Followers

Tuesday, December 17, 2013

Pinjaman terindah. (Monolog seorang isteri)

KASIH
Pabila dia memandangku dengan penuh rasa. Pabila dia menyentuhku dengan penuh belaian. 

SAYANG
Setiap kali sebelum keluar dari rumah akan berpesan;
Sayang, tolong jaga mata.
Sayang, nampak cantik hari ini.
Sayang, bawa kereta hati-hati.
Aku salam tangannya yang kasar; hasil kerja keras saban hari. Ciumannya akan singgah di dahi dan kedua pipiku selepas itu.
Semua ini adalah wajib dilakukan. Sehinggakan aku seringkali mengusiknya dengan mengulangi kata-kata pesanan si dia padaku. Dan sering kali juga terledak hilai tawanya.

RINDU
Setiap hari juga apabila sedang sibuk bekerja, dia akan tiba-tiba menghantar sms. Atau whatsApp. Atau KakaoTalk. Sekadar bertanyakan sibuk ke? Dah makan belum? Banyak kerja ke?

CINTA
Ketika ku sakit, dia akan sentiasa pastikan ubat dimakan mengikut masa.
Ketika ku sedang tidur berdengkur, tidak pernah mengeluh walau sedikit tentang kelemahanku.
Ketika ku memasak untuknya, sering kali pujian yang ku terima. (walau pernah rasa tawar)
Ketika ku keletihan, dialah tukang urut terbaik untukku.

kasih. sayang. rindu. cinta.
semua ini ku kenal setelah bernikah dengannya.
ketika zaman bercinta, tak pernah ku lihat dia sebegini. cuma yang aku tahu dari dulu hingga kini yang pasti ada adalah kesabarannya.
sabarnya dia mendengar bebelanku.
sabarnya dia menangani sifat baranku.
sabarnya dia melayani kerenah anak-anak kami.

sungguh. orang kalau tengok dia secara lahiriah akan menganggap dia adalah seorang yang garang. bengis. tegas.
tapi percayalah. garang, bengis, tegas tu semua hampir tiada padanya pabila berada disampingku.
semua sifat yang tiga itu ada padaku. dia umpama unsur natural yang berada di sekelilingku. 

setelah 5 tahun. dan seorang suami (harapnya sehingga ke syurga). barulah ku kenal erti kasih, sayang, rindu dan cinta. 
sesungguhnya aku hanyalah seorang isteri yang banyak kekurangan. dan dia adalah suami yang terlalu sempurna bagiku.

terima kasih sayang. 

Tuesday, November 12, 2013

Mereka 3 beradik ketika berusia 6 bulan.



Khalish Dani Fitry

Khaliq Dani Jazly

Ayana Zayra Sofya

Masing2 punya rupa "sendiri" kan?
Agak2 korang siapa yang lebih ikut rupa aku?
Huahuahua...



Monday, November 11, 2013

The week she was sick.

Bila anak sakit, memang runtun hati ni kan.
Kalau boleh biarlah sakit tu kita mak pak yang dapat. Anak2 tak yah la sakit2 ni...kesiannnn.
Ye lah, nak2 babies. Diorang tau menangis je la. Nak cakap tak pandai lagi.

:(

26 Oct. Sabtu. 
Ayana's first day fever. Suhu 38-39. Biarpun dah ambil ubat demam dan jerlum, suhu masih di takat yang sama. Memang setiap jam akan ambil suhu. Turun sekejap takat 37.5 tapi hanya bertahan sejam dua. Lepas tu akan tinggi semula.

Ahad.
Suhu masih sama. Kerisauan bukan kepalang.

Isnin. 28 Oct 2013.
Bawa ke klinik swasta. Diberinya ubat demam, sakit tekak, selsema/batuk dan antibiotik. Aku beri ikut jam dan aturannya, masih suhu tak kurang. Hati semakin sesak. Demam anak perlu segera pulih. Sudah 3 hari begini, siapa yang tahan melihat anak sering merengek tidak selesa? - Aku MC

Selasa.
Bawa Ayana ke klinik kesihatan pula. Sepatutnya Ayana cucuk 6 bulan hari ini. Tapi disebabkan masih demam, jumpa doktor dan diberi pula ubat demam seketul. Yup. hanya seketul ubat. Walaupon dah mengadu yang Ayana telah demam masuk hari ke-4. Apabila di tanya tentang test darah, aku kena gelak oleh nurse dan doktor. Ayana tiada simptom denggi katanya. Tak perlu buat ujian darah.
Aku kesal.
Disuruh datang lagi buat rawatan susulan hanya bila Ayana semakin lembik atau erti kata lainnya dah bebetul tak larat.  Gila kah? Aku bukannya mama yang sanggup tgk anak hingga x boleh makan dan susu baru nak jejak ke klinik atau hospital. Aku inginkan preventive action. Bukannya corrective action. -Aku EL.

