Followers

Monday, June 22, 2009

surat untuk AYAH

ayah,
along sayang ayah. ayah banyak berkorban tolong along selama along hidup ni. ayah memang ayah yang penyayang. siapa kata ayah garang? ayah nampak je garang, tapi hati ayah lembut.

masa along belajar dulu, ayah tak pernah mengeluh depan anak-anak kalau takde duit. ayah akan usahakan juga nak didik kami dengan pendidikan yang sempurna. dan sekarang hasilnya, anak-anak ayah dah boleh berdikari sendiri (biarpon kadang-kadang ada jugak terkucil..hehehe). along tau, masa along kat Uni dulu, ayah susah jugak. sebab masa tu adik-adik semua sekolah lagi, banyak duit nak pakai. dan masa tu jugak along banyak sangat joli pakai phone. sampai bil beratus2. masa tu, ayah marah along pasal bil, tapi along ni degil. naaakkkk jugak pakai bil. dan takde kesedaran sivik masa tu. ayah biarpon marah pasal bil tu, ayah tetap bayarkan. sebab tu along kata hati ayah ni lembut. ayah marah sekejap je, biarpon anak tu yang salah. tapi, ayah akhirnya akan mengalah juga.

along minta maaf ayah. along banyak susahkan ayah. terutama semasa along remaja dulu. banyak sangat memberontak. tapi sekarang, bila along tengok adik2 buat ayah macam tu, cepat2 along marahkan adik2. along tak mahu adik2 jadi macam along dulu. suka ambil kesempatan atas kebaikan ayah.

ayah biarpon jarang ada kat rumah, tapi kami adik-beradik tetap hormatkan ayah. ayah berjaya didik kami. kami tetap akan tunggu ayah untuk makan semeja dengan kami. kami akan tetap suka tengok tv dengan ayah biarpon ayah suka buka sports channel. dan ayah akan gelakkan kami bila kami terpaksa tengok golf tournament. biarpon ayah jarang bercakap dengan anak-anak, tapi kami tetap faham perasaan ayah. body language ayah tu, dah buat kami faham sangat perangai ayah. kalau ayah tak suka, ayah jelingkan saja. atau buat tak tahu. along ingat lagi, masa along darjah 6, ayah takde kat sini sebab ayah kat UK. ayah berkali2 minta maaf kat along sebab tak dapat bagi galakkan dari depan mata untuk along hadapi UPSR. dan ayah bercakap panjang dengan along malam tu. bagi galakkan bersungguh2. dan semasa along ambil exam, along terngiang2 galakkan yang ayah beri. betul2 buat bakar semangat. dan along berjaya dapat 4A. terima kasih ayah!

masa along nak kawen dulu, semua kawan-kawan along tak yakin yang ayah akan beri reestu dengan hubungan along dan alang. tapi itu semua meleset bila ayah tunjukkan minat nak pergi rumah besan ayah setiap kali raya. along memang tak berani nak bagitau ayah tentang alang. sebab masa tu pon, along tak harapkan ayah restu hubungan kami. sebab, along dah pikir dah. kalau ayah tak restu, kitorang tak nak teruskan. tapi, ayah dah restu, tanya macam-macam pasal alang, kerja apa, gaji berapa, awak dah fikir ke nak hidup dengan dia...etc. masa tu, along rasa bersyukur sangat2. ayah tak berkira pon nak menantu gaji 5 angka, kereta besar atau rumah besar. kami berjanji akan bina hidup sendiri. terima kasih atas restu ayah.

sekarang ayah dah nak jadi atok. semalam, masa kami hantar ayah kat stesen bas, zaza buat lawak. suatu hari nanti, cucu ayah akan terjerit2 kat stesen bas, "nak ikut atok! nak ikut atok!". hehehe. masa tu, kitorang semua gelak besar. tapi ayah tak dengar, sebab ayah dah naik bas. oh. dan ayah tetap akan usahakan balek every week biarpon kadang2 terpaksa bawak balek kerja dan buat kat rumah. along sangat2 kagum dengan ayah. ayah tak kenal erti penat. ayah sanggup berulang alik. tak ramai ayah dan suami sanggup buat macam tu. ayah tak kesah walau ayah penat atau tengah demam. ayah tetap akan balek. kecuali ada kerja yang penting, ayah terpaksa dahulukan kerja. itu kami faham.

apa2 pon ayah, kami sayang ayah sampai bila2. dan along doakan ayah akan dapat cucu yang ramai dan bakal menantu yang cantek/hensem/kaya suatu hari nanti!
oh, dan semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur. amiinnnn~

dan sentiasa hensem! mmuahhhh!


my beloved ayah and ibu!
happy father's day, ayah!


*pesanan untuk zaza, sila update pasal dinner dengan ayah ok. kang along bagi link je. along tengah malas ni. plus, kerja berlambak.

5 comments:

  1. tengahari siket la ek..
    sekarang ni mud ala-ala..
    hiks!~

    ReplyDelete
  2. heheh...nampak garang pun...sbb misai tu kot??

    ReplyDelete
  3. sob sob sob. terharu lak diya baca ni kak. huhu.

    a man should do what he should do. jadi, sememang nya setiap ayah sentiasa mahu anak2 dia selesa walaupun dia sendiri dlm kondisi tak berapa sihat =)

    ReplyDelete
  4. sila amik award dan buat tag yerr...!

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...