term;
- Anda diminta melukiskan gambar / menepek gambar bilik anda...anda di minta menerangkan serba serbi tentang bilik anda.
- Anda juga diminta menerangkan setiap fungsi item yg terdapat didalam bilik anda.
ni sebagai menjawab tag ayu.
ada jugak ek tag macam ni. lepas ni agaknya ada kot tag pasal toilet ke..kitchen ke..
ok, mari kite start.
item 1 - pintu masuk. dari ruang tamu. kalau dari bilik ni, straight je boleh nampak tv. tapi sebab aku rabun jauh, takleh la nak golek2 atas katil sambil tgk tv. terpaksa jugak melahu kat ruang tamu tu.
item 2 - kerusi. bukan sebagai tempat duduk, tetapi sebagai tempat letak telekung dan sejadah.
item 3 - almari baju. oh ya! set bilik ni dihadiahkan oleh ayah dan ibu sebagai hadiah perkahwinan. almari baju ni comel je. baju2 aku tak la muat sebenarnya. ada lagi satu beg besar penuh dengan baju2 aku kat bilik sebelah. dalam almari baju tu hanya baju2 yang selalu aku belasah je ada kat situ. baju2 yang aku sayang, ada dalam beg.
item 4 - karpet kaler merah berbunga2 kecil kuning. karpet ni aku rembat dari umah ibu. ibu la ni, dia tak kenan ngan karpet tu, dia suruh aku angkut. tahu la kaler dia cam kels kan. tapi, ok la untuk buat lapik solat setiap hari.
item 5 - tempat beradu aku dan en alang. cadar ni baru je ganti isnin lepas. selalunya, en alang yang kemaskan katil sebelum pi keje. sebab pepagi aku sebok bersilat kat dapur, masak bekal untuk dia. kaler bantal tu saje bubuh kaler kuning. sebenarnya, atas katil tu je ada 6 biji bantal. so, kaler sudah campur2. ye, aku ngan en alang sangat gemarkan bantal. tapi kalau masuk tidor tu, kitorang pakai 4 biji bantal je.
item 6 - almari solek. cermin ada slide. belakang cermin ada rak letak barang2. susah jugak nak jaga cermin ni. senang sangat berhabuk. hari2 kena lap.
item 7 - jam dinding. jam ni asik sangkut2 je. jarum jam dah bengong. last week baru je aku kenen2 jam ni. semalam dah buat hal balek. malas aku nak 'care'.
item 8 - toilet. toilet ni takla besar mana, tapi okla untuk mandi berdua. (oops!)
item 9 - langsir&tingkap. langsir aku kaler putih. jenis kain jarang2 gitu. kalau pepagi, memang nampak romantik je. tapi kalau malam, lampu bilik takkan terbuka sebab org dari luar leh nampak org dalam bilik. so, kitorang pasang lampu toilet je. kena beli langsir baru ni. yang kalis cahaya.
itu sahaja. oleh kerana aku kena tag, jadinya, aku nak tag;
1. peejaburhan (sebab dah lama aku tak komen kat entri dia, aku beri dia hadiah ni..hehehehe)
2. yat ekhram (sebab dia pon tag aku)
3. a'an (tak pernah tag dia lagi)
edit jam 1pm, 4. qasieh (sebab dia nak sangat aku tag dia. hehehehe)
ok, satu utang tag dah settle. lagi satu tag ni nak kena settle plak. dari yat ekhram.
1. Apakah benda paling utama dalam hidup kamu?
benda ke manusia ek? kalau benda, hp la kot. kalau org, en alang dan ibu. tak boleh takde dua-dua ni.
2. Apakah benda terakhir anda beli sendiri?
apa ek...hmm...oh ya! isi minyak kereta. hehehe~
3. Di manakah tempat impian perkahwinan anda?
ok..aku dah kawen kan. tapi kalau diikutkan, tempat impian semestinya kat tepi pantai! dengar akad nikah diiringi deruan ombak. leh tangkap syahdu! :)
4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
InsyaAllah, sampai ke syurga nanti. Dialah pengarang jantung buah hati bucuk masham ku.
5. Adakah anda seorang yang dilamun cinta?
korang sendiri leh agak kan. hari2 aku angaukan en alang.
6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
entah. tak ingat la. cam dah lama sangat tak dinner kat luar. hari2 biasa, makan kat umah je. lebih afdal gitu.
7. Apakah buku terakhir yang anda beli?
Buku sudoku. tak ingat la terbitan mana.
8. Apakah nama penuh anda?
Intan Hezliyana binti Abdullah. sebenarnya nama ni memang nampak indah je kan? tapi takde makna ok! langsung takde makna dalam kitab islam.
9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
IBU! ibu banyak tolong aku harungi suka duka alam perkahwinan ni. seronok dengar pengalaman dia pada awal2 perkahwinan, tak ubah macam aku skang ni. ayah pulak, jarang2 jumpa. sebab ayah keje kat putrajaya.
10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
pertama kali? mesti la ibu dan ayah. dan orang ketiga adalah cinta hati saya, en alang!
11. Christina atau Britney?
Christina aguilera! boleh dikatakan lagu2 dia agak banyak juga aku hafal. biarpon dia sexy over, tapi i like! :)
12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
ikut keadaan. siapa yang sempat, dia la yang basuh. selalunya, en alang yang basuh. macam semalam, aku basuh, then pagi tadi en alang sidaikan. camtu la. gilir2.
13. Tempat yang paling seronok anda mahu pergi?
di tepian pantai. aku dan en alang amat gemarkan pantai. ni pon teringin nak pi langkawi semula.