Rabu.
Aku tawakal pada Allah. Aku perlu masuk kerja. Sebolehnya tunjuk juga muka pada bos. Ikutkan hati memang nak bawa Ayana buat blood test. Tapi kerja menimbun dan kesemuanya ASAP perlu dikerjakan. Hati memang tak tenang. Setiap 3 jam call taska bertanyakan tentang Ayana. Petang jam 2, taska sms beritahu Ayana muntah banyak. Namun suhunya menurun kata pengasuh. Aku resah sekali. Berharap jam 5.30 cepat datang. Mau segera memeluk anak kecil itu.
Malam nampak Ayana cergas sedikit. Mungkin dia muntah petang tadi, dia memuntahkan sekali bahang2 dari badannya. Suhu 37-37.3. Ada peningkatan yang positif.

Khamis.
Suhu Ayana pada pagi tu 37.8. Aik? Naik semula? Terus ku batalkan niat mau ke ofis dan segera bawa puteri hati ke klinik swasta. Doktor decide untuk ujian darah dilakukan. Berdebar sepanjang petang menanti keputusan ujian. Nurse klinik call jam 3 petang dan meminta ujian darah Ayana dilakukan semula keesokkan hari. Kerana paras plateletnya di bawah paras normal. - Aku MC.

Jumaat.
Pagi2 lagi aku ke PathLab untuk ujian darah Ayana kali kedua. Selepas ambil darah, aku pantau suhu Ayana dan alhamdulillah suhunya kembali 36.5. Suhu normal. Aku hantar Ayana ke taska, segera masuk ke ofis semula. Klinik call jam 3 petang dan alhamdulillah platlete Ayana sudah kembali ke paras normal. Bersyukur sangat.

Aku pelik sangat. Kenapalah susah sangat nak ambil darah ye? Supposedly klinik ada KPI-nya. Demam sekian2 hari (3 hari max contohnya) ...walau tiada simptom yang menonjol perlu buat ujian darah. Dari ujian darah tu lah berbagai penyakit boleh detect kan? (kawan2 doktor atau nurse boleh terangkan tak tentang ni?)
Dan aku kesalkan sekali ianya dari klinik kesihatan yang begitu mengambil remeh. Selepas ni memang takkan la aku jejak ke kk lagi kalau anak sakit. Akan ke swasta atau hospital terus.  

Ayana dah sihat. Demam terkejut agaknya. 
Terkejut nak merangkak.
Terkejut gigi dua batang belah bawah tumbuh serentak.

Terima kasih kalian yang memberi semangat pada aku tatkala mengharungi keperitan anak demam. Abang2nya tak pernah demam sebegini lama. Puteri nan seorang ni betul2 menduga kami.

second day demam. ciannnn...merengek je. bubuh cool fever pon nak amukan. terpaksa bubuh kat kepala sebab kepala dia paling panas sekali.

perjalanan ke klinik swasta. sampai tertido dia dalam kereta tunggu klinik bukak. 

ke klinik kesihatan pada selasa. tgk je la muka layu tu. aduhaiii...~

suhu yang statik. nyampah weiiii~

demam buat habit baru. nak kain tutup muka bila tidor. -_-"

abang Jaz yang kerinduan adik Ayana tak pergi taska sekali. kemain balek dari taska je cari Ayana dan holding hands sambil minum susu.  

muka budak sakit. Khamis. hai lah anak. susah hati mama tau. 

