Disebabkan jumaat malam tu nak pi bayor tilam kat courts, (ha ko...beli tilam pon hutang ok. hahaha) so malam tu kitorang decide nak makan luar je la. aku kata nak masak, tapi en alang kata toksah la...karang balek dah penat pastu masak untuk berdua je. jomla kita makan luar je. so aku pon on je la. (amek kesempatan dah orang offer nak belanja makan kannnn~ hehe)
awal2 sampai. masih ceria ye. dan masih behave duduk dalam babychair tu.
gaya apa ni ayish? aku saspek dia nak buat gaya tangan peace tapi tersilap teknik. haha.
en alang biasala kalau dgn jazly. sayang bukan kepalang. sikit2 cium, sikit2 cium. aku lak yang rimas.
tengok tu. dah lama sket mula la khalish wat pangai. en alang tengah geramkan dengan pangai tak reti dok diam sambil jerit2 khalish tu, terus tinggi suara marahkan dia. khalish ni kadang2 faham kalau kita marah, so dia akan tutup muka camtu dan tunggu dalam 5 saat kalau kita tak pujuk, sure akan nanges teresak2. adeh deh deh....ini anak haaa.....
mana la makanan ni. lamanyaaaaa~ jaz macam biasa buat muka boring. huhu. muka makcik mana la yang bulat ni. masa ni pon jaz dah start merengek2. bayangkan, meja sebelah kitorang pon ada anak2 lebih kurang baya anak kitorang. tapi punyalah behave seronok aku tengok. yang kami lak dah macam berperang. (oh. org sebelah meja tu anak2 dia pompuan. maybe anak pompuan lagi senang dgr kata kot ye!)
chicken chop with butter rice. dah makan baru nak amek gambau. ni aku punya.
air laici dan epal. kena letak jauh2 dari budak2 kalau tak nak capai je.
en alang punya nasi goreng ayam black pepper. lebih kurang cam rupa nasi aku gak tapi harga makanan aku double dari dia ye. len kali mintak nasi ni je la. hehe.
apapon, biarpon kami macam pi perang kalau makan kat luar, tapi itula yang akan jadi kenangan kan? bila budak2 ni dah besar sure dah lain pulak pangai diorang buat. takpela nak, skang ni pon mama papa belajar sabar dengan kerenah kamu berdua. macam2 hal tau!
hehe.