Followers

Monday, November 8, 2010

Awat la slalu camni.

bila duduk2 tu, slalu je ada idea nak tulis apa. ni bila dah depan pc konon2 banyak idea nak luahkan, terus macam blank tak ingat apa2.

oh. wiken aritu adalah pulang ke kampung en alang. sudah 2 bulan tak balek biarpon bukannya jauh mana stakat 40 minit je drive. tapi tu la, kan ke aku dan khalish demam berganti2, so en alang takmo aku balek kampung sampai betul2 sembuh. sebabnya..kampung biasala. toilet satu je. kalau tetiba aku nak terkench ke, termuntah ke, nak tercirit ke...tak ke naya. sebab masa aku demam2 tu memang kondisi aku sangat2 la menyayat hati. bayangkan, tiap kali aku gigil2 demam ibu sure tak sampai hati tengok aku. dia lari masuk bilik atau buat2 tak nampak. ibu aku ni memang hati kecik. tak sanggup tgk anak2 saket. 

masa demam tu jugak la kejap2 nak muntah, kejap2 nak kencing, tercirit dalam seluar pon dah 2 kali. apa kes? masa ni aku fikir nak mati je. sebab tanda2 demam nak kebah tu memang takde langsung. badan dah penat asik berulang alik toilet. masa demam2 tu memang aku tak rehat. bayangkan malam2 aku tak boleh tidor sebab batuk2 setiap kali aku nak baring. bila duduk e eh elok je. tang baring je mula la mengokol macam orang tua. aku memang tak boleh tidor dalam bilik. kesian kat hero2 aku tu nak tidor. khalish tiap kali aku batuk2 tiap kali tu la dia merengek. agaknya mama dia bising dia susah nak tidor. en alang pulak tiap kali aku batuk tiap kali tu la tangan dia automatik tepuk2 usap belakang aku konon2 nak bagi aku reda. memang dia pon susah nak tido tiap kali aku batuk2. so, konklusinya aku tido je kat ruang tv. itupon aku tido dengan keadaan duduk sambil belakang badan beralaskan kusyen bertingkat2 untuk support kepala dan badan aku. 

cian kan? sila cakap kesian skarang. haha.

skarang alhamdulillah...aku dah sehat dan boleh amkan dan minum macam biasa. masa aku demam2 tu bayangkan sehari sekali je aku makan. itu pon roti sekeping sapu nutella atau kaya je. tu pon main sumbat2 dalam mulut paksa makan untuk alas perut sebelum makan ubat. malam2 slalunya aku minta en alang buatkan milo buat alas perut sebelum makan ubat. suami i terer ok buat air milo. 

masa aku demam jugak semua orang bekerjasama jaga khalish. sib baik ada zaza dan iqa kat umah leh tengok2kan khalish tu. sebab en alang balek lewat, kadang2 kul 8 lebih baru sampai umah. so dari jam 6 sampai jam 9 tu zaza dan iqa la yang gilir2 layan khalish. sebab aku kan demam. takleh nak dekat2 sangat ngan dia. kesian ok kat khalish. balek je dari umah kak mis, nampak aku terus terkam aku. aku just pegang2 gitu je dan terus suruh makcik2 dia amek bawak dia pi main ke apa. itupon khalish slalu terjangkit demam dari aku. kesian dia.

harap2 aku tak demam lagi sampai la hari melahirkan. tak sanggup bayangkan diri ni depan mangkuk toilet asyik muntah2 je. dahla nak makan pon susah, bila muntah cuma kuar air je memang perit. tokasah kata la air apa aku tak minum, air limau campur madu, air penawar, air kosong bergelen2, air cap badak semua aku telan tapi apa pon macam tak jalan. serik dah nak demam2 ni. dan serik nak pregnant lagi. pengalaman camni buatkan kita berfikir berkali2 kalau nak tambah anak. sebab kesian kat anak aklau ibu dia yang demam. anak tak dapat zat yang sepatutnya dan asik la terkejut2 kalau mama dia batuk2. 

tapi nak tambah ke tak tu semua keje Allah kan? mana tau aku elok2 je amek precaution bagai tapi kalau dah Allah nak beri juga, aku terima je. ;)

9 comments:

  1. tuh yang intan nampak kurus tuh... tak per..tak per... insyaallah masa pregnant ni perit sikit... nanti time melahirkan.. tuhan permudahkan... sapa tahu kan rezeki memasing... tuhan tu maha adil...

    ReplyDelete
  2. kesian awak.
    bila dah sihat nie, rasa bersyukur gila kat semua kan.

    ReplyDelete
  3. N da rs ritu ms mabuk teruk bln pose...mmg perit x tkate laa bila muntah tu...alhamdulillah akak da sehat..

    ReplyDelete
  4. siannya kat akak. amy doakan akak cepat2 sihat and selera makan kembali seperti sedia kala. sian kat baby jugak...

    ReplyDelete
  5. Sian intan...
    sekarang dah sihat kan!
    Dokter cakap pe? pembawakan budak ke?

    ReplyDelete
  6. maybe alahan kak intan kot..
    dulu masa pregnantkan si khalish ok je kan..

    insya Allah semuanya akan selamat ya..

    ReplyDelete
  7. take care intan. hrp lps ni dipermudahkan semuanya. InsyaAllah

    ReplyDelete
  8. dasyat kan intan masa pregnant.xpE. baby dah lahir nanti semua lupa=)

    ReplyDelete
  9. 1st time singgah sini.. nice blog.. sy follow kamu!!

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...