Maaf kalau entri hari ni macam hape je.
khalish masih on off demamnya. hati risau bukan kepalang. tadi hantar dia ke babysitter pon pesan punya pesan tentang jadual ubat dan pantang larang pemakanannya. doc dah warning hanya boleh diberi biskut, roti, sup dan teh o.
yup. teh o nipis. untuk anak bujang tu. buat ganti susu. sebab perut dia skarang ni takleh banyak2 minum susu. diarrhea masih belum pulih. badan dah kurus. dukung pon dah ringan sangat rasanya.
:(
Friday, October 15, 2010
Wednesday, October 13, 2010
Berbezanya kasih papa dan mama. Lain cara, sama banyak sayangnya.
Sepanjang 3 malam di hospital...hanya 1 malam sahaja aku menemani khalish. kerana keadaan kesihatan diri ini juga tidak begitu mengizinkan. tambahan pula, en alang menawarkan diri untuk menjaga anak bujangnya itu. biarpon nurse2 di wad tersebut ada menegur tidak manis sekiranya si bapa yang menjaga anak di waktu malam, namun en alang tetap berkeras mahu menjaga juga anaknya. lagi pula ada juga 3-4 orang kaum bapa yang menemani anak2 mereka. sepatutnya tiada salahnya kan?
aku tak risau kalau khalish di bawah jagaan papanya. sebab en alang lebih pandai handle khalish di saat dia cranky2 dan merengek2. kalau aku, slalunya aku biarkan dia saja melayan perasaan rengek2 tu sendiri sampailah dia sendiri cari aku. slalunya begitulah. dan slalu juga orang katakan aku ni mama yang tegas, tak manjakan anak seperti papanya. papanya kalau boleh, ke sana sini nak dikeleknya anak tu.
dan ramai juga yang menegur en alang lebih gentle dengan anaknya. lebih sabar dan lebih melayan kerenah anak. betul2 berbeza dengan aku. bayangkan, khalish sekiranya nampak aku pon takkan excited terlebih seperti melihat papanya. kalau dari jauh tu, dia akan pandang papanya dengan senyum simpul penuh makna sambil tangan terdepa2 minta diangkat. kalau dengan aku, dia hanya pandang, senyum dan sambung bermain. patutkah aku terasa hati? rasanya tidak kerana aku sering fikirkan sekiranya adiknya keluar nanti, bagaimana mungkin aku akan manjakan kedua2nya. dengan anak2 aku perlu adil. jadi bersikap seperti biasa adalah penyelesaian bagiku. en alang sendiri setuju aku tidak terlalu melekat sangat dengan khalish kerana risaukan jika adiknya keluar nanti, cemburu khalish akan menjadi2 pula.
Yang penting, aku tetap sayang khalish sama seperti sejak aku kandungkan dia sehingga sekarang. tidak pernah berubah. malahan mungkin bertambah. seringkali juga rindukan khalish yang genit, hanya pandai berguling2. khalish sekarang lebih demanding, lebih kuat memberontak. walau apa pon, mama tetap sayang kamu nak.

Labels:
khalish,
khalish's milestone
Subscribe to:
Posts (Atom)