Followers

Tuesday, May 12, 2015

Are you happy?

Dalam berumahtangga mesti ada naik turunnya.
Dalam bekerja pon begitu. Pasang surut bersaling ganti.

Tadi, aku disoal oleh Big Boss baru. Awak happy keje sini Intan?

Aku berfikir sejenak. Happy. Aku jawab. Saya happy. Walau saya ada ups and downs di sini, tapi saya happy.

Big Boss mengangguk. Tanda faham.

Ramai kawan sekerja yang datang dan pergi. Tapi aku masih di sini.
Bukan tak pernah terdetik nak cari kerja lain, tapi percayalah. Tiada siapa yang mahukan ibu beranak tiga bekerja dengan mereka. Tambahan lagi anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian lebih.

Anak sakit? Perlukan cuti atau time off.
Anak ada event special di sekolah atau luar sekolah? Perlukan cuti untuk menemani.
Taska tutup? Perlukan cuti juga.

Alhamdulillah di syarikat ini aku diberi immediate boss yang amat memahami. Selalu ada kes emergency, terpaksa whatsapp atau sms memberitahu saya terpaksa bercuti atau mc, dia dengan memahaminya menyatakan noted, take care. Atau ok, get well soon. 

Tapi, tak semua orang faham keadaan begini. Biasalah, orang tak memakai kasut yang aku pakai. Anak-anak yang sakit, diri sendiri yang sering tak sihat, Terkadang suami tak sihat pon terpaksa diri ini bercuti. 

Tambahan pula beban kerja di sini tidaklah terlalu berat. Setakat untuk keluar sekali sekala singgah di taska menjenguk anak di taska, ambil hantar anak dari tadika memang tiada masalah. Aku memang tidak perlukan jawatan yang terlalu tinggi mungkin. Cukup sekadar yang ada. Kerana aku tahu, jika jawatan semakin tinggi, semakin sukar untuk aku beri perhatian kepada keluarga. Tapi aku cukup kagum dengan rakan-rakan yang mempunyai pangkat besar dan mampu imbangi karier dan rumahtangga. Salute!

I love home. Love to stay at home with my kids. Tapi apakan daya. Ofis ni tak pernah lagi dalam sejarah orang bekerja dari rumah. Hahaha. Mimpi la ko intan oi. 

So, korang happy ke dengan keje korang skang?

2 comments:

  1. alaaaa kne masuk dalam kasut ko gak ke, ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. konfem terlenih besar kat ko na oi. Kaki gajah aku ni. hahaha.

      Delete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...