Followers

Friday, January 7, 2011

Tetiba rasa macam taknak beranak. boleh?

dari semalam aku rasa macam dah tak saket2 sangat dah. tidor malam tadi sepatotnya boleh lena tapi atas gangguan manja si anak, lena tu terbantut la jugak. slalunya aku tak dapat tidor sebab saket bawah perut dan lenguh2. ni semalam ok la plak badan ni. baby pon elok je tendang2 macam happy je dok dalam perut mama.

macam ada gaya taknak beranak dalam masa terdekat je ha. hahaha.

pagi tadi en alang kelam kabut carikan buku merah lama aku. sebab semua rekod masa ngandungkan khalish dalam tu kan. en alang ni memangla pengemas orangnya, tapi kalau dia dah simpan barang...memang susah la nak jumpa. ntah selit tang mana ntah. aku senang je. siapa yang simpan, dia kena cari semula. haha. pagi tadi masa aku selak2 buku merah lama tu...terus trauma lahirkan khalish datang semula. adoi! camno ni? nak simpan baby dalam perut selama2nya boleh tak?

segala beg dan pampers baby dan keperluan aku dah tersedia dalam kereta. memang dah ready segala persiapan fizikal. tapi mental aku ni memang tak ready wei. kadang2 bila mild contraction tu datang, terus aku berdoa janganla beranak harini. aku tak sedia lagi. boleh wat doa camtu? cam seorang ibu yang teruk eh?

weekend ni nak makan segala makanan yang ada. nak puaskan nafsu serakah makan sebelum berpantang. nak minum semua air ais2. hehe. nanti dalam pantang korang nak tunjuk gambar makanan camne maha sedap pon time tu aku tak heran. haha. oh dan kali ni aku nak ketatkan pantang la kot. no ice/cold drink selama setahun. boleh ke terlaksana eh? hmmm~

kalau korang tgk aku dah 4-5 hari takde update tu maknanya aku dah beranak la tu. takpon aku akan minta zaza updatekan perkembangan aku je. atau iqa. siapa2 je la antara adik2 aku tu. hehe. en alang tak reti nak update2 blog ni.

kalau bernasib baik, aku sendiri la kot akan update. tapi masa tu ntah ada masa ke tak eh. biasala...biarpon anak ke-2, tapi masih rasa kekok nak sesuaikan diri dengan jadual baru plus nak susukan budak, tidokan budak, mandikan...wah! banyaknya benda kena buat. baby, duduk diam2 dalam perut mama je ok. takyah kuar eh? kuar tahun depan je la. hahaha. ok2 mama gurau je. baby boleh kuar bila2 masa baby nak. mama tak sabar nak tengok kamu nak!

13 comments:

  1. aiyo budak intan ni kan, babap kang... ekceli boleh gaks mintak tak mo beranak hari ni or tak mo beranak on any other dates yg kita tak berkenan dengan DOA :)

    i/syallah boleh, maksu rasa maksu dapat all the dates yg maksu suka or was given dates yg almost mostly likeable kat semua anak2 maksu :)

    ReplyDelete
  2. hehe kite pun xsbr nk tgk baby tuhh..
    cpt ar kuar,
    nanti cpt2 inform yehh..

    ReplyDelete
  3. haipp...mane bleh xmo beranak...hehe..sila beranak cepat...nak tgk adk khalish nih...

    ReplyDelete
  4. uisshh.. amy plak yg rasa ke'scary'an nya. hahahaha..

    btw, amy doakan semoga kak intan selamat bersalin. amin...

    ReplyDelete
  5. uikkk selamat beranak ..adehhh akak plak yg ngilu sbb due date lg 2mggu .
    sama² kita berpantang yer nanti :-)

    ReplyDelete
  6. hehe.baby pun tak sabo jumpa abgnya tu.hehe..moga dimudahkan ye k,intan..

    ReplyDelete
  7. erk..camner tuh? heheh..happy pushing2 yaa.. :)

    ReplyDelete
  8. erk..camner tuh? heheh..happy pushing2 yaa.. :)

    ReplyDelete
  9. sila balunn segalanya b4 bpantangg...

    ReplyDelete
  10. Good luck Intan! Semoga dipermudahnkan segala urusan. Insyaallah merasa balik kenikmatan bergelar ibu. Bau baby sangat syedap..

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...