Followers

Monday, October 18, 2010

Sekejap je masa berlalu. Tup2 ada lagi 3 bulan je?


macam tak percaya. baby dah 6 bulan lebih. semua yang tegur dan bertanya akan terkejut bila dapat tahu due aku januari nanti. hehe.
dan apa pon aku tak ready sangat. memang beza dgn khalish dulu. untuk baby kali ni aku lebih rileks. mungkin juga sebab aku dah tetapkan hati nak baby kuar secara normal, so taknak la ada komplikasi darah tinggi dan diabetes macam dulu dan tak pasal2 kena belah perut ni ha.

preparation satu apa tak buat lagi. nak tunggu kandungan 7 bulan ke atas baru nak beli itu ini. yang paling penting nak beli baju2 dia sebab baju2 khalish yang dulu nak dikatakan hanya 10% je yang elok. lain2 banyak yang dah lusuh dan bertahi lalat sebab khalish kuat muntah dan suka leleh2 air liur. jadinya baju2 dia banyak yang nampak teruk sebelum masanya. rezeki baby la agaknya nak merasa baju2 baru. hehe.

skarang tengah pening adakah perlu membeli sebuah lagi baby cot dan car seat serta stroller? khalish memang sampai skarang masih guna cot dan car seat dia. cuma stroller tu je kadang2 bila ke tempat yang luas2 je macam shopping mall. kalau takat ke pasaraya econsave tu dia duduk dalam troli je. hehe. cot tu maybe kena beli kot sebab khalish dan cotnya memang dah sebau dan dia biasa tidor dalam cot tu. kadang2 je bila demam dia tidor dgn kitorang. dan satu masalahnya pulak, kat mana nak letak satu lagi cot? huhu. sedih2. pening pale otak ni haaa....hahaha. car seat pula maybe tunggu adik dia kuar dulu dan masa tu kita tgk khalish boleh ke duduk dalam kereta senyap2 tanpa car seat. stakat ni, kalau takde car seat, dia akan meronta nak duduk lantai dan pegang stereng. tapi kalau duduk dalam car seat, e eh pandai pulak duduk diam2 termenung tengok luar.

takpela. banyak masa lagi nak pikir rasanya. oh, dan adakah ibu dan ayah akan sponsor lagi baby cot untuk next baby ni? hahaha.

tak sabar nak shopping baju2 baby yang kecik molek comel lote tu. kalau stakat bedak2 dan shampu dan sabun memang ada banyak lagi yang tak guna. hasil orang beri pon tak guna2 lagi. camno tu? hehe. lepas ni kena check semula checklist khalish dulu dan catatkan kembali apa yang perlu dibeli. oh. dan juga set lepas bersalin. jenama apa yang elok ye? hmmm~ masa khalish dulu serius aku tak amek satu jamu dan tak pakai bengkung pon. just mandi akar kayu dan diurut dgn mak bidan je. sapu param kat dahi pon on off. haha. tapi stokin tetap pakai sampai hari2 terakhir berpantang. dan makan pon jaga juga. kali ni dah tekad nak amek jamu dan pakai bengkung dan nak upah makcik bidan yang pandai urut2. mak bidan aritu tak berapa syok sangat.

next month maybe nak buat scan dan nak tgk gender baby. tak sabar ok! :)

Marilah mencuci mata pagi2 ni.

pagi2 isnin ni, jomla layan gambar2 khalish.
alhamdulillah, cirit dia dah takde lagi. cuma masih ada batuk dan selsema yang bersisa.
gambar2 ni lama dah. bulan lepas punya. tadi dok kebek2 gambar2 dalam simpanan, terjumpa gambar ni. ni mesti keje makcik2 dia yang suka snap2 gambar anak buah. :)

budak ni suka gigit kain. apa jenis kain pon dia gigit. kalau nak tido tu, tak dapat mr.Tt dia, baju kita pon dia boleh capai untuk buat dia ralit gigit2 sampai tertidor.

see. gigit kain sampai basah2. ada talent jadi dj radio tak? ;)

dah gigit, nyonyot pulak. hehehe.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...