Followers

Monday, May 25, 2015

Dahsyat.

"Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
aku BOHONG jangan pergi
meninggalkanku dengan rindu"

Jaz, jaz. Bila dikata salah, taknak terima. Tapi lagu sayu syahdu gini kamu kata dia bohong.
 -__-"

Jazly. Sangat keletah, manja, bersuara nyaring dan kuat mengadu. Hahaha.
Orang kata anak nombor dua ni special, special dari segi kelakuannya, kepetahannya, sikapnya.

Jaz ni penyayang. Kalau nak suruh dia main dengan Ayana, memang dia boleh layan.
Tapi, kalau time dia nak buat perangai tu, kita ugutlah apa pon, memang tak jalan.
Yang jalan hanya pujukan. Kata2 manis. Nasihat lembut2. Peluk2 kiss2. Tu je.

Special kan? Urut dada tau nak handle budak seorang ni. 

Tengok je la lagaknya tu. Hahaha. Macam2. 
Hobi: Bermain kereta, mewarna, menyanyi.
Makanan kegemaran: Semua jenis sayur, nasi goreng, segala jenis pasta.
Pakaian kegemaran: Jeans & tshirt. Kalau boleh pergi sekolah pon nak pakai jeans. Perangai sangat.
Perkataan kerap disebut: Mama mama mama mama mama mama, (mama toleh) Jaz saaaayang mama. (Awwwww)

Setiap malam nak tido, dia memang nak sangat papa yang popokkan. Kalau takde papa, memang bergegar dunia. Selalu aku pesan, budak lelaki mana boleh menangis. Menangis hanya untuk girls. Pesanan tu jalan masa awal2 je. Lama2 dia dah tak heran.

Masih menyusu botol. Tapi pandai malu minum botol depan orang ramai. Haha dia ni memang control macho je selalu. Rambut pon kalau disikat, nak pacak2. Kalau kita sikatkan jenis smart tu dia kata macam perempuan. Aduhaiii. Anak niii adaaa je.

Sekarang Jaz tengah kemaruk mewarna. Asikla mewarna sampaikan surat rasmi sekolah pon colorful dia kerjakan bila buku mewarna dah penuh. 

Mama doakan Jazly sentiasa bijak, soleh dan macho ye nak. I love you too.



4 comments:

  1. perghhh kecik2 dh mamat jiwang jaz ni,
    tggu ah besor nanti, kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang jiwang. tp depan org tunjuk macho.

      Delete
  2. Tak padan gaya mcm gini, dalam hati ada taman eh jaz hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pon ann. hahaha. mamat ni rock jiwang.

      Delete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...