Followers

Sunday, February 28, 2010

kenapa ada orang yang suka ugut2 macam dia sorang je yang jual benda alah tu dalam donia ni?

semalam. pi econsave manjung. bersama zaza, ibu, iqa dan khalish. en alang keje. ajik hantar kitorang je sebab kena pi tengok kawan dia tersadai kat ambank sitiawan sebab bateri kereta sudah kong. kesian kawan ajik. dahla pompuan. sorang2. bila ajik sampai je nak tolong dia, terus kawan dia nangis. "semua kawan2 aku taknak tolong aku". adik saya sangat baik kan? tolong insan kesusahan. hehehe~

so, kami bershoping2 barang2 dapur kat econsave tu. as usual beli sayur mayur, ikan2, ayam2 blablablabla...
bila dah rembat barang2 dan bayar, aku dan khalish nak duduk rehat la sambil2 tunggu ajik balek dari tolong kawan dia tu. bila tiba2 ada sorang mamat ni datang approach kitorang anak beranak.

rupa2nya tengah promote produk untuk kanak2. tumpuan kepada anak2 berumur 0bulan hingga 10tahun. ada pakej yang mempunyai cd, buku cerita dan buku kerja. ok aku sebagai mak2 memang la agak berminat. so, terus la ikut mamat tu dengar dia berceloteh. point utama adalah nak tahu berapa harganya. punyala panjang lebar mukadimah.

aku pasti dan confident mana2 mak2 di zaman moden ni tahu pembacaan dan rangsangan macam menyanyi dan menari penting untuk kanak2 supaya dia cepat belajar dan cerdik. tengok dvd macam barney dan pocoyo pon amat membantu perkembangan anak2. sebab easy learning dan selalu dok ulang2 supaya budak2 senang ikut. aku macam minat gak la kat set yang mamat ni dok celotehkan dari tadi. karakter noddy. comel. dan bila dia pasang cd, khalish pon macam terpegun kaku tengok noddy dok lompat2. huhuhu~

dan cepat2 aku tanya harga. sebab bila fikir logiknya, takat cd, buku cerita dan buku kerja dalam 10buah setiap satu, aku kire2 mungkin harga paling maksimum adalah rm300. sebab aku tengok kualiti kertas kat buku kerja tu takla memberangsangkan sangat. macam cepat koyak juga.

sekali bila mamat tu tunjuk harganya adalah lebih dari rm2ribu,  cepat2 pale otak aku ni dok kire2 bajet.
dan aku beri alasan nak tanya en alang dulu. ye la kan. suami tu penting. kenala tanya pendapat dia dulu.
kang bila aku bawak balek buku2 dan cd2, mesti dia tanya harga. dan tanya siapa yang nak bayar.

biarpon benda ni boleh bayar ansur, tapi bayaran rm122 sebulan agak membebankan kami yang banyak benda nak bayar tiap2 bulan. bukan kami tak sayang anak dengan tidak mahu membelikannya benda2 bagus begini, tapi harga bulanan itu mampu belikan dia 3 tin susu sebulan. atau 4 pek besar lampinnya. lagipon, mana lagi nak disimpan wang. sebenarnya, aku juga ada terfikir untuk memotong simpanan bulanan khalish semata untuk membeli cd2 dan buku2 tu.

ok. berbalek semula kepada alasan untuk bertanya pada en alang dulu. dan mamat tu cepat2 kata kalau aku balek untuk berfikir dulu, segala mak nenek free gift (berupa buku2 cerita yang lain2) tak dapat. biarpon aku balek semata2 untuk minta kebenaran suami. perlu keputusan aku di waktu itu juga untuk membeli. kalau nak free gift.

