Followers

Tuesday, May 4, 2010

Siakap sinohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama-lama mencuri.

ok. dalam entri jumaat yang lepas aku ada citer yang ofis aku ni kehilangan 2 laptop.
dan aku saspek ni keje orang dalam.

yes. memang keje orang dalam.
dan surprisingly, antara 2 orang yang beri report tu, salah seorang adalah penjenayahnya.
:(

dia adalah kawan keje aku. bergurau senda bersama, cerita masalah keluarga bersama, kadang2 makan bersama.
sanggup buat kerja terkutuk tu.
sangat2 sedih. dan sangat2 marah.
ok. kat bawah ni adalah detail peristiwa.
cuma, aku takde masa polis jumpa bahan bukti dan tangkap dia.
cuma aku pi jumpa dia semalam kat balai polis.

ok. cerita bermula apabila 2 buah laptop hilang semasa semua staf pergi solat jumaat.
biasalah. rehat jumaat kan lama.
dan kebiasaanya orang akan keluar dari ofis jam 12 sampai kul 2.30pm.

bila balek je dari solat jumaat, semua kecoh2 laptop2 tu dah hilang.
so, apa lagi. kami bermesyuarah la dan mintak mangsa kecurian pi wat repot.
disebabkan mangsa adalah 2 orang, jadi mereka berdua la yang buat repot tu.

A - mangsa pertama. bukan pencuri.
B - mangsa kedua merangkap si PENCURI.

so bila balek dari buat repot, A ni dah pesan kat B jangan masuk bilik diorang tu.
sebab dah jadi kawasan larangan kan. karang polis nak datang amek gambar, carik cap jari ke..
tapi, B ni masuk jugak bilik tu dan bersiap nak hilangkan cap jari kat kabel.
A ni terus terpa masuk bilik dan suruh B ni keluar.
A cerita balek, tangan B gigil2 masa kena terjah dengan A.
masa ni A dah tak sedap hati. dia dapat rasa B ada kena mengena dengan kecurian ni.
tapi A bijak. dia buat2 cool je. dan pesan kat B, jangan balek selagi polis tak sampai.

polis sampai ofis dalam pukul 6.20 kot.
*oh, masa ni aku dah takde. balek amek khalish. aku tahu citer penuh pon baru semalam*
dan A dah tarik siap2 inspektor ni dan citer yang A suspicious pasal B.
inspektor tu pon bijak. dia tanya2 kat orang yang ada...ada 2 orang bos dept, dan beberapa staf yang lain bersama A dan B masa siasatan.
dan dia kata nak wat check secara rambang. bermula dengan rumah B.
tapi, on way tu, check dulu kereta B.
inspektor tu arahkan B bukak bonet kereta.
A citer kat aku, masa B nak bukak bonet, menggigil2 tangan nak cucuh kunci kat bonet tu.
masa ni memang dah nampak B ni buat salah.
sebab body language dah semacam kan.

bukak je bonet, diorang pon geledah la bonet kereta B ni.
dan jumpa laptop 2 bijik tu bawah tayar spare.

B dah pucat. merayu2 minta dilepaskan. dan kata dia tak buat keje2 macam ni.
dah sah2 jumpa dalam bonet kereta dia kan.
so, terus digari dan dibawa terus ke balai polis.

malu ok. punyalah ramai manusia yang tengok dia digari.
sebab ofis ni dekat dengan kedai2. dan memang ramai yang lalu lalang.
:(

dan sampai hari ni B masih di lokap balai.
semalam aku pi tengok dia kat sana.

:(
sedih.
dah saat2 macam ni pon dia tak mengaku dia yang buat.
siap kata ada orang yang buat duplicate kunci kereta dia.
anaiya dia.
siap bersumpah atas nama mak dia. (kenapa tak bersumpah demi nama Allah?) semata2 nak menyatakan yang dia tak bersalah.
aku diamkan saja. sebab masa tu pergi ber3.
aku, A dan sorang manager.
B minta manager ni tarik balek repot.

tapi bagi aku, kalau tarik balek repot, kita akan terkena balek.
dia boleh saman malu dan kenakan kampeni berjuta ringgit.
kan?
bak kata azim, bagai melepaskan anjing yang tersepit. bila dilepaskan, dia gigit pula kita.

*tapi tadi ada staf bagitau dia dah mengaku malam tadi. bagus la kalau macam tu*

aku cuma harap dan berdoa agar isteri B dan keluarga tabah hadapi ujian ni.
aku tak tau la kalau2 B ni ada sejarah memang habit dia suka mencuri ke apa ke.
sebab kalau tengokkan dari fizikal B ni, lemah lembut, senyap, tak kacau orang.
siapa sangka dia sanggup mencuri.

dan sebelum ni ada 2 laptop hilang, kami kawan sekerja saspek dia punya angkara juga.

oh. B ni ada kes jugak ngan kawan rumah dia. curi duit, kad kredit.
haishh...tak sangka betul.

oleh itu kawan2, marila kita ambil iktibar dari cerita di atas.
jangan sekali2 mencuri. nanti akibatnya sangat buruk.
maruah diri tercalar, keluarga dapat malu, siap ada rekod polis pulak.
harap2 benda2 macam ni dijauhkan lah dari keluarga, saudara mara dan kawan2 kita.

13 comments:

  1. entahla..nape nak mencuri..Allah shaja yang tahu...terkesima...

    ReplyDelete
  2. uikkkkkkkkk sadis nya ..
    kerana laptop 2ketui , kesannya bawak ke mati ooo .
    terdesak sgt ker ?? mmpppp

    ReplyDelete
  3. kesian kan.. keje dh elok, ada family.. nape jd cmtu?
    Tuhan saja yg tahu..

    ReplyDelete
  4. hurm..
    takleh nilai orang dari luaran kan.
    tak sangka..

    ReplyDelete
  5. ape la perasaan die masa nak bukak bonet tu eh
    eii, mesti neves bebenor..

    ReplyDelete
  6. astaghfirullah...
    mungkin dia ada sebab buat mcm tu..
    but still... ada anak bini kan? patutnya dia brfikir cara lain..

    astghfirullah..

    ReplyDelete
  7. mayb da jadi habit kot kak..cume kali ni tkantoi..adoi..

    ReplyDelete
  8. nasib dia la kak..sendiri wat...sendiri tanggung

    ReplyDelete
  9. Kesian kat anak dan bini die.. haihh.

    kadang org yg rapat dgn kite pun tk dpt kite nak nilai jgk hati die mcm mane kan..

    dlu mse zmn belaja pnah roomate curik duit sy kat bank.. die siap curik kad atm sy lagi tu.. celah mane die tahu ntah sy punye pincode. kite punye baik dgn die.. snggup buat mcm tu..

    kantoi pn lps sy gi tgk cctv kt atm yg die kuarkan duit tu.. lps tu trus die pindah kampus sbb malu..

    sy nasib la tk buat report dkt hep sbb kesiankan die sbb time tu nk final exam dah..

    ReplyDelete
  10. aku rasa aku tau sape orangnya!!

    ReplyDelete
  11. hurm..rasa mcm kesian..dah terlajak buat salah..menyesal pon tak guna

    ReplyDelete
  12. mak aiii..... sian bini and anak-anak dia. nak curik2 pun carik lah tempat yg org tak kenal dia. nih kat ofis, apa daa...

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...