Followers

Monday, June 13, 2011

Saya yang Neng Yatimah. Tahap kronik.

Entahla. Memang sejak dari dulu lagi aku ni memang jenis penyedih. Tapi seingat aku, dulu takla seteruk sekarang. Sekarang ni dah betul2 kronik dah tahap takleh nak tolong dah.

Zaman sekolah.
Aku ni penyedih tahap tengok citer filem cina dan hindustan. Tak kesah la citer tu citer kelakar ke, citer lawan2 ke, citer romantik ke sure kalau ada selit scene sedih walau 5 saat sure aku nanges. tapi terhad pada citer cina dan hindustan je. Oh. dan satu citer omputeh. Titanic. hahaha. Oh novel adalah penyumbang utama penghasilan air mata aku pada zaman ni.

Zaman berkahwin & beranak sorang.
Dah nampak ke arah pertambahan deria sensitif aku. Di mana walau aku tengok dokumentari pasal kucing beranak pon aku leh sedih2...apatah lagi kalau tengok dokumentari pasal bencana alam dan tunjuk akibat pada manusia sejagat. Masa aku ngandungkan khalish, modal untuk aku basahkan bola mata adalah The Oprah Winfrey Show. Bayangkan, diorang tunjuk buat renovation rumah untuk family orang susah pon aku boleh melalak bagai nak rak. Tu belum lagi tunjuk pasal citer anak angkat atau budak2 yang disable tapi sangat2 talented buatkan aku meleleh2 airmata setiap kali diorang bukak mulut bercakap. Tak ke keadaan aku teruk sangat2? Favourite dokumentari masa ni adalah In The Womb. Filem dan drama2 yang sedih2 pon aku suka. Especially yang tunjuk pasal anak derhaka, mak lupa diri, ayah lupa bini camtu la.

Zaman Sekarang di mana aku adalah seorang Mama pada 2 hero.
Penyedih yang melampau sampai tahap dah tak masuk akal. Memula tengok iklan raya kalau sedih2 tu standard la kan. sape tak sedih tgk iklan raya.Pastu adik beradik aku perasan, setiap kali tengok filem apa pon even apa genre, apapon bahasa, apapon negara kalau ada scene sedih sure aku nanges. Pernah aku tengok filem standard kanak2 masa cuti sekolah biasa tayang tu (tak ingat tajuk apa) cite macam tu pon aku leh nanges ok.Yang bertambah teruk, aku menangis bila dengar lagu2 yang slow2. Selama ni aku just menangis kalau tengok dokumentari, iklan dan filem/drama kan? Ni dah merebak kepada lagu2 pulak. Nak bertambah mengarut bila aku dengar lagu yang happy2 tapi aku bantai melalak. iqa dok pelik2 aku seka2 airmata. entahla. mana datang extra neng yatimah ni pon tak taula. dah merepek2 dah skarang. skarang ni kalau dengar radio, dengar orang buat tuju lagu untuk kekasih bagi ucapan paling ringkas pon aku leh bergenang2 air mata. Haritu ayah bukak cd arwah ustaz asri baca ayat2 suci al-quran pon aku leh meleleh2 air mata.


Merepek je kan? Ntahape2 si intan ni.

Takde sape kenal Neng Yatimah ke? Ni dia...dia ni dulu2 orang kenal dia sebagai pelakon air mata.


Yatimah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Neng Yatimah merupakan seorang seniwati filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal. Beliau terkenal dengan peranan sebagai seorang pelakon air mata. Anak Neng Yatimah, Rosnah Jasni, turut mengikut jejak beliau dan terbabit dalam bidang seni menerusi filem Pendekar Bujang Lapok pada 1959 dan diberikan nama komersial Roseyatimah.

*kredit gambar dan info to Wikipedia*


2 comments:

  1. alahai. diya ingatkan diya sorang makin dewasa makin sensitip. akak pun sama jugak ye. huhu. untuk cite hindustan, especially kabhi kushi memangggg berkoyan2 air mata meleleh. masa intro dah start, ending lagi le rabak mata. padahal dulu2 diya tengok, langsung takde perasaan nak nangis. haha. agaknya hormon kita berubah kot kak.

    neng yatimah ni penah dengar nama die, tapi tak tahu pulak die pelakon air mata

    ReplyDelete
  2. tak henggat nya penyedih yang!
    tak tahan tgk citer hindi tu
    ahakss..

    normal lah..kita perempuan kan

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...