ni specialist kanak-kanak ke apa. Bukannya apa, cuma ramai sangat tanya kat aku macam mana aku dan en alang tidur boleh asing-asing katil dengan anak-anak aku. Bukan asing bilik ye, umur macam diorang ni masih perlu dipantau. Cuma asing katil.
Ok. Aku ada sejarah la lebih kurang. Sebenarnya aku ni lebih terpengaruh dengan cerita omputih yang sering kalau kita tengok movie atau drama diorang, anak-anak even babies diorang dah letak bilik asing. Pulaknya tu budak-budak ni tak banyak songeh. Bila masuk time tidur, terus masuk tidur. Takde nak merengek ke apa. Ni cuma pemerhatian aku dari movies dan drama. Kalau realiti, selalunya menyimpang ke laut. Hehehe.
So, aku pon nak try la method yang sama tapi masih satu bilik. Sebenarnya kan, tidur asing katil ni kat hospital pon kita dah didik anak kan, so kita cuma sambung je kaedah tu bila balek rumah. Pada awal-awal bulan khalish memang breastfeed. So, memang agak renyah la. Bila dia nak susu, kena angkat dia, susukan dan bila kenyang letak dia semula dalam katil. Mula-mula nak didik diri memang payah. Hati kita sebagai ibu kena cekal. Jangan kata kesian kat budak tu, nak tidur dengan ibunya. Tak. Bagi aku kalau diorang tidur dalam katil sendiri lebih selesa. Ye la, tak la bersempit-sempit dengan mak ayah dia. Mak ayah pon boleh tidur dengan selesa. (Aku jenis tak boleh tidur sempit-sempit. Confirm esoknya badan sakit-sakit)
En alang pernah juga merungut penat asik angkat budak-budak ni bila nak menyusu. Tapi aku kata takpela, ni untuk kesenangan dia jugak. Nak-nak anak-anak aku ni jenis tidur lasak. Khalish ok lagi, Jazly kalau tidur CONFIRM bagun pagi kaki dia kat muka aku. Betapa buasnya budak-budak ni tidur.
Kalau anak merengek nak tidur dengan kita, letak la dia kejap ngan kita. Peluk dan biar dia rasa dia selamat. Bila dah lena, letak semula dalam katil/cot dia.
Alhamdulillah, anak-anak bujang aku sampai hari ini tak susah kalau nak tidur. Even kadang-kadang kalau dah mengantuk sangat, letak je dalam cot/katil terus lena. Cuma budak-budak ni mengada-ngada kalau en alang ada. Nak tidur berdodoi. Tidur berdodoi is good cuma clingy la. En alang pulak sejak budak-budak kecik dia dah ajar tidur berdodoi bila dia ada. Ha kooo...lenguh la tangan dok dukung, hayun dan dodoi. Macam aku pulak, jenis mama yang kalau ko nak tidur, tidur je. Jangan kacau mama. Hahaha. Kejam kan?
Takde la...aku takla kejam sampai macam tu. Cuma kalau dia nak kita tepuk-tepuk sikit bontot dan lengan, tepuk je la. Lagukan zikir 1-2 round, confirm lena. Hehehe.
Ada juga yang kata nak didik anak tidur sendiri bila dah besar. Boleh...takde hal. Cuma ada budak jenis yang nak rutin yang sama setiap hari. Ye la, dari kecil dah tidur ngan mama papa. Tetiba kena tidur sorang-sorang. Memang payah sikit la nak didik.
Cuma satu je nak tanya...camne eh korang suami isteri nak bersama kalau tidur sekatil dengan anak-anak?
Just curious. :P

anak-anak 101
Tuesday, December 20, 2011
Lepak hujung minggu: Dah boleh jadi duta tesco dah niii~
baru balek dari kenduri kawen kat segari. so dari takde apa nak buat kat umah, moh le kita ke tesco.
budak2 keletihan sebenarnya. ye la, kat kenduri dengan berpanas, pastu makan kemain lagi. hehe. so sebabkan mak pak diorang ni malas gile nak kuarkan stroller, marilah lambakkan anak dalam shopping cart saje.
haus ye nak? cian korang.
macam biasa la, jalan2 ukur tesco tu je. takde beli apa pon. oh, beli potato bread bersama air je. hehe.
sebelum kuar tesco, layan anak2 main mende alah ni. kemain seronok adik. khalish lak takmo turun ye. hahaha.
alololo...
muka adik bersungguh2. abang lak kemain ralit dok tekan itu ini.
:)
Labels:
jalan-jalan
Monday, December 19, 2011
Musim rambutan kembali. Maka buah pon berlambak2.
rambutan umah sendiri. biarpon sepokok je, tapi buah lebat gegila.
disebabkan suami saya baik hati amek buah banyak2 dari pokok, dan takde siapa nak makan. so aku pon gigih la kupas2 rambutan ni. takut dia membusuk camtu je kan.
orang yang jari2 nya tak kuat, kupas pakai pisau la ye. hehehe.
selepas 15 minit, tada...dah siap kupas semua cik2 rambutan ni.
tengok je la abang long ni. sebok je nak mamam rambutan. dan skarang dah batuk2 bagai. huhuhu.
then, aku pack kan rambutan2 ni masuk dalam 2 bekas. 2-2 bekas masuk dalam peti ais. sedap oh makan sejuk2. menambah penyakit. hahaha.
Labels:
makan-makan
Friday, December 16, 2011
Lepak hujung minggu: Layan Gempak Selebriti Astro la pulak. Hahaha.
konon2 lepas balek dari pesta laut lumut nak balek. tapi tetiba en alang bersuara,
ayang agak2 kat gempak selebriti astro (gsa) tu ada acha septriasa tak?
nape, b nak tgk ke?
haah. mesti comel kan.
grrrr...
so kami ke giant manjung sebab kat situ la ada gsa tu. elok sampai masa tu pukul 12. tengok tentatvie program wah...jap lagi ada upin ipin kuar.
kemain seronok khalish kat astro ceria. ye la...warna semua ceria2 je.
tu dia upin ipin kuar dah.
jaz muka terpinga2. mama excited lebih.
khalish pon tengok maskot cam takde perasaan. tengok budak belakang dia tu, kemain happy je.
bila upin ipin naik pentas, layan selagu terus kitorang blah masuk giant. nak dapat air cond. hahaha.
budak2 main kat playground dalam giant.
cinta hati saya.
takat turun slide memang terer la. hahaha.
adik jaz nak naik mende alah ni.
mama, adik nak naik!!! (sambil dok enjut2 badan turun naik)
mintak tolong papa pulak. haha. kesian takde sape nak layan.
lepas budak2 dah puas main kat playground..kitorang pi balek kat gsa sebab kul 12.30 ada kumpulan bawel. faveret aku. tapi tu la..diorang dah terkeluar. huhuhu.
belajar jawi kat booth pelangi/bintang.
maju maju maju
mundur mundur mundur
yok kita bernyanyi bergoyang
ding dong ding dong
:)
lepas layan bawel, terus nak balek.
tapiiiiii....
dalam kereta teringat barang dapur tak top up lagi. so ke tesco la kita.
(biarpon masing2 dah bau peluh dan anak2 dah meragam...tetap ke tesco ye)
khalish penat sangat. baringkan dia dalam troli mau pulak dia.
adik taknak baring. so kita dudukkan je.
pemandangan indah. papa layan anak2. mama tukang pilih dan cari barang. hehehe.
Labels:
en alang,
famili,
jalan-jalan,
jazly,
khalish
Subscribe to:
Posts (Atom)