Friday, October 25, 2013

Geng Ukhwah Blogger Potluck 2013.

perkenalan aku dengan mereka2 ini sangat secara tiba-tiba.
terima kasih pada Nano yang perkenalkan aku dengan group Ukhwah Blogger ni.
alhamdulillah...walau hanya mesra di alam maya, di alam nyata juga mereka ini mesra dan ramah.
memang tidak kekok langsung bertegur sapa dan berborak sakan.

plan asalnya nak buat Family Day.
tapi...biasala, lepas raya memang bersusun orang buat kenduri bagai. so end up dapat 10 keluarga yang join. Jadilah majlis pot luck dan mandi manda yang seronok. Rugi oh siapa yang tak join haritu. Kikikiki.

Tarikh: 5 Oct 2013
Hari: Sabtu
Tempat: Kemensah
Acara: Potluck dan mandi manda

Gambar adalah tidak menurut turutan sebab kemalasan untuk menyusun.
Terima kasih kepada Dayu yang mengizinkan aku menggunakan gambar2 ihsan darinya untuk dimuatkan dalam blog ini.


Bukan main seronok budak2 ni mandi. Mak budak pon apa kurangnya. Hehe.

Ana Lyana. Supermama datang dari Putrajaya ke Kemensah hanya bertiga dengan Dani dan Zara. Kagum aku wei. Hehehe.

Dayu, Faiz (husband Ainul), depan faiz tu ada Nurul Jamian...tapi tak nampak. Aku and En Alang. Keje kitorang anak beranak dari mula datang sampai nak balik asik makannnnn je. Hahaha. Guilty as charge. 

Seronok hoi. Air sojuk!

Anak-anak yang sakan berendam.

Anak-anak iols yang seksi. Hahaha.

Nurul si mak buyung gorjes. Tapi kan...hampir tak kenal dia wei. Lain bebenor rupa dia masa pregnant. Kes sama ngan aku hidung kembang nak bernafas pon senang. Hahaha. (Ampun Nurul!)

Kaum bapa pon sakan wei. 

Hany, Ena, Fad, Ainul, Faiz.

mandi2...
(baru aku perasan turutan gambar2 adalah terbalik. hahaha. belasahhhh!!!) 

fad yang comel lote. tukang bawak air dan buatkan air jugak. :P

Cha anak Dayu. amboi...ice cream leleh tu nak. 

nampak bebenor kepohnya cik tan ni. haha.

Fahrin yg hensemmmmmm!!!!!! 

mak yong hany. comel je. 

Reen dan Ana. dema ni sebenarnya tidor tau. terer diorang ni tido sambil berdiri. HAHAHA.

korg tgk perapan ayam dan kambing tu. hohoiiiii kambing dia sedap gilos ok!!!! sampai sekarang terbayang2 padamu seorang. eh.

suamiku, suamimu dan suamimu. hahaha. aku tak cam yg sebelah En Alang tu suami siapa (rasanya macam suami Fad). tapi yang depan En Alang tu suami zaza. muka macam hero drama terkenal ok. ;)


Zaza (P), Dayu (P), Nurul (P), Hany (P), Ana, Fad, Ena, Reen.
mereka yang terlibat dalam menjayakan acara ni. janganlah korang tanya kenapa aku takde dalam gambar sebab aku dah ca alif but dulu. nak kejarkan zoo. huhuhu. jazly dan khalish dah sebut2 nak ke zoo nak jumpa lion, rimau, monyet, eh semua2 lah. so memang kena pegi jugak walaupon terpaksa tinggalkan kesayangan2 ni. 

Yang aku tanda (P) tu pregnant ye. Tahun 2013 tahun produktif namanya. hehehe.

Event ni pukul 10 pagi. Awalnya kami anak beranak nak bergerak ke KL pada hari sebelumnya. Tapi fikirkan sampai KL pon tidur je...so kami bergerak pukul 6.30 pagi. Alhamdulillah elok kami sampai ke Kemensah jam 10.30 pagi. Cantik je timing. :)

Sungguh seronok jumpa kawan2. 
En Alang tak habis2 tanya pada aku...seronok ke jumpa kawan2? Dah puas?

Hahaha. dia pon tau betapa aku sayang kawan2 aku ni. Mana taknya...saban hari kalau berborak dengan diorang mesti akan tersipu2 depan phone. Kalah borak dgn laki ok. :P

Thursday, October 24, 2013

Kesayangan yang jarang dapat bertemu. Tapi sayangggg sangat!

