Followers

Monday, December 22, 2008

beg skolah

petang sabtu tu.
aku dan en alang bersiar2 kat lumut.
santak ke malam.
dan semasa sedang berjalan kat depan kedai alat tulis,
aku terpandang satu beg sekolah yang cantik.



nanti, masa anak kite, ayang nak bagi diorang beg skolah best2 tau b.


ok yang. (terdiam kejap)
yang nak tau satu citer tak? tapi kalau abang citer, jangan plak ayang fikir bukan2 pasal family abang ok.

ok abang. takpe. citer la. ayang nak dengar.

dulu, kan ada sekejap (rasanya dalam 2 tahun) abang dok kat selangor (rasanya macam kat area sabak bernam) kan?

ha'ah.

masa tu, family abang sangat2 susah. nak hidup memang betul2 bergantung harap kat abah yang jadik driver lori.

ok. ayang tau tu. abang penah citer.

masa tu kan yang, nak bukak skolah dah. pastu, abang komplen la kat mak yang abang takde beg skolah. ayang nak tau apa mak buat?

apa dia abang?

masa tu mak dapat tau ada orang kaya kat kampung tu buang barang2 yang tak pakai lagi. jadinya, mak ambil satu beg dari barang2 yang dah dibuang tu.

mak amek beg ke? beg skolah?

(en alang geleng2 kepala). beg briefcase. yang selalu orang bawak pi keje tu. tapi masa tu, abang rasa happy sangat sebab mak usaha carikan beg untuk abang. esoknya, hari pertama skolah, abang bawak beg tu. tapi, kawan2 kelas semua gelakkan abang. kata abang bawak beg pi keje. abang orang susah. mana abang tau itu beg orang bawak pi keje kan? tapi abang buat bodo je. abang tak nak susahkan mak. abang bawak jugak briefcase tu pi skolah.



(aku dah bergenang2 air mata). cian b kan? terpaksa harung semua tu.

takpe yang, itu zaman kami sekeluarga hidup susah. tapi alhamdulillah, skang ni mak dan abah dah boleh relax2. anak2 pon dah besar2. biarpon takde sorang yang skolah tinggi, tapi semuanya dah boleh diharap.
ayang tau tak? abang ni dari kecik sampai skolah menengah tak pernah dapat beg skolah baru. asik dapat beg terpakai je. beg turun2 dari abang2. selalunya, abang dapat beg bekas pakai dari angah la. ada skali tu, abang pakai beg jenis kain nipis tu. mana la boleh tampung buku2 skolah kan? pernah skali tu, beg tu koyak, buku2 abis tercicir sepanjang jalan. patotla abang rasa beg abang makin lama makin ringan, rupa2nya beg dah kosong, takde satu apa pon buku.
abang kutip balek semua buku2 tu, balek umah, abang jahit semula beg tu. terpaksa guna pakai semula beg tu. kena tahan setahun dua lagi.

cian b.

nak buat camne. dah memang itu je yang termampu nak buat. kasut skolah pon abang boleh tahan sampai 2 tahun.

(2 tahun? gila kah? aku pakai setengah tahun pon dah terkoyak sana sini)

abang terpaksa cermat pakai barang2 skolah, sebab nak dapat tu bukan senang. bila dah dapat, kena la jaga baik2. tapi ayang jangan risau. nanti anak2 kite, abang akan belikan semua yang baik2 je. setiap tahun semua barang skolah akan berganti. bagi diorang semangat nak blajar. ok sayang?

ok abang. tapi, kalau diorang malas belajar, kite biar diorang rasa apa yang abang rasa dulu. ok? kite bagi diorang rasa susah nak cari duit.

takmo la sayang. cian budak2. diorang tak tau apa. kite bagi diorang setakat kite mampu. abang tak nak anak2 abang hidup susah macam abang. cukupla abang sorang je yang rasa.

