Followers

Monday, November 15, 2010

Aku Boleh!

thanks pada semua yang beri kata2 simpati dan kata2 semangat untuk aku. hakikatnya, aku masih lagi bergelut dengan kesihatan diri yang masih terumbang ambing. hari ini sahaja pabila aku turun naik tangga, lutut bagai mahu tercabut, pinggang bagai mahu patah. aku cuba untuk berjalan seperlahan yang mungkin untuk mengurangkan rasa sakit, namun ternyata dengan hanya berbaring sahaja aku dapat benar2 memberi kelegaan kepada tubuh yang terasa bagaikan berumur 80-an ini. seboleh mungkin aku cuba berdiri dengan menyandarkan badan pada tiang atau dinding kerana terasa bagai diolak alik oleh ombak jika aku hanya berdiri tanpa sokongan.

mungkin aku memerlukan zaza untuk menjadi pemanduku esok. pagi dan petang ini sahaja ketika aku memandu, lutut ku terasa lemah nak tekan clutch dan tangan terasa goyah nak memutar stereng. harap zaza tak marah kerana aku banyak menggunakan tenaganya pada cuti semesternya kali ini. jangan risau zaza, bila tiba masa kau mengandung nanti, along tolong kau pula ya! ;)

aku perlu kuat. aku perlu tabah. aku tidak boleh manja. aku tidak perlu MC sentiasa. aku BOLEH!

doakan aku kawan2. semoga doa kita semua beroleh keberkatan dan diperkenankan olehNya.

4 comments:

  1. kak intan..
    pregnant kali kedua ni penuh dengan cabaran..
    insyaAllah cabaran itu menjadi pahala jika akak tempuhi dengan sabar..

    berat mata memandang berat bahu memikul kan..

    khalish jangan nakal ya..
    kesian mama tu.. :)

    ReplyDelete
  2. alahai..sedihnya baca kisah intan...sabar lah ye..ada ganjarangnya kemudian hati... :)

    ReplyDelete
  3. kalo bole mc panjang lagi bagus laa...1 week macam tu..bagi betul2 sembuh..ni tak berapa nak baik dah gi keje...try la minta mc lama skit..kasi rehat panjang..bed rest..ok?

    ReplyDelete
  4. ye! kak intan kuat!! go kak intan go! mama khalish can do it!

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...