Penulisan ini? Senda gurau ini? Teguran ini?
Maaf ye kawan-kawan sekiranya aku lama sangat menyepi dari dunia blog. Bukannya dah tak sudi nak singgah menitipkan sepatah dua kata-kata di sini tapi keadaan yang terkejar-kejar di ofis, hiruk pikuk di rumah buatkan aku lebih selesa pada short update; fb dan twitter. Itupun tengok angin jugakla. Adakalanya sehari suntuk juga aku senyapkan diri dari dunia internet. Nak jauhkan dari segala mak nenek info perlu tak perlu. Hanya inginkan "me" time dan "us" time.
Ini kerja tengah menggunung. Tapi orang luar takkan nampak pada meja aku ni sebab jarang sangat nampak ada benda2 tak perlu atas meja ni. Kerja menggunung di dalam fikiran. Macam2 ada. Yang terzahir dan selesai hanyalah 30%. Yang terzahir dan baru dimulakan dan tidak selesai 20%. Yang masih terperap dalam fikiran dan sesak minda, sendiri mahu fikir la ye berapa percent pula. Hehehe.
So kawan-kawan...doakan aku semoga yang lagi entah berapa peratus belum selesai tu dipermudahkan urusannya. Ini belum lagi dengan sesak fikiran dengan percutian hujung minggu ni. Orang lelaki ambil enteng saja atas semua perkara. Yang dia tahu, sedia duit...ok jom kita jalan! Aku jugak yang terkial2 pilih hotel last minute...tempah kereta sewa juga pada saat-saat akhir. Malahan perancangan ketika bercuti sudah ku aturkan molek-molek aktiviti untuk mengisi hari libur. Haiihhhh lelaki. Begitu mudah kau campakkan semua ini atas beban bahuku bukan?
Ye. Lelaki dimaksudkan adalah en alang ye. Huhu.
Doakan juga aku rajin menulis. Secara jujurnya aku rindu pada url lama. Jadi...aku wujudkan kembali url lama untuk aku rangkaikan kembali ke blog ini. Wujudkan ia biarpun hanya sekadar di pinggiran. Jadilah.
No comments:
Post a Comment
Jemput2! Makan jemput2 meh!