(aku angguk2)




bila aku dengar en alang terpaksa pakai barang2 dia dengan cermat, baru aku tau kenapa dia tak suka bazir2 makanan. kalau kat umah, ada roti yang biarpon dah expired, tapi takde kulat lagi, dia selambe je makan. sebab dia kata, ni rezeki. tak baik nak buang2 camtu je. en alang jugak bukan jenis orang yang suka buang2 barang. dia ni jenis menyimpan. barang2 dia, tak payah kata la, tersimpan rapi je. kalau pakai jam, dia akan ambil dari kotak, dan simpan jugak dalam kotak. tak amcam aku, ambil dari kotak, tapi letak rata2. kat atas meja la, atas tivi la...

korang pulak camne? macam aku pulak, memang dah dibesarkan penuh dengan kesenangan (biarpon tak mewah) tapi cukup makan pakai semua. memang every year akan bertukar segala2 nya dari pensel sampai ke baju skolah. beg skolah tu tak payah kata la kan. biarpon elok lagi, tapi tetap nak ganti jugak. masa zaman aku dulu, beg swan jadi pujaan. kalau tak dapat tukar, mula la muncung sedepa. majuk ngan ayah. tapi ayah ni, jenis tak sampai hati ngan anak2. biarpon lambat sebulan dua, tetap akan dapat jugak.

tapi cam adik2 aku ni, lagi untung. semua nak, memang sekelip mata je leh dapat. tapi jangan plak ko mintak umah sebijik ke, kete lamborghini sebijik ke, mau kena pelangkong ngan ayah pulak pastu. hehehe~

bayangkan, masa aku dulu, nak mintak basikal, 6 bulan lepas tu baru dapat.
adik2 aku? hari ni mintak, esok dah dapat.
amacam? banyak beza tak?

memang tak dinafikan, cuma skang ni je ayah dah senang sket.
alhamdulillah la. ayah dapat jugak senang sket bila dah tua2 camni kan.
pulaknya, ayah ni jenis suka berkerja.
dan skang ni pon masih in service.

ishh...rasa lapar pulak.
nak pi cari makan jap la.

23 comments:

  1. alahai, tabah noh en. alang tu. ya la. klu tak tabah pun kena tabah gaks.

    tp part dia bawak briefcase tu funny sket. :D sori2. :)

    mcm qas, mmg every year tukar la. baju kasut mmg tukar. kalau adik qas tuh dia tak leh kutip baju qas, pasal dia besar dari qas. dari dulu smpai skang. so mcm skang ni, qas kutip baju dia. kahkahkha.

    dulu ayah, semua benda kasi beli baru, tppppppppppppp kena ikot tekak dia. kasut tokleh kasut sparx tu. kena kasut bata yg tapak biru ade snap satu tu je. pastu beg skolah punnnnnnnn dia nak beli kat bata. tahan lama kata nye. Haih, mmg tahan. dari skolah rendah bawak ke skolah menengah beg yg sama. tak merasa la beg swan tu. pastu pensel box lak. dia nak beli kan yg zip tu. orang nx yg kotak besi tuh. tak pun yg ade magnet tuh. depan belakang tuh. hahahaha

    tp bile dh naik skolah menengah, dh mendewasakan diri, ewahhhhh. haha dia dh tak kawal dah. kire dpt la baju skolah cap canggih. kasut cap converse, pensel box last2 yg berzip tu jadi pujaan hati. :D

    ReplyDelete
  2. hoh???????? panjang gile. :D

    ReplyDelete
  3. ayu nangis baca kisah alang.
    sesungguhnya, kita semua patut bersyukur..

    mcm ayu, biarpun mak harung sorang2, sama je lah mcm intan.. semuanya da & lengkap, alhamdulillah.
    tak penah kurang. tapi, ala kadar lah.. bukan mcm budak skrng, dh boleh pilih nak apa and brand apa. mine was simple and sederhana. yang penting, ada.

    but, mmg penting la nak tanam sifat bersederhana kat anak2 skrng...

