Followers

Friday, March 30, 2012

Kami di Langkawi - Part 2

sambungan dari: 

Lepas je rehat2 dan mandi, tanpa berlengah terus kitorang keluar semula. Konon2 nak pi underwater world. Sekali sampai2 tengok dah tutup daaa... so kitorang just stroll sepanjang jalan kat chenang tu and tetiba je dah sampai kat area airport. haha. ni kes ralit dok pandang sana sini and borak2 dok kenang kembali honeymoon 4 tahun lepas.

orang yang biasa datang langkawi ni tahu la gerai2 sepanjang tepi jalan kat airport ni, ada jual cendol, laksa, mihun sup...pergh! terbaik la buat duduk2 minum petang ni. so apa lagi. mari kita park kereta dan pekena laksa!

tengah tunggu order, anak owner sampai. ingatkan dia yang nak amek order...rupanya nak ngendeng khalish je. hehehee.
manis je budaknya. malu tapi mahu.

tu dia dok pandang khalish la tu. khalish lak malu2. hahaha.


tengok tu. segan2 konon. kawan datang ajak main tapi dok main jari la, jongkit kerusi la....


jaz yang mengantuk bersama abang botak saya yang sasa...

tempat makanan disediakan.

ramai gak orang.

siap leh tunggu sunset lagik.


selenga.

cendol.


aku order bihun sup yang krup krap lobak asin dia. sukaaaa~

en alang pulak order laksa. dia punya hirup tak toleh kiri kanan dah. hahaha. agaknya nasi ayam tengahari tadi tak cukup nak tampung perut dia tu.


masa ni kitorang just lepak2, makan dan nikmati angin pantai. elok je nak masuk maghrib, kitorang round kejap area beras terbakar tu dan terus balek ke hotel. ingatkan malam tu nak la jalan2 pekan ke apa...harapan je ok! masing2 keletihan tak terkata terus kebabom tido. hehehe.



Adik Jaz say nite2....~

Ayish pon nak tido daa... assalamualaikum~


Nantikan entri berikut yang lebih adventure ok! (Next week)
:)

1 comment:

  1. cherating ker cenang? heheheh excited menaip la tu :P

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...