14. Pelukan atau ciuman?
kalau ngan en alang, 2-2 pon dapat. hobi dia cium aku. kejap2 cium. kejap2 cium. apa ntah. (dalam hati sebenarnya sukeeeeeeee sangat2)
15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda. (Yat Ekhram)
1. Perempuan. Isteri orang. Anak orang.
2. Ada lesung pipit. comel!
3. Kawen lebih kurang tarikh ngan aku.
4. Husband dia keje jauh.
5. Sangat2 disayang dan sangat2 sayang akan suaminya.
wah! banyaknye kena jawab ni...
16. 8 perkara yang amat saya gilai
1. en alang - obviously!
2. ateh - biarpon dah takde, hari2 aku rindukan dia
3. sudoku - mana2 pegi pon, akan ku bawa..
4. movies - suka sangat tgk wayang. tapi, sejak kawen, lagi selesa tgk wayang kat umah.
5. ketam - at least seminggu sekali
6. air soya - tak boleh takde dalam fridge. mesti akan 'gelupur'
7. blogging
8. tidor...
17. 8 perkataan yang sering diucapkan
1. love u b!
2. asal? (apsal?)
3. ciannye
4. ane ia ucuk masham ayang ni? ane ia? ane ia? (abaikan je la..)
5. comelnye!
6. assalamualaikum
7. hai!
8. sayang wat pe tu?
18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca (kat area ni sangat2 kantoi!)
1. errr...sudoku kire tak?
2. sudoku
3. sudoku
4. sudoku
5. sudoku
6. ayat-ayat cinta
7. 7 habits of highly effective people (oh yeah! kadang2 kena baca buku ilmiah juga)
8. mastika - ni buku ke? atau majalah? tibai je la...
19. 9 lagu yang saya boleh dengar berulang kali
1. sempurna - andra and the backbone
2. terima kasih cinta - afgan (skang ni hari2 wajib dengar lagu ni)
3. ayat-ayat cinta - rossa
4. bunga angkasa - terra rosa
5. err...tak ingat tajuk. nanti kalau2 teringat, aku tambah la ek.
20. Perkara yang saya pelajari tahun lalu
tahun lepas ek? hmm..let's see. januari masih bekerja kat kilang ayam. then, februari dah keje kat tempat skarang. satu perubahan yang agak major la untuk zone selamat aku kan. kalau sebelum tu, hari2 dok kire stok ayam, buat inventori, kadang2 jadik clerk, kadang2 jadik storekeeper, kadang2 bawak forklift, bergelumang ngan ais2...sebab ayam2 tu simpan dalam bilik freezer. then tetiba tukar ke environment yang totally lain sama sekali. keje dalam ofis la plak kan. hehehe...~
on march, april, may and june, takde apa2 sangat. cuma sedang hangat bercinta ngan en alang. on july, tanggal 15hb, dirisik. then bertunang 180807. konon2 janji nak diikat setahun, tapi nak buat camne kan, 2-2 bakal pengantin sangat gatal nak menikah, dicepatkan plak ke 7 bulan saje.
bulan 11 dan 12, sebok cari2 barang2 hantaran.
itu je la kot.
hehehehe~
siapa aku nak tag ye?
1. ayu
2. ayu-amiha
3. ceeramoon
4. maksu
5. mama ranggie
6. dalie
itu saja.
oh2..
maksud peribahasa hari ini adalah,
Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal.
baguslah akk nie..selalu letak peribahasa..leh gak belaja kan hhehe
ReplyDeletex aci !
ReplyDeletenk tgk gmbar real,
hihihi :p
nampak entry tag je check nama sendiri ada ke tidak...hahhahaa...selamat...takde....
ReplyDeleteapesal name ku takde lam senarai kena tag?????
ReplyDeleteisk.
dlm hati : aminnnnnnnn.. hahhaha
~ cute nya kak intan lukis ur bilik tuh. amy boleh bayangkan. so, ur lukisan tu berjaya jugak la. hehehe... ~
ReplyDeletehohoho...ayu buat2 tak nampak nama sendiri tau..
ReplyDeleteapa itu sudoku?
ReplyDeletelalalala
lalalala
ha?? kena tag gaks? aaaaaaaaaarrgghhhh
zue,
ReplyDeletesaje je bagi pengetahuan untuk kite semua.
nanonano,
aipp! mana leh bubuh gambar real. kantoi la...
shasha,
nak kena tag ke?
qas,
anda telah ditag! hahahahaha!
amy,
akak tak sekretif awak la. awak tu kan interior designer. segan akak tau.
ayu,
mana leh elak2! tak aci tau!
maksu,
ala, sudoku tu macam batu seremban gak. hehehe..
wat tag tau maksu!
oh..saya d tag..
ReplyDeletebaiklah puan intan..
wahhh tgk excited main sudoku ke? kite nk blaja gak..arituh try main..tak dapat pon selesaikan..
ReplyDeletebtw kak..kite pon suke pantaiii..same la kiteee..rase bebas sangat tgk laut nan luas..hah gitu..
kak thanks for the wishes..:D:D sayaaannggg akak muahhsss
tak reti dan langsung tak paham bermain sudoku itewww... huhuhu... tolong ajarrrr... hikhikhik...
ReplyDeletepsssssst... tertarik pd siapa yg mnarek itewwww yerkkk... ngeh ngeh ngeh...
item 2 mmg best fungsi die.. hehe!!
ReplyDeleteputeri,
ReplyDeletetak menahan tu ttg yat,
disayang & sgt sayang suaminye.haha
definitely babe.
Pastu lesung pipit tu doakan ye nanti my baby pon ade,siap haku pulak cobit pipi dia cam papa dia slalu buat kat mama dia now.nguehehe.
wah di tag lg..
ReplyDeleteni mmg betul2 musim tag la..
akan di buat ye..