Followers

Tuesday, August 9, 2011

Bila mama mengomel....(Ni luahan perasaan ke?)

Anak-anak dah makin membesar. Si Jazly dah pandai macam2 dalam masa singkat. Dalam 2 minggu dia cuba untuk duduk, merangkak, memapah dan sekarang sebok berpaut untuk berdiri. Kalau pakaikan baju dan pampers adalah satu pergelutan besar dengan dia. Tak reti duduk diam. Letih dibuatnya. Bayangkan umurnya baru sahja mencecah 7 bulan hari ini tapi keletahnya dah macam budak 9-10 bulan. Tak padan dengan badan bulat semakin laju dia merangkak kesana sini mengah kita yang mengejarnya.

Khalish dulu baya2 Jazly baru pandai nak berpusing. Aneh kan? Khalish juga pada waktu bayinya tidak selincah adiknya tapi lihat sahaja sekarang...betul2 menduga kesabaran. Jikalau Khalish ada di rumah, jangan harap la nak dapat rumah seindah mahligai bila semua peralatan dan perabot rumah habis berubah dari tempat asal dan kusyen2 berselerakan dari anjung rumah hingga ke dapur. Mainan tak usah kata lah. Lagi banyak mainan yang dikeluarkan, lagi besar sepahnya. Ligatnya Khalish seiring dengan lincahnya adik sekarang ini. Nak2 pula sekarang Khalish pandai merajuk dan cemburu jika tumpuan semua orang hanya pada adiknya seorang. Seringkali aku dihempap/diserang secara tiba2 oleh Khalish kerana dia cemburukan aku yang sedang mengagah Jazly. “Serang” dalam konteks tiba-tiba sahaja dia dating menrjah aku atau tiba-tiba sahaja dia duduk dan mengenjutkan badannya atas ribaan aku. Hehe.

Walau camne dia merajuk atau cemburu pada Jazly, Khalish tetap sayangkan adiknya. Kadang-kadang dia akan mencari kepala adik dan menciumnya. Tapi tu lah, geram seorang abang pada adik yang comel tu membuatkan dia kadang2 pukul kepala adik, tamper pipi adik geram punya pasal. Hehe. Tapi yang peliknya, kalau adik yang buli dia, seperti adik tarik rambut atau panjat badan dia ketika dia minum susu, Khalish akan senyap sahaja membiarkan adiknya walau sesakit mana pon dia. Tapi adakalanya jika tak tertahan saket dibuat adik, menjerit juga Khalish memanggil kami untuk tolong dia tapi dia takkan sekali2 tolak adik atau pukul adik balek.

“Perangai” baru Khalish sekarang ni adalah apabila berjalan di pasar raya, pasar ramadhan, pasar malam atau mana2 pasar lah…seringkali akan berlari2 macam anak yang tak pernah keluar dari rumah. Berlari satu hal, menjerit2 satu hal lagi. Dah rupa macam duduk dalam hutan tau. Kalau kita pegang tangan dia, ikut angin dia jugak la. Angin baik dia ada, dia akan turut je. Kalau angin nakal dia dating, dia akan lembik2kan badan dia, beratkan badan seperti tidak mahu berganjak dari tempat tu selagi kita pegang tangan dia. Oh letih melayan kerenah Khalish yang satu ni. Solusi paling senang adalah stroller. Kalau duduk dalam stroller, pandai pula duduk diam2. Haihh...~

Apapon, kerenah anak2 yang macam2 ni la akan dibuat kenangan. Sengaja aku rakamkan di blog ini supaya anak2 ni baca dan faham kerenah mereka yang bukan2 tu. Haha.



5 comments:

  1. hehe.keletah anak2 ni lah peneman jiwa kan.walaupun penat kita dibuatnya,tapi ni lah memori yang sgt manis dlm diari seorang ibu..

    ReplyDelete
  2. heheh..sama ngan maryam. dah sibuk nak memanjat. cita-cita besar betul. padahal kecik lagi.

    tulis ni bila besar derang tahu, betapa susahnya nak besarkan dieorang. hehe

    ReplyDelete
  3. gelagat anak2 yerr kak..N baru sorg pon da kecoh..

    ReplyDelete
  4. “Perangai” baru Khalish sekarang ni adalah apabila berjalan di pasar raya, pasar ramadhan, pasar malam atau mana2 pasar lah…seringkali akan berlari2 macam anak yang tak pernah keluar dari rumah. Berlari satu hal, menjerit2 satu hal lagi. Dah rupa macam duduk dalam hutan tau. Kalau kita pegang tangan dia, ikut angin dia jugak la. Angin baik dia ada, dia akan turut je. Kalau angin nakal dia dating, dia akan lembik2kan badan dia, beratkan badan seperti tidak mahu berganjak dari tempat tu selagi kita pegang tangan dia.

    yg ni ..i like..pikir byk kali kalu nk p shopping complex..hahha

    ReplyDelete
  5. rasanya jazly cepat boleh byk perkara atas tunjuk ajar khalish..
    anak no 2 biasa cepat matang skit.
    hikssss..nak tgk videooo~~

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...