Tarikh yang dinanti-nanti.
6 Oktober 2013. Gathering AWAM 6.
Actually AWAM tu akronim. tapi masing2 dah lupa apa maksudnya. 6 tu bilangan kitorang.

AWAM 6.
Intan (me!)
Ida
Miza
Siti
Rose
Erni (arwah)

Kami berenam mula rapat dari Tingkatan 4. Masing-masing punya karakter unik tersendiri dan bila bergabung tu, tu diaaaa kecoh tak ingat. 

Masa gathering haritu Miza je yang tak dapat join. Suami keje SPAD memang payah la kan. Operasi pulak mengejut2 je. Takpe Miza, lain kali kita jumpa ok.

Arwah Erni pula roomate aku masa form 4 dan form 5. Arwah meninggal dunia sebab kanser tulang pada umurnya 20 tahun. Al-fatihah.

2 bulan sebelum perjumpaan ni, kitorang dah plan nak buat kat rumah Ida je. senang sebab kat gombak and aku, siti dan rose tau rumah dia kat mana. Cuma Miza je yang tak pernah datang lagi. And Ida volunteer nak masakkan permintaan aku lasagna dan nasi ayam. Tengok. Ko sebut je terus berdesup Ida buatkan. Kagum betul aku ngan minah ni. 

Okla...jom layan gambar2. Korang tak kenal diorang ni kan? 

Ayana dan Darina (anak saudara Ida). Holding hands lagi ok. Nampak sangat suatu hari nanti they will be friends jugak.


Dina, mommy Darina (adik Ida) dan Siti, ibu Hana Kica (Nur Hannah Qarissa)
oh, btw Dina ni junior kitorang masa sekolah dulu. So memang kenal sangat la kan. :)

Cuba cari aku yang mana satu? Ni keratan dari majalah Fajar (majalah sekolah kami)

Before berjumpa, Ida bagi cadangan supaya kami sediakan souvenir untuk setiap seorang antara kami. Kalau korang boleh nampak, atas kiri tu antara souvenir yang setiap sorang dapat la. Ida beri gambar2 kenangan kami di sekolah dulu, Rose beri tafsir al-quran (sebab dia ni PAIM sekolah), Siti beri tuala yang disulamkan nama kami semua, aku pulak beri kain batik.

Kami.

Ok. Mari kenalkan pada korang.
Dari kiri: Ida, Siti, Me, Rose.
Masing2 ada handbag berjenama 2 & 3.
Sampai sekarang aku tak faham kenapa anak2 aku bertiga tu ralit sangat pandang kanan. Yes...kanan tu ada tv. And pasang kartun. Hai lah. Ralit nau ngan kartun sampaikan kamera pon tak diherannya.

Masa ni nak balik dah. Ayana dah amukan nak tido. Tu yang muka terpaksa rela tu. Hehehe.

Sempat jumpa Rose dalam setengah jam je. Sebab aku terpaksa gerak dulu, kereta Iqa rosak kat tol masuk ke highway LATAR.

Memang rasa tak puas jumpa mereka. Baru-baru ni kami dapat idea nak ziarah kubur arwah Erni dan melawat family arwah di Taiping. Moga plan kami ni dapat diteruskan. :)



Friday, July 19, 2013

Aku beruntung ada kamu.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Kami berlima sihat sejahtera.

Kawan-kawan apa cerita? Sekarang dalam bulan puasa, cuaca tak menentu mesti ada yang tak sihat kan? Kami ada jugak la selsema sikit, batuk sikit...but nothing serious. Masih boleh handle. Cuma ujian kesihatan yang kecil2 saja.

5 tahun kahwin...dan kami pun dah berlima. Pejam celik pejam celik macam tak percaya pun ada. Ada juga yang bertanya, macam mana kehidupan dengan anak2 yang kecil dan tengah melasak? Aku cuma senyum dan cakap, Macam biasala...budak2. Takat melasak melompat, berlari, buat sepah tu memang normal. Kalau diorang duduk diam dan pasif je kita pulak yang risau kan?

Doakan kami suami isteri kuat. Kuat hadapi cabaran dan ujian dari-Nya. Pelbagai ujian telah kami tempoh...telah kami lalui dalam jangka masa 3 bulan ni. Harap situasi yang sulit ni tak lama. Harap ada sinar bahagia menanti kami.

