Followers

Thursday, June 2, 2011

Kesian dak Jazly. Saket yang berlarut2 sampai hari ni.

isnin petang tu masa aku nak amek dia dari taska, dah rasa dia dedar2. so malam tu tuam kepala dia sebab kepala je yang panas. badan sejuk je. saje pakaikan dia baju malam tu sebab jaz ni kuat berpeluh2. kalau dah berpeluh, dia rimas dan akan merengek mintak mandi.

selasa tu budak taska sms aku kata jaz asik nanges tak henti2. tengok jam baru pukul 3pm. sib baik bos baik hati beri izin aku balek awal. so bergegas aku amek jaz terus ke klinik. tengok je la muka jaz tu. masam je. aku gurau2 ngan dia pon dia buat tak tau.

jaz muka boring. 

ok. masa jumpa doc, doc dengar dada jaz sarat sangat dengan kahak katanya. kalau ikutkan, batuk jaz takla teruk sangat. maybe kahak sarat tu buatkan jaz tak selesa dan asik nanges je. cian jaz. so lepas doc check, doc suruh jaz pakai mesin nebulizer tu buat cair kahak. then ajar camne nak tepuk belakang jaz setiap kali lepas nebulize, lepas menyusu dan makan ubat.  doc pon pesan kalau masih dengar dada jaz sarat lagi esoknya, dia suruh bawak jaz ke klinik semula untuk buat nebulizer 3 kali sehari. 

pagi2 tu aku dan en alang bincang2 kitorang amek EL je sebab keadaan jaz macam tak kurang. so ke klinik la kita pada pagi yang penuh hujan rahmat tu...(tarik selimut cuaca macam ni memang syiok woooo) tapi anak perlu diutamakan.

jaz melekat ngan papa. budak2 ni kalau saket pening memang carik papa je la. mama jadik patung cendana je. tengok anak2 dari jauh bila anak2 semua tolak mama jauh2. (mama kecik hati ni. huhu)

kat klinik tu ingatkan kena buat nebulizer tu 3 kali la kan. tetiba doc cakap ada extra mesin portable nebulizer tu. so dia ajar camne nak guna dan suruh guna je kat umah 2-3 kali sehari. hohoho.

ni masa kat umah. petang dalam pukul 5 lebih camtu. memula masih ok lagi. steady anak mama...

pastu dah start merengek2. en alang dah jeling2 aku suruh aku stop. e eh...nak anak cepat baik tak bang?

pastu...dia tengok mama buat tak heran je dia rengek2, terus melalak sekuat hati sampai suara serak2. en alagn dah cakap kat aku, dah la tu yang. kesian jaz. abang tak sampai hati dengar dia nanges ni. aku buat dek je. kena keraskan hati nak bagi dia sehat. betul tak? at last ubat tinggal sikit secoet je baru aku stop. tu pon en alang dah tarik2 muka ngan aku macamkan aku dera anak dia. haihhh....~


so skarang rutin aku kena buat camni kat jaz sehari 2 kali at least. sampai ubat habis. lepas tu kita tengok lak camne keadaannya. :)

7 comments:

  1. sian jazly, hurmm intan aritu rania pun penah mcm ni jgk tapi dr pakar kanak2 die ckp xle ajar bg nebulizer nanti budak biasa diorg akan depend on nebulizer all time, mcm my case dr ade bagi satu ubat utk cairkan kahak after 4 days terus ok, tapi kene sabar la sket sbb diorg xreti buang kan, sofar alhamduliah rani mmg xpkai neb if die berkahak ubat tu mmg power, sbb dr ckp kesian budak pakai neb, even org tua pun akan rase lemah bile neb, tatau la mayb lain dokter lain cara

    ReplyDelete
  2. nak komen pasal cik alang tu ..kaum bapak mmg gitu ehhh ??
    kalau anak demam mudah sgt kesian sampai sanggup x bg mkn obat huhu

    adam kan demam last 2day ,daddy dia yg jaga ..bleh plak bila akak blk keje dia kata adam x nak mkn obat ..haiiihhhhhhhh berangin jekkk , hati kene kental cik abg oiiii ..

    ekekeke terluah perasaan plak hhaha

    btw ,moga jaz cepat sihat . sian kalau anak² demam ni .

    ReplyDelete
  3. ala, jaz so cute..sian dia demam..sian la budak kecik2 lagi dh kena neb kan..adib start neb umur 6 bulan sampai skang xlekang ngan neb.huhu..
    p/s: muka jazly cam noh hujan lak..hehe

    ReplyDelete
  4. watashi rasa kan intan..
    king tu mmg ada harapan jadi cam en alang
    \lebihkan anak dr isteri.ehehehe

    semoga jaz cepat sembuh..gambar dia nangis pun wat hati hana meruntun nih

    ReplyDelete
  5. Budak2 mmg lambat sihat kalo batuk esp. batuk berkahak. Ada bagi ubat cair kahak tak? Jazly senang makan ubat ke tak?
    Sian Jazly.
    Sedih tgk gambar nangis masa guna nebulizer tu...

    ReplyDelete
  6. sian jazly semoga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  7. Selalu bab2 bg makan ubat ni mak mesti keras ati..so anak biasanya sakit semua nak ayah..anak buah sha semua camtu..ada sorang tu kena tepuk kahak macam jaz pun nangis siap sebut 'ayahhh'...ayah dah tak smpi ati tp ibu dia mcm intan la..keraskan ati sbb nak anak cepat baik

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...