Followers

Tuesday, May 26, 2015

Dari dapur Kak Tan: Ayam dan cendawan bersos tiram

Ecemak. Tetiba je muncul nak beri resepi kannn. 
Resepi ni memang bagus untuk orang yang tak makan pedas dan sukakan ayam dan cendawan.
Actually resepi ni boleh je digantikan dengan daging. 
Kak Tan lagi suka dengan daging sebab Kak Tan memang penggemar daging tegar gitu. 
(Tetiba tukar watak jadi Kak Tan. Tapi memang blogger kacik panggil akak, Kak Tan. hehe)

So, tanpa berlengah marilah kita mulakan pengembaraan. eh bukan bukan. mari mulakan memasak!

Sebelum tu, kita potong2 apa2 yang patut. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-

1) Daun bawang. Terpulang nak hiris halus atau potong panjang. Kak tan suka tengok hijau2 panjang2 dalam lauk. Jadinya Kak tan potong gitu je.
2) Cendawan shitake. Boleh juga diganti dengan cendawan butang segar atau dalam tin.


3) Oleh kerana tajuk resepi adalah ayam, Jadinya, ayam adalah hero kita kali ini ye adik-adik. :)
Ayam ni perlu dipotong kecil-kecil supaya mudah dimasak. 

4)Minyak bijan. Takde pon takpe adik-adik ku sayang. Minyak bijan ni menambah wangi masakan.
5) Kicap cair
6) Sos berperisa tiram (WAJIB ADA)
7) Sos hoisin. Kalau takde sos hoisin pon takpe. Ni saje Kak tan nak tambah rasa. 

8) Halia ditumbuk halus
9) Bawang putih dicincang halus
10) Air
11) Tepung jagung
12) Minyak masak
13) Serbuk lada hitam

Cara-cara:-

1) Perap ayam sebentar dengan kicap cair dan minyak bijan. Tak perlu lama-lama. Dalam 10-20 minit je bagi ayam resap rasa masin kicap dan minyak bijan.

2) Tumis halia dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga wangi. Kemudian campurkan ayam yang dah diperap tadi dan goreng hingga agak-agak separuh masak. kalau dah nampak ayam tu bertukar warna, maknanya dah masak la tu. 

3) Kemudian masukkan cendawan dan sedikit air. Gaul sebentar. 

4) Kecilkan api sedikit dan tutup masakan tadi supaya mereka bergaul mesra. Ini untuk menjadikan masakan tadi jadi stim dan cendawan kita akan lembut masaknya.

5) Setelah 2 minit, buka penutup dan tuang sos tiram dan sos hoisin. Ikut berapa-berapa sudu lah ye, Ikut kesesuaian. Macam Kak Tan guna ayam dalam 300gm, so guna sos tiram dalam 3 sb dan sos hoisin 2 sb. 
6) Jika suka, boleh masukkan lada benggala atau serbuk lada hitam. Kak tan guna serbuk lada hitam masa ni. 

7) Dalam mangkuk berasingan, bancuh 2 sudu tepung jagung dalam 100ml air. Tapi ni anggaran la ye. Ikut kesesuaian. Kalau terpekat, tambah air lagi. Kalau tercair, tambah lagi tepung.
8) Tuang bancuhan tepung jagung tadi ke dalam masakan. Gaul hingga sebati.


9) Masukkan daun bawang. Kacau lagi. Tutup api.

Masakan ni tak perlukan garam dan perasa kerana rasa masin dah dapat dari pelbagai sos dan minyak bijan tadi. Tapi, terpulang pada lidah masing-masing ye. Kalau rasa kurang masin, boleh tambah garam ikut sesedap rasa.

Tadaaaa!!! Siap dah. 

Close up. Amacam. Nampak menyelerakan tak? Hehehe.

Kak Tan ucapkan....Selamat Mencuba! 

5 comments:

  1. wah.. !
    saje je buat meleleh ayaq liuq ni..
    xsabar mau balik petang ni..nak try masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cuba ke myzaa? nanti up lah nak tgk hasil myzaa pulak. :)

      Delete
  2. gigih la hai nak cari button like.
    ahah anmpak sgt ter[engaruh dgn FB dah lama

    ReplyDelete
  3. ish ish ish baru jumpa balik nak stalk blog ni hehehehehehehe

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...