Ujian apa? Korang tengok kami happy je? Ala..takkan semua benda nak cerita kan. Cukup aku katakan ujian ini menguji kekuatan hubungan kami. Alhamdulillah dengan ujian ini kami lebih akrab, lebih menjaga satu sama lain.

Ada juga 1-2 perkkhabaran indah yang kami terima. Tapi yang indah tu tidak menjanjikan apa2 lagi. Masih lagi dalam bentuk harapan. Semoga perjalanan kami dipermudahkan-Nya. Aku boleh katakan ujian kali ini amat perit. Amat menyentap perasaan.

Aku beruntung punya keluarga dan mertua yang memahami. Punya kawan-kawan (u know who u are) yang empati. Pabila aku ceritakan pada mereka, mereka juga mengalirkan airmata. Mereka juga melahirkan simpati. Itu semua sudah cukup bagiku. Kata-kata semangat dari mereka buatkan aku terus berada di sini. Dan berpegang kepada Aku Ada Allah.

:)

Tak kurang juga ada yang mahu membantu. Oh....Allah beri ku ujian hidup...dalam masa yang sama Dia beriku kawan-kawan yang memahami. Yang ringan tenaga dan wang untuk membantu.. Terima kasih korang. Korang la pengarang jantung buah hati mucuk2 aku. (hehe!)

Kami ber5 sejahtera. Kami kuat. Kami boleh tempuh.
Dengan adanya Allah.
Dengan adanya manusia indah seperti kalian.
:)





Wednesday, May 29, 2013

Kehadiran yang dinanti.

Assalamualaikum sahabat-sahabat maya.
Bismillahirahmanirrahim....
Setelah sekian lama menyepi...tup-tup empunya blog nak bagitahu yang dia dah selamat bersalin.
Tarikh: 25 April 2013 (Khamis)
Masa: 2.17pm
Method: Normal (induce)
Tempat: Hospital Seri Manjung

Sepanjang pregnant yang ketiga ni, macam-macam penyakit dan ujian yang aku tempuhi. Selalunya kencing kotor (UTI). Pernah juga bacaan hb darah di tahap rendah...but yang itu nothing serious la. Masuk week 36, pergerakan aku terbatas disebabkan kepala baby dah betul-betul terasa di celah kangkang. Week 37, fuhhh...betul-betul mencabar sangat sebab setiap kali aku duduk atau baring, terasa sakit sangat celah kangkang dan aku berjalan sangat-sangat la dalam slow pace teramat. Alang sampai fed-up nak ajak aku berjalan sebab katanya siput pon lagi laju. Haihhh~

At first, aku amat positif yang baby ketiga ni akan keluar lebih kurang macam abang-abang dia...week 37. Dahlah aku dalam keadaan yang nak pegi ke ofis pon terhegeh-hegeh sampai aku betul-betul tak larat and minta surat sokongan doktor menyatakan aku tidak fit untuk bekerja pada week 38.Hari berganti hari, minggu silih berganti...masuk week 40. 24 Apr, aku pergi ke klinik kesihatan dengan harapan biarlah visit ni yang terakhir...dan baby akan segera lahir. Check perut...degup jantung baby ok. Tapi terpaksa hadap doktor sebab kencing kotor. Doktor yang aku hadap ni memang aku kenal sangat...dia la beria-ia nak scan baby sebab nak tengok berat baby katanya. So...bila dia scan tu...muka dia berubah. Dia kata air ketuban bacaan 8. Aku tanya doktor...bahaya ke? Doktor kata bacaan 5 ke bawah yang bahaya. Tapi dia nak rujuk juga aku ke hospital manjung sebab scanner tu tak berapa betul sangat.

So aku balik rumah, dan makan tengahari sebelum pergi ke hospital. Scan di hospital, doktor kata air ketuban aku bacaannya 5. Terus dia brief aku...aku terpaksa di-admit dan diinduce esoknya. Aku ni rajin tanya-tanya...haha. Aku tanya la doktor kalau tak nak induce, maknanya saya akan kena c-sect ke? Doktor kata atas pilihan aku nak induce dulu atau nak terus c-sect. Masa tu dah pikir nak c-sect je sebab macam tak sanggup nak hadap sakit induce. Bila doktor kata oleh kerana aku ada history c-sect, aku hanya diberikan 1 kali induce sahaja berbanding biasa, pesakit akan diberi 2 kali induce. Ini sebab doktor risau rahim pecah sekiranya dipaksa beranak. So bila tau 1 kali je...terus aku setuju. At least kalau betul bukaan tak full dilate, sakitnya tak lama macam 2 kali induce.

