Followers

Monday, September 6, 2010

raya yang meriah buat khalish.

meriah ngan baju raya.
haha. mak paknya hanya sorang sepasang je. tang anak, ada 4 shirt, 1 kemeja, 1 pasang baju melayu, 1 seluar dan 2 kasut.
kenapa satu seluar je eh? sebabnya seluar khalish ada banyak dah, so beli 1 je la.
tang 2 kasut tu, memula belikan dia sport shoes. kaki budak ni ala2 lebar, so sport shoes je yang muat. itu pon beli size 5 ok.
then, jalan2 kat giant, ternampak booth jual baju2 budak. terberkenan kasut/sandal croc tiruan ada cop spiderman kaler itam. acu kat kaki, muat2 je. haa..terus amek. nak2 harga just rm7 kan. amek je la.

so, gambar baju2 raya khalish tu nanti, lepas raya la upload eh. baru la best.
tunjuk skarang tak best la sangat. nanti tiada unsur surprise gitu.
baju raya pon mahu surprise kah? haha.

fyi, khalish skang pakai baju bersize 2. baju untuk budak 2 tahun ye. seluar pon sama.
cuma kemeja tu je terbesar sket sebab tok ayah tersilap bajet ukuran. takpela, orang nak belikan dah seribu kali syukur. ngee~

aku dan en alang pakai baju baru on first day raya je. raya kedua, kitorang recycle baju raya tahun lepas. raya berikutnya pulak, pandai2 ko la nak pakai apa pon. nak recycle semula baju first raya pon takde hal. haha.
oh ye, aku rasa budak dalam perut ni besar lagi dari khalish. sebab skang kalau aku pakai baju kurung ke apa, memang dah nampak sangat2 dah perut tu. baru 5 bulan beb. haha.

dulu 5 bulan tu ala2 cam 3 bulan je. skang ni kalau aku tersalah duduk sket je, mula la rasa saket kat ari2.
oh, dan baby pon dah lompat2 dalam womb ni ha...boleh rasa la dia cam terbang2 tu. (apakah terbang2? haha) orang pernah pregnant tahu la camne rasa terbang2 tu. macam rasa ada rama2 dalam perut pon ye. geli2 je.

oh, di kesempatan ini aku nak ucapkan takziah buat rakan blog, sri a.k.a fealize kerana keguguran 2 hari lepas. dari penceritaan sri, aku faham sangat2 bagaimana perasaan sukar untuk menerima baby dalam kandungan sudah tiada nyawa. aku harap sri tabah menghadapi dugaan ini.

13 comments:

  1. wahh...sakannyerr khalish raya...x saba nk tgk bf kecik ni pkai bj mlayu...geram2..

    ReplyDelete
  2. baju anak wajib meriah... raya sakan yer kamu khalish

    ReplyDelete
  3. farah 2 helai baju jer..dan memag xde baju nak recycle pon. hehe..so raya ke 3 pakai seluar!=p

    ReplyDelete
  4. N,
    ok. nanti akak snap pics khalish then mms khas untuk N ok. hehe.

    aarin,
    tu la pasal. mak pak dia sederhana je.

    farah,
    hehe. pakai seluar tu memang dah masuk dalam list. tapi maybe untuk jalan2 umah kawan2 kot. :)

    ReplyDelete
  5. last year masa sarat, beraya selambe pakai seluar maternity...hehehe...

    ReplyDelete
  6. lepas ni sambut berempat la pulak ye..heee

    ReplyDelete
  7. ijan,
    hehe. kita tak sempat sambut raya ok! huwaaa...~

    nik,
    hehe. tu tahun depan insyaAllah. masa tu lagi pening kepala. sebab dah la berempat, kena balek kampung johor pulak. memang pening la. so start skarang kena kumpul duit la kot ye. haha.

    ReplyDelete
  8. mmg seronok tgk anak bergaya kan.. kita takde pun takpe.. dulu2 mak bapak kita mcm tu gak la gaknya kan..

    ReplyDelete
  9. ahaha afi pun aku rasa xlama pakai saiz beso dr umur dia. rituh beli baju tidur dia saiz 6-12 month, KETATTTTTTTTT kat peha, ok ahahah.

    aku igt lg raya tahun lepas ko bersalinkan khalish kan.. paling igt ko sebok nk balik sbb nak raya. hehe tp takdir ALLAH budak comey tuh tetap nama khalish dani FITRY. hehe.

    hmmm masa raya tahun lepas afi baru 3-4 bulan dalam perut. dan ye ia 'terbang' ke sana sini terutamanya bila lapo dan bila makanan dah masuk perut hehe

    ReplyDelete
  10. Yelah...anak Yan pun 2 pasang. Satu kasut...satu sandal. kita sepasang jer...tul lah raya ini utk budak2 sebenarnya.

    ReplyDelete
  11. eda,
    haa..sebab tu la kita skang baru faham nape ayah kita sampai sanggup takde baju raya asalkan anak berbaju baru.

    vagg,
    wah. afi lagi hebat tu vagg. hehe. itula, dah memang tertulis dia nak kuar jugak on raya pertama, nak wat camne kan. redha je la.

    yan,
    ha..betul2. seronok tgk budak2 ni bergaya. hehe.

    ReplyDelete
  12. khalish.... buat collection banyak2, nanti belanja opah su makan laicikang, ek

    ReplyDelete
  13. wahhh sure ensem la ank teruna sorang raya nanti kan kan

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...