Followers

Monday, May 30, 2011

Pernah terjadi kat korang tak?

Semalam aku, en alang dan budak2 balek dari kl ke sitiawan berempat je. padahal dari muar kitorang berenam skali ngan ibu dan ayah. tapi esok ayah ada meeting kat jb 3 hari, so ibu ikut. On the way balek tu, en alang dok ngadu lapar. yang aku plak sebok nak cari restoran yang tak jual makanan seafood atau tomyam. pada sesiapa yang familiar ngan jalan ijok-k.selangor-tjg karang-sabak bernam tu tau la kat area2 situ banyak restoran jual makanan jawa. tapi kalau dah namanya weekend, pulak tu dah nak maghrib, mana ada restoran camtu yang bukak kan. restoran tomyam, restoran thai banyakla bersepah2!

dari ijok tu aku dok usha je restoran2 tepi jalan. tapi tak jumpa2 gak sampai la kat tjg. karang aku tgk en alang dah tarik muka. lapar sangat la tu. so, aku pon terpaksa la berhenti gak kat restoran tomyam. nadia tomyam tak silap. so, aku park kereta betul2 depan meja makan sebab khalish tidur dalam kereta. bukak tingkap luas2 supaya kalau dia nanges leh dengar.

elok je makanan baru sampai, khalish melalak2 takut sebab tengok dalam kereta takde orang. so aku angkat dia letak atas pangku aku. jaz pulak en alang kendong. then, budak restoran beri highchair untuk khalish duduk. memula dia diam je la sebab dia biasa je duduk dalam highchair tu. tapi lepas je dia tengok en alang hand over jaz kat aku, dia sambung melalak. tak bagi aku pegang adik dia. amboi ko...ingat mama nak entertain awak sorang je ke? adik nak campak mana?

jadinya, aku biarkan je nanges sambil en alang pujuk2 khalish beri biskut la, beri susu la..semua tak jalan. last2 ada sorang makcik duduk sebelah meja kitorang yang offer nak pegangkan jaz. terkejut aku ok! sebabnya, dahla kitorang kat tempat orang. tak biasa kan. tiba2 ada org offer camtu, rasa terharu pulak. makcik tu beria2 nak pegangkan jaz. so aku tak sampai hati beri la jaz kat dia dan aku pangku pulak khalish sambil makan.

lepas je makan, aku pon borak2 la ngan makcik tu sekeluarga. dia memang kampung kat area tu tapi tinggal kat jengka 11, pahang. borak pon borak biasa je la. nama pon tak tau ye. elok je makcik tu mintak diri nak beredar, dia beri jaz dan khalish duit. aku dah macam pelik. ye la kan. dah la tak kenal makcik tu. tetiba ke offer diri pegangkan budak dan beri duit pulak. puas aku tolak, tapi makcik tu beria2 nak beri. nak tak nak terima jugakla. karang kata berlagak sangat taknak terima pemberian orang. haha.

alhamdulillah...ada lagi orang baik camni kan. tapi tu la. ralat jugak sebab tak amek apa2 no phone atau at least facebook id anak makcik tu. leh la contact2 kan. ni tak. main bye2 je. huhu.

so. kalau ada sape2 yang baca entri ni kenal ada sorang makcik pakcik ni tinggal di jengka 11 tapi orang tanjung karang, sila bgtau aku eh. teringin nak contact2 makcik tu balek. sebab semalam masa borak2 ngan anak makcik tu pon anak dia kata mak dia ada ramai cucu angkat. suka budak2.

okla. penat menceceh. padahal kepala pening2 ni. tak cukup tidor. malam tadi khalish dan jazly buat double shift. lepas sorang tido, sorang lagi wat pangai. main gilir2 pulak dah. mata ni dah macam mata panda. (eh. panda comel kan?)


kitorang makan kat restoran tu murah ya amat! cam tak caya je camtu harganya. order nasi putih 3, tomyam campur, udang goreng tepung dan telur dadar cuma RM14! kalau kat manjung mau RM20. huhu.

4 comments:

  1. kampung akak tu tg karang-sekinchan ;-)

    murah rezeki budak² tu tp mmg ada je org tua² suka hulur pada bebudak ..org kata insyaallah murah rezeki .

    ReplyDelete
  2. susah kan nak jumpa orang baik sekarang ni

    ReplyDelete
  3. Salam akak saye silenr reader akak.. =)
    kebetulan sye pn org jengka 11.
    kt jengka ramai org selangor.
    coz ramai org jawa n org banjar..

    ReplyDelete
  4. orang banjar ngan jawa ni selalu murah ati skit...suka bagi duit kat budak2...sedekah katanya...

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...