Petang tu admit ke wad, doktor buat lagi ctg baby. Alhamdulillah ctg baby cantik je. Dalam pukul 11pm, nurse datang check bp dan temp. Tetiba dia kata awak takde makanan ke? Aku masa tu memang taknak apa-apa sebab petang tu dah pesan kat Alang bawakan roti dan milo esok hari je. Nurse kata aku kena makan pukul 4 pagi sebelum CTG sebab lepas CTG, diorg nak induce aku dan aku disuruh puasa. Terpaksa aku call En alang hantarkan roti dan milo tetengah malam tu.

En Alang menemani...

Malam tu memang tak tidur lena la...sebab dah tau kena paksa beranak esoknya kan. So selang sejam aku terjaga. Pukul 4 pagi tu nurse tak sempat nak kejut aku, aku dah bangun gosok gigi, kencing dan elok hadap roti dan milo. Nurse siap puji bagusla awak. Takyah saya susah-susah kejutkan. Bila aku settle makan, terus buat CTG. Agak lama jugak buat CTG...after CTG, aku mandi dan minum milo lagi. Tengah aku leka borak dengan budak depan katil, doktor panggil untuk induce. Sebelum induce dia seluk...katanya bukaan 1cm je. Aku dah terbayang c-sect je masa ni sebab doktor kata dinding rahim aku pon tebal lagi. Haihhh...~

Lepas je induce, aku disuruh baring selama sejam dan disuruh puasa. Ahhhh....dah terbayang kenapa la aku tak suruh En alang datang pukul 4pagi tu bawakkan bubur nasi mekdi ke apa...nyesal makan roti je. Dalam pukul 9pagi...dah rasa mild contraction. Oh...masa ni setiap jam nurse datang check bp, temp, contraction semua tu. Dalam pukul 10, En Alang datang konon nak temankan aku hadap contraction. Tapi baru setengah jam temankan, dia dah kena halau dengan mak guard. Aku pon pujuk En Alang balik umah dulu...nanti pukul 12.30 datang semula. Ikutkan En Alang dia tak nak balik...abis tu takkan nak lepak perkarangan spital sampai 2 jam? Aku terpaksa buat2 kuat padahal sakit dah terasa kerap. Bila pukul 12, aku call En Alang suruh dia datang spital cecepat sebab contraction dah rasa sampai ke pinggang membawak ke tulang belakang. Aku tau tu tanda bukaan dah bukak at least 5-6cm. Elok pukul 1.30, aku dah terasa sakit sangat. Doktor kata nak check bukaan aku...aku paksa En Alang tanya kat nurse bila doktor nak check bukaan ni. Dalam pukul 1.40, doktor check bukaan...katanya dah 5cm, Adeh...aku dah menepuk dahi. Baru 5cm ke? Doktor pesan boleh makan sebab chance untuk aku beranak normal ada. Kalau dah sakit tu...nak makan apa plak kan? Aku pesan kat alang buatkan milo untuk aku dan aku dalam kesakitan tu terpaksa gak pi toilet untuk kencing. Elok aku lepas kencing and nak duduk kat katil, contraction serang lagi kali ni kaw-kaw. Alang tengok aku...dia yang tak sanggup.Aku cecepat hirup milo dan sambung baring. Elok je baring, aku terasa contraction yang TERAMAT menyengat. Sakit sampai aku rasa dah terkencing dan mengigil2 berpeluh-peluh. Dan yang paling terasa nak beranak sangat-sangat tu sebab aku dah TERteran.