    ReplyDelete
  4. sedihnya cite en alang tu kak.. :( mcm mak ayah diya ada gak sekali sekala cerita masa2 mereka susah dulu... kadang2 kami dengar tapi buat dono je... huhu. mungkin sebab pernah rasa susah dulu, mak ayah [ayah terutama] takmoh kasi anak2 die lak rasa susah. kira mcm sama kes ngan en alang gitu =)

    ReplyDelete
  5. ok ni sedih.
    takde part yg kelakar pon.

    tu la,
    kesusahan memang banyak mengajar kita.
    tu la erti hidup sebenarnye kan,
    tak selalu ada kat atas,
    and tak selalu ada kat bawah jugak :)

    ReplyDelete
  6. biase la tu,
    family na hr tu pun cmtu,
    tp dgr2 crita dr akak2 & abg la..
    derang dlu susah sgt
    beg kain, koyak2
    seb bek time na tu ok dah sket,
    :)

    ReplyDelete
  7. ~ sedih plak bila baca kisah en alang. amy teringat kisah my ex-bf. cemana hidup susah masa kecik2 dulu.

    yang kita lak kiranya ibu bapa mampu nak tukar barang2 sekolah baru setiap tahun. bila dengar org lain punya la susah nak dpt, baru la nak bersyukur dengan apa yg kita perolehi.

    cam adik amy skang nih, beg sekolah rm100++, every year tukar tau. and dia request ngan amy beg guess plak. gila la hmapeh budak2 zaman skang nih. zaman kita dulu, dapat beg sekolah jenama swan pun dah melompat lompat keriangan. ~

    ReplyDelete
  8. Patutlah dia matang dari umurnya. Kak intan memang wanita bertuah ^_^

    ReplyDelete
  9. aduhai...tuhan..tolong makbulkan watashi utk temui lelaki yg matang..ahhahahha
    *tp bkn suami org

    hmm...watahsi ms darjah satu..pernah bawak bag plastik je ke sekolah...
    yg mak kita beli sayur tu..yupe..yg tu watashi bawak..kdg2 kalo lg hebat,bawak paper bag..tu pun dh rasa bangga

    ReplyDelete
  10. qas,
    biasala bapak2. dah duit dia kan. mesti nak ikut selera dia. pakai kasut strap 1 tu nak senangkan anak2 dia. kalau pakai kasut tali, kan ke leceh. hehehe~
    (anak aku nanti nak bagi pakai kasut sarung jek)
    thanks bagi pendapat ek qas. panjang lebar. akak soka!

    ayu,
    betul tu. tapi tu la. budak2 skang ni kalau beg skolah tak cecah rm100, memang tak sah. tu baru beg, belum lagi kasut dia, alat tulis. oh, alat tulis mesti nak bertema. tema barbie ke, pooh ke...macam2 ek.
    ayu nangis ke baca citer ni? kite toksah kata la...memang dah berjurai2 air mata.

    diya,
    betul tu. macam alang tu, dia beria2 kata biar dia sorang je yang rasa semua susah. dia nak family kitorang nanti hidup penuh kesenangan. insyaAllah...

    anne,
    betul tu. akak suka baca pendapat anne. tu la, insyaAllah kami nak bentuk anak2 jadik orang yang tahu menghargai. :)

    nanonano,
    tu la. na untung tau. dah jadik anak bongsu ni, special sket.

    mizzAmy,
    haihhhh...budak2 skang. memang camtu. demand lebih. adik2 akak la yang untung skang ni. mintak je dapat. mintak je dapat. yup. beg skolah skang ni paling murah pon harga rm40. itu paling murah tau. akak penah tgk beg skolah harga rm300++. gile ek?

    nur'ain,
    alhamdulillah. moga jodoh kami sampai bila2. thanks ain.

    hana,
    ye ke?
    beg plastik je? kite pon penah ada classmate bawak beg plastik je. entah camne mamat tu skang. tapi takpe. hana skang ni dah berjaya dalam hidup kan? itu membuktikan hidup susah dulu2 tak mencerminkan masa depan kite. kan?