aku terfikir. eh? awat pulak? nak beli benda2 macam ni tak boleh tanya suami dulu kah? tak boleh berfikir dulukah?mungkin bagi kamu, kamu dan kamu rm122 sebulan takat celah gigi saja. tapi kami yang bergaji sederhana amat2 penting.  takut tarik sana singkat, tarik sini tak kena. dan aku hanya senyum. cakap takpela, saya kena tanya suami saya juga. dia penghulu keluarga. perlu dihormati dan dipandang tinggi dalam apa jua keadaan sekalipon.

tapi mamat tu sentap ok! siap tunjuk2 semua yang beli produk diorang anak2 cerdik pandai. pandai baca buku pada umur 3 tahun. pandai mengira pada umur 4 tahun. siap kata ini untuk masa depan anak. tak sayang anak ke? hello!!!! sebab sayang anak la aku kena buat kiraan macam ni. tak tahu ke anak2 tak perlu produk beribu2 untuk jadi bijak pandai? semuanya perlu bermula dengan kesungguhan ibu bapa. kalau ibu bapa tu beli je produk kamu, tapi tak mainkan cd, tak bacakan buku, dan tak beri dia buat buku kerja tu, tak guna juga. aku tahu sebab aku ni seorang ibu juga. ada belikan anak cd dan buku. tapi jarang sangat nak bukakan cd dan bacakan buku. sebab masa yang terhad. akan dibukakan cd dan bacakan buku bila hari cuti sahaja.

dan aku cepat2 berlalu dari booth mamat tu. aku tak perlu orang lain nak ajar aku macam mana nak ajar anak. bukan menolak idea dan pandangan baru, tapi kamu sampai hati kata aku tak sayang anak semata2 perlu berfikir untuk membeli produk kamu itu. kalau orang yang bersungguh2 nak jual barang, perlu beri ruang kepada pembeli. berfikir dan buat pilihan. ini nak paksa2 dan nak basuh kita pula. maafla. aku tak perlu orang seperti kamu.

pesanan penaja: biar sebagus mana produk mereka, tapi penjualnya tiada budi pekerti, memang menjengkelkan. buat mereka yang berniaga, budi pekerti amat penting dalam menjaga bisnes kamu. tak susah untuk bermanis mulut dan senyum  kepada pelanggan.

10 comments:

  1. sabar dear.

    biasalah. org jual brg ni kebanyakkannya memaksa. kalau bole time dia approach tu la dia nk kita terus setuju. harga kalau setakat 30-40 hengget takpela. ni ribu2. boleh beli keperluan baby berbulan2.

    takpe. bak kata u, didikan awal ibu bapa tu penting utk jadikan anak cerdik n bijak. bukan semata-mata buku yg dia jual tu aje!.

    ReplyDelete
  2. i sokong u lah..betul statement u tu..nak bg anak pandai tak perlu produk beribu2..yg penting kesungguhan, minat dan keazaman..

    klu nis pn jd kamu..nis blah and buat tak tau je dgn penjual macam tu..haprak jee..!!

    ReplyDelete
  3. mcm pizet penah kena kat ofis dia dtg mai pomot produk grolier adakah kita senasib??

    siap tunjuk cth org dah berjaya bla2 tp 2000++ tu mak x mampu la...huhu utang pun dah byk bukan x sayang anak tp biarlah daku didik dengan cara sendiri...

    ReplyDelete
  4. Intan.. sy pun dah kena mcm tu.. kes sy dia siap dtg opis.. ketuk pintu bilik by bilik... sy pun jawab yg sama "kena tanya suami dulu sebab melibatkan bayaran bulanan selama 2 tahun" dia pun perlekeh sy dia kata apala sgt 100 sebulan kalau nak dibandingkan apa yg anak dpt.. hati sy pun mcm panas gakla... sape yg taknak anak pandai.. tp mak2 dulu2 takde benda ni semua pun anak "menjadi" gak org pandai kan...

    sudahnya esok dia dtg lg opis minta keputusan sy samaada suami izin atau tak, sy jawab hubby sy tak izin, kalau dah sampai masanya kami beli juga nanti.. pastu dia