satu
sekarang tgh kelam kabut buat semua benda. ingat senang ke nak fotostat kertas berjuta2 ni de? (ayat adnan sempit. hehehe)
dua
khalish dah pandai meniarap sendiri. pernah aku bagitau dong@ijan yang kalau khalish dah pandai tiarap, mau aku buat post pasal meniarap je 7 hari 7 malam. hahaha. tak kot....
tiga
kehidupan seperti biasa. en alang sebok dengan kerja. aku pon sama. kadang2 kami lunch bersama. kadang2 aku lunch sorang2. siapa nak temankan aku lunch harini?
empat
surveillance audit khamis ni. hari ni dah selasa. dokumen masih tunggang langgang. haihhh~
lima
weekend ni aku ada test SPA. untuk 2 jawatan. sape2 ada terima panggilan ambil ujian juga ke? aku dapat kat matriks gopeng. kalau korang2 ke sana, boleh la kite jumpa2, makan2, borak2 bila ada masa senggang. ;)
enam
sape2 ada soalan bocor untuk ujian SPA tu nanti? :P ini kali ke-5 aku amek test ni. memang tiap kali amek test, lulus. tapi, tak pernah2 panggil interview. haihhhh~
tujuh
rancangan awal nak ke kl masa birthday sultan perak. tapi tak jadi. sebab berlakunya konflik kewangan. HAHAHAHA!
lapan
sudah mula berdiet kembali. apabila berat dah slow2 naik sekilo, demi sekilo, demi sekilo. tak diet mana la. cuma kontrol makan dan tak makan malam. (makan malam sebelum jam 7pm)
sembilan
khalish dah makin nakal. dan cerdik. tau bila aku tgh marah, buat muka comel2 supaya mamanya tak melenting. haaa...tau pon takut. hahahaha~ juga tahu kalau nyanyi lagu cak cekur tangan perlu digenggam dibuka, pandai sikit2 untuk bye2, kalau dilagukan zikir ketika menangis, terus senyap. good!
sepuluh
maybe nak pi erobik semula. atau yoga. atau gym. tapi kalau dapat pi lari2 kat padang pon ok gak. tapi tu la...skang kan musim ujan kalau petang, camne nak lari2 manja kat padang tu? (alasan...alasan...)