Followers

Monday, September 3, 2012

Nombor 3

Bismillahirrahmanirrahim...

As-salam semua kawan2! Wah...ni bukan dah tahap bersawang...ni dah tahap berhabuk tebal 3 inci dah ni. Sebulan lebih tak menitipkan apa-apa di blog yang dah rupa hidup segan mati tak mahu ni. Harap kawan-kawan semua tak lupa terus dengan penulisan di blog ini ya.

Datang ku datang berhajat,
Hajat yang datang bersama berita,
Berita ini tersebar dengan cepat,
Harap kawan-kawan doakan kesejahteraan bersama.

Aku mengandung lagi. Yang ke-tiga kalinya. Syukur alhamdulillah...~

Aku dah mula merasa tidak sedap badan pada Hari Raya tempoh hari. Bayangkan...gambar di hari lebaran memang tiada cuma ada la sekeping dua gambar anak2. Betapa aku tidak begitu ingin meraikan lebaran dan bersalaman dengan suami pun hanya pada petang hari raya pertama. En Alang sampai sindir aku...awat bini dia ni tak mintak maaf kat dia lagi?

Seperti yang korang semua tahu, aku pengedar Shaklee. Dan pengguna Shaklee tegar dah 3 bulan. So, segala vitamin dan minuman nutrisi aku ambil. Tapi, berat tetap juga naik. Kain dipakai tetap ketat. Syukur juga baju raya tu aku tak tukar pada saiz L. At first memang tersalah ambil size XL. konon2 lepas tu nak tukar size. Tapi asik la terlupa bagai dan bercampur dengan malas...jadinya aku sarung size XL je di hari raya. Dan hasilnya? Sangat terkejut bila aku sarung kain, kain jadi sendat. Aku termenung, sambil tangan tenung label size di kain. Betul ke dah sendat ni? Macam mana boleh sendat? Haritu kat kedai sarung size L kemain selesa je...ni XL boleh sendat.

Itu baru soal pakaian. Sekarang beralih pada cincin. Aku cukup pelik...cincin tunang yang ku pakai ala-ala longgar masa bulan puasa, tibanya raya jadi ketat pulak. Kalau cincin kahwin tu toksah kata la...sampai merah-merah muka dok tolak cincin ke jari. Masa ni dah terfikir pasal pregnant...tapi takkan la. Period aku masih ada walaupun hanya tompok-tompok kecil yang keluar. Tapi terfikir juga...mungkin period yang sikit ni adalah satu petanda. Tapi malas nak semakkan otak, so ignore je la. Sampaila ke suatu ketika bila jerawat tumbuh bagai nak rak di muka, muka berminyak-minyak, perut kembung, berat naik, mual-mual...aku dah cuak. En Alang pun tegur kenapa perut aku macam orang mengandung? Adeh...masa ni memang dah terfikir nak buat UPT. Tapi aduhai...lemah semangat. Ye la...kami ni tengah planning anak. Persediaan mental fizikal sah-sah tak ready apa pun.

31 Ogos tu sedang berjalan-jalan, aku ajak en alang ke farmasi. Aku tak nak cuakkan dia, just cakap aku nak ke farmasi sebab nak cari pill box. Tapi tujuan utama nak beli UPT stick. Sampai je rumah, meluru aku ke toilet. Cecepat test. Entah kenapa dalam ketidaksediaan tu, bila tengok double line, aku tersenyum sendiri. Gembira. Terharu. Diberi kesempatan olehNya untuk merasai benih di dalam rahim ku bernyawa. Sungguh tak terkata. Keluar je aku dari toilet, aku nampak en alang terbaring main henset atas katil. Aku layangkan UPT pada En Alang. WAH!! Terkejut sampai melompat dari katil laki i u ols! Hahaha. Sambil tu, tangan dia menggigil pegang UPT sambil tanya aku, berapa minggu dah ni yang? Aku senyum je....suruh dia kira sendiri. En Alang memula memang agak susah nak terima kenyataan yang aku mengandung lagi. Puas difikirkan macam mana aku boleh mengandung sedangkan kami ambil pelbagai cara untuk elakkan dari pregnant. Tapi kuasa Allah kan. Kalau dah tiba rezeki tu, Dia bagi je. Alhamdulillah now tiap-tiap pagi En Alang ucap salam pada perut aku. Maknanya dia dah boleh terima anak ini dan selesa dengan kehadirannya. Siap dah planning by next year nak cari keje yang lebih elok dan nak berniaga. Alhamdulillah Allah berikanku suami yang rajin dan tak putus asa dengan keadaan. :)

Adik beradik, bonda dan ayahanda tersayang sambut baik dengan berita yang satu ni. Semoga anak ini memberi seribu rahmat kepada kami sekeluarga.

Apapun, doakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kami ye.




Haha. Check sampai 2 kali. Macam tak percaya pun ada jugak. Aduhai...~


20 comments:

  1. tahniah.. semoga selamat dan dipermudahkan segala urusan sampai bersalin nanti.. AMIN..

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya, dalam ketidaksediaan tu, kita selalu rasa happy kan bila rasa ada makhluk kecil dalam rahim kita. Mula rasa sayang, mula rasa cinta, mula rasa tak sabar. :)

    Congrats tau Intan. Jaga diri bebaik. Insya-Allah, ni baby Shaklee ni. :)

    ReplyDelete
  3. Alahai, murahnya rezeki kamu yang!
    Kita ni entah bilanya nak sedia
    Sokmo kata x sedia tp hati tu teringin sgt
    Susah juga bila kita dah mula rasa redha tp yg sebelah lagi tak mahu
    Doakan kita ya, :)

    ReplyDelete
  4. tahniah intan..rezeki hari raya..take care ye..hopefully dapat gegirl this time

    ReplyDelete
  5. apapun tahniah dari akak.... itu semua rezeki untuk kamu ye dik... happy pregnancy... akak tak tahu la tahun bila nak ready..umur dah makin meningkat ni...hik hik

    ReplyDelete
  6. tahniah , cik intan..awak ni wat kite jeles berganda ni...nasywah gak yg masih solo..harap kali dapat baby girl..jaga diri baik baik...

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah...dah Allah nak bagi rezeki kan...terima jelah....tahniah intan...

    ReplyDelete
  8. intan!!tahniah!wah, ingatkan entry surprise td, laju2 scroll bawah kot2 intan main2 mcm kita hari tu..hehe..alhamdulillah, bila dgr kawan2 pregnant, hati teringin sangat2..tp ekonomi dan masa membataskan..adam 2 tahun nnt insyaAllah nk get ready!hehe..anak2 kita kan sebaya!;)

    ReplyDelete
  9. tahniah!! harap2 baby girl kali ni

    ReplyDelete
  10. congratz yang..jaga diri baik2 tau ;)

    ReplyDelete
  11. Tahniah..ari raya ketiga nampak en alang dan anak2 sedang sidai baju dari dapur tingkap mak teh sha..hihihi..sorry tak singgah sbb tak sempat...

    ReplyDelete
  12. Tahniah intan.. anak itu rezeki, saya percaya dengan kehadiran bayi ke-3 in membawa seribu rahmat dlm hidup intan..

    ReplyDelete
  13. congrats intan..praythat all goes well!

    ReplyDelete
  14. K.intan....

    Alhamdulillah..congrats..take care k..
    Mudahan sihat dan selamat.insyaallah

    ReplyDelete
  15. all the best intan..rezeki tuh ;)

    actually hi..im back...!!!

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...