Kalau boleh biarlah sakit tu kita mak pak yang dapat. Anak2 tak yah la sakit2 ni...kesiannnn.
Ye lah, nak2 babies. Diorang tau menangis je la. Nak cakap tak pandai lagi.
:(
26 Oct. Sabtu.
Ayana's first day fever. Suhu 38-39. Biarpun dah ambil ubat demam dan jerlum, suhu masih di takat yang sama. Memang setiap jam akan ambil suhu. Turun sekejap takat 37.5 tapi hanya bertahan sejam dua. Lepas tu akan tinggi semula.
Ahad.
Suhu masih sama. Kerisauan bukan kepalang.
Isnin. 28 Oct 2013.
Bawa ke klinik swasta. Diberinya ubat demam, sakit tekak, selsema/batuk dan antibiotik. Aku beri ikut jam dan aturannya, masih suhu tak kurang. Hati semakin sesak. Demam anak perlu segera pulih. Sudah 3 hari begini, siapa yang tahan melihat anak sering merengek tidak selesa? - Aku MC
Selasa.
Bawa Ayana ke klinik kesihatan pula. Sepatutnya Ayana cucuk 6 bulan hari ini. Tapi disebabkan masih demam, jumpa doktor dan diberi pula ubat demam seketul. Yup. hanya seketul ubat. Walaupon dah mengadu yang Ayana telah demam masuk hari ke-4. Apabila di tanya tentang test darah, aku kena gelak oleh nurse dan doktor. Ayana tiada simptom denggi katanya. Tak perlu buat ujian darah.
Aku kesal.
Disuruh datang lagi buat rawatan susulan hanya bila Ayana semakin lembik atau erti kata lainnya dah bebetul tak larat. Gila kah? Aku bukannya mama yang sanggup tgk anak hingga x boleh makan dan susu baru nak jejak ke klinik atau hospital. Aku inginkan preventive action. Bukannya corrective action. -Aku EL.
Rabu.
Aku tawakal pada Allah. Aku perlu masuk kerja. Sebolehnya tunjuk juga muka pada bos. Ikutkan hati memang nak bawa Ayana buat blood test. Tapi kerja menimbun dan kesemuanya ASAP perlu dikerjakan. Hati memang tak tenang. Setiap 3 jam call taska bertanyakan tentang Ayana. Petang jam 2, taska sms beritahu Ayana muntah banyak. Namun suhunya menurun kata pengasuh. Aku resah sekali. Berharap jam 5.30 cepat datang. Mau segera memeluk anak kecil itu.
Malam nampak Ayana cergas sedikit. Mungkin dia muntah petang tadi, dia memuntahkan sekali bahang2 dari badannya. Suhu 37-37.3. Ada peningkatan yang positif.
Khamis.
Suhu Ayana pada pagi tu 37.8. Aik? Naik semula? Terus ku batalkan niat mau ke ofis dan segera bawa puteri hati ke klinik swasta. Doktor decide untuk ujian darah dilakukan. Berdebar sepanjang petang menanti keputusan ujian. Nurse klinik call jam 3 petang dan meminta ujian darah Ayana dilakukan semula keesokkan hari. Kerana paras plateletnya di bawah paras normal. - Aku MC.
Jumaat.
Pagi2 lagi aku ke PathLab untuk ujian darah Ayana kali kedua. Selepas ambil darah, aku pantau suhu Ayana dan alhamdulillah suhunya kembali 36.5. Suhu normal. Aku hantar Ayana ke taska, segera masuk ke ofis semula. Klinik call jam 3 petang dan alhamdulillah platlete Ayana sudah kembali ke paras normal. Bersyukur sangat.
Aku pelik sangat. Kenapalah susah sangat nak ambil darah ye? Supposedly klinik ada KPI-nya. Demam sekian2 hari (3 hari max contohnya) ...walau tiada simptom yang menonjol perlu buat ujian darah. Dari ujian darah tu lah berbagai penyakit boleh detect kan? (kawan2 doktor atau nurse boleh terangkan tak tentang ni?)
Dan aku kesalkan sekali ianya dari klinik kesihatan yang begitu mengambil remeh. Selepas ni memang takkan la aku jejak ke kk lagi kalau anak sakit. Akan ke swasta atau hospital terus.
Ayana dah sihat. Demam terkejut agaknya.
Terkejut nak merangkak.
Terkejut gigi dua batang belah bawah tumbuh serentak.
Terima kasih kalian yang memberi semangat pada aku tatkala mengharungi keperitan anak demam. Abang2nya tak pernah demam sebegini lama. Puteri nan seorang ni betul2 menduga kami.
second day demam. ciannnn...merengek je. bubuh cool fever pon nak amukan. terpaksa bubuh kat kepala sebab kepala dia paling panas sekali.
perjalanan ke klinik swasta. sampai tertido dia dalam kereta tunggu klinik bukak.
ke klinik kesihatan pada selasa. tgk je la muka layu tu. aduhaiii...~
suhu yang statik. nyampah weiiii~
demam buat habit baru. nak kain tutup muka bila tidor. -_-"
abang Jaz yang kerinduan adik Ayana tak pergi taska sekali. kemain balek dari taska je cari Ayana dan holding hands sambil minum susu.
muka budak sakit. Khamis. hai lah anak. susah hati mama tau.
kannnnn susahnya hati bila anak sakit. Kasih hari tu tgh malam 38.5 saya memang tak tunggu dah, terus je pergi wad kecemasan. Bagitau sekian sekian, terus amik darah. Ada jangkitan kuman sikit dalam darah tapi doktor kata normal since dia tengah demam, just dia bagi ubat kemudian kena pantau kalau ada simpton2 yang dia listkan tu, kena datang hospital balik.
ReplyDeletememang susah hati sangat kan anak sakit. Kasih dah tak demam dah alhamdulillah. Ayana pun semoga sihat selalu ye sayang !