Alang tak sanggup tengok aku berpeluh bagai nak rak...terus dia panggil nurse kata aku dah teran dan terkencing. Nurse tak tunggu lagi, terus tolak aku pergi bilik bersalin. Sampai je bilik bersalin, sebelum diorang transfer aku ke katil bersalin, bidan-bidan suruh aku kangkang nak tengok bukaan. Sekali...diorang tengok je...diorang boleh kata...eh, dah semacam je ni. Cepat awak gerak ke katil sebelah ni...dah masa ni. Kepala anak awak dah nampak tu. Apa lagi...terkejut gila la aku. Baru tak sampai 10 minit lepas doktor cek baru bukak 5cm...takkan dah nak beranak pulak? Oh...masa bukak spender tu rupanya bukan aku terkencing, darah yang keluar. Banyak betul lencun spender dengan darah. Maybe air ketuban kurang, so memang takde la air ketuban yang keluar dulu...sebaliknya darah yang keluar. Masya Allah....masa ni betul-betul aku tak rasa sakit apa dah. Pikir nak keluarkan baby cepat-cepat je. Bila nurse instruct pegang kaki dan push, 2 kali aku tanya nurse/bidan...betul ke ni? Saya push ni. Awak push je. Teran kuat-kuat ye. Aku teran 2 kali, baru keluar kepala sampai mata je. Nurse encourage push lagi sebab sikit je lagi...lepaskan hidung pulak. Bila dengar macam tu je, aku teran-teran sampai takde nafas...sebabkan aku sakit teramat...nafas pon tak tercuri dah. Sebab tu sampai 4 kali teran baru baby boleh keluar. So overall 6 kali la aku teran. Haha...pelik kan dah kenapa aku kira? Sebab masa Jaz aku teran 5 kali je. Konon nak kurgkan rekod. Sekali...memang tak dapat la.

Baby dilahirkan jam 2.17pm. Bayangkan...aku sorang je bersalin kat dewan bersalin. En Alang macam tak percaya aku bersalin secepat tu. Dia cerita...masa tu dia tunggu dalam 5 minit kat seat luar dewan...tetiba dengar suara baby nangis. Dia mati-mati ingatkan baby orang lain...sekali nurse keluar panggil siapa suami intan? Haaa...tak melopong orang tu tetiba dah ada 3 anak. Hahaha.

Alhamdulillah...puteri yang dinanti selamat tiba. Masa bidan tunjuk ni baby apa puan? Dalam tak larat tu kemain semangat aku jawab, PEREMPUAN! Hahaha...betapa seronoknya dapat girl.

Ok...cerita dah abis...setelah sebulan baru nak publish. Pada kawan-kawan blog yang baru tahu kelahiran ni, maaf dipohon. Jom enjoy gambar-gambar ok.

Berusia 1 jam.

1 hari usianya

Ayana Zayra Sofya nama diberi. Sakan bubuh nama anak kan?
Makna: Yang cantik, berseri-seri dan bijak.

Baru umur 5 hari mama dah dera paai headband ye nak?

Ayana Day 19.

Baby Ayana bersama the bodyguards
:)



Alhamdulillah...skarang baby Ayana dah berumur 35 hari. Sihat dan banyak akalnya.









Tuesday, March 19, 2013

Ulangtahun perkahwinan.


Usia perkahwinan telah jejak ke angka 5. Tanggal 15 Mac 2008. Detik sejarah ijabkabul kami.

The Big Five. Pelbagai cabaran dihadapi. Gaduh, rajuk, manja, pujuk, gurau, tangis, tawa semua dah jadi asam garam kami.

Betapa aku bertuah punya suami sepertinya.
Jika aku rajuk tidak jelas sebabnya, masih ada yg memujuk.
Jika aku menangis pada hal2 kecil, masih ditanya puncanya.
Jika aku marah baran tidak bertempat, masih disejukkan dengan kata manisnya dan gurauannya.

Allahuakbar. Alangkah indahnya insan yang Kau kirimkan padaku. Pada kami anak beranak.

5 tahun. Terhasil 2 putera yang keletah dan insyaAllah seorang puteri akan menyusul tiba tak lama lagi. Tak dapat dibayangkan jika tiada mereka semua dalam hidupku. Pasti akan jadi suram. Pasti jadi kelam. Tanpa jeritan gelak ketawa. Tanpa tangisan hiba. Tanpa gurau senda.

Terima kasih Allah memberikan aku insan-insan yang indah padaku. Insan-insan yang memberikanku kekuatan hanya dengan memandang wajah mereka. Kau kirimkan mereka padaku untuk aku sentiasa bersyukur dan menghargai pemberianMu. Aku sangat2 berterima kasih Ya Allah.

Semoga kami sentiasa diberkati olehMu.






nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...