    ReplyDelete
  11. Selalunya kesusahan dulu2 tu akan ajar kita jadi lebih kuat di masa depan.. I pun sama mcm u kot.. tak susah sgt.. sederhana je, tapi tak bermakna kita tak bole cuba utk faham situasi orang lain kan..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. maksu dulu merasa gaks bab2 susah2 ni, ayah maksu pencen guru agama dpt gaji dlm RM150 jer sebulan... lebihkurang ler. baju sekolah ler, selalu dpt yang wakaf2 punyer, kecik ler, besar ler, maksu was very comot dulu :(, comot yg kiut, hahaha

    ReplyDelete
  14. sedihnye...
    mcm nak nangis pon ader. tahan aan..tahan..
    esok ader anak tataula cemane. dak2 skang demand lebih. kasik pelempang baru tahu

    ReplyDelete
  15. intan, you are so lucky to have en alang. he is a good man :)

    mak terharu...

    ReplyDelete
  16. baca kisah intan ngan en.alang nie macam kisah aarin ngan pakwe aarin gak lah..dier pun anak org susah gak dan aarin pun macam intan, minta apa pun dapat (w/pun lambat)..

    Aarin rasa lelaki yang mengharungi kehidupan begini akan lebih menghargai org disekelilingnya..jadi intan amat bertuah dapat suami mcm en.alang.. cemburu lite tau

    ReplyDelete
  17. chocaddict,
    betul tu. memang setuju sangat2.

    maksu,
    ye ke maksu. tapi tu la. memang pengalaman betul2 mengajar kite kan? terpulang pada kite untuk merubah keadaan diri atau sebaliknya.

    aan,
    betul tu. budak2 skang ni manja over2 ok. adik akak tu, tak boleh la kite ni tersilap cakap sket, mula la majuk hempas2 pintu, hentak2 kaki. panggg karang! heheheh...

    akmar,
    i will remember that. thanks dear!
    terharu ke? hehe~

    aarin,
    aik? cemburu ke? takmo jeles2 ok. aarin pon ada bf kan? hargai bf anda. hikhik.

    ReplyDelete
  18. bagusnye en.alang ni,,,

    harus aku cthi die..

    aku ni mmg tukang membazir...bole?hukhukhukhukhuk!

    ReplyDelete
  19. akak
    sedihnye baca kisah alang
    nak nangis rase
    bagus betul alang tue
    bile dia tau dia susah
    dia akan jadi matang
    semoga akak cepat2 beroleh zuriat
    shalin doakan akak
    nanti adiah satu beg swan kat shalin yer?
    heheheh

    ReplyDelete
  20. N nk beg pink tu..slumber bkak sem ni pkai beg gtu..lalalalalla

    ReplyDelete
  21. sri,
    samala kite. pasal membazir, no.1! huhuhu~

    shalin,
    tu la pasal.
    sebab tu kot dia cepat matang. sebab kesusahan diri buat pengalaman makin bertambah.

    N,
    hehehe. skolah lagi ke dik?

    ReplyDelete
  22. arghh tersebak lak baca kisah en alang tue..
    xsume hidup senang..

    bertuah akk dapat suami macam ni...so lucky:)

    ReplyDelete
  23. mmg sedih baca kisah en alang tuh .. dulu kita pun hidup takde laa senang mana, ngada2 masa kecik nak beli maggi pun ayah siap ugut kalau tak abis kena pukul..

    arwah nenek belah ayah agak senang gak, dia ada la umah kecik sebelah umah kita .. selalu jenguk dia kat umah tuh sbb nak mengendeng air milo .. nak beli sendiri family tak mampu .. ada sekali tuh terkempunan gak sbb baru nak minum cawan jatuh, air panas kena kaki .. sampai skang nampak parut kecik tuh kat paha .. huhuhu..

    kenangan sungguh.. byk lagi ceritanya tapi rasanya dah penah tulis dlm blog .. anyway, kehidupan bebudak zaman skang dah tak sama ngan kehidupan kita dahulu .. sediakanlah mana yg termampu namun jgn dimanjakan sgt :)

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...