Followers

Tuesday, October 4, 2011

Jangan persenda hidup orang lain. Please.

Entri ini untuk kita semua.

Jangan ingat hanya kerana orang tu cuci cawan minum kau, bersihkan pejabat kau...kau ada hak nak persendakan hidup dia. Ko persendakan bau badan orang tu yang berbau. Tapi adakah kau tahu setiap keringat yang mengalir dari tubuhnya ikhlas, setiap air mata yang mengalir tulus; tujuannya hanya satu...untuk memberi keluarga makan dan keperluan?

Jangan hanya kerana dia tidak berpakaian berjenama dan punya gaya hidup sederhana, kau punya hak untuk ketawakan hidupnya. Kau persendakan dia yang memandu kereta tahun 70-an. Katanya kereta buruk itulah yang dibawa ke sana sini. Padahal gaji dia trang tang tang lebih dari kau. Ye lah. Kau pakai kereta indah turbo. Tapi adakah kau tahu dia berpegang pada prinsip asalkan boleh dibawa, dia akan pakai. Duitnya disimpan untuk pergi ke haji, anak-anak ada 5 orang perlu makan pakai tempat tinggal...kau masih bujang. Tolong jangan bandingkan hidup dan wang  kau dan dia.

Kau sering persendakan pasangan hidup rakan-rakan kau yang lain. Kata kau, isteri mereka pendeklah, hitamlah, hidung kemeklah...adakah kau tahu, bahwa yang pendek, hitam itulah yang menawan hati rakan-rakan kau. Mana bisa kau mengerti yang hitam itulah yang memberi kepuasan pada rakan mu pabila memasak yang enak-enak padanya setiap malam dan tidak betah untuk menemanimu lepak di kedai mamak lagi. Mana bisa kau faham yang pendek itulah begitu pantas dan teliti mengemas rumah sehingga rakan mu tidak betah untuk keluar malam bersamamu lagi kerana terlalu selesa berada di rumah.

Tolong. Kita semua sudah dewasa. Jadilah dewasa. Setakat nak banding-bandingkan hidup kau, aku dan dia ni kerja budak-budak darjah 6 je.

Hujung-hujung apa yang kau dapat? Kau tiada harta kerana hutang keliling pinggang, kau tiada teman hidup kerana terlalu memilih yang sempurna, kau hidup sebagai loser.

Sorry. Kau memang loser. With the big L.

6 comments:

  1. Like thissssss !

    Tak suka orang masuk campur hal orang lain sedangkan diri sendiri pun tak sempurna.

    ReplyDelete
  2. sangat anti dengan si loser begitu..!!

    ReplyDelete
  3. sape hina2 nieh??meh tenyeh sikikt idong die..ngehngehnegh

    ReplyDelete
  4. suke n3 ni...kdg2 manusia mudah lupe..or buat2 lupa ttg kemampuan diri...

    ReplyDelete
  5. Meh sini sha jentik skit dahi si loser tu intan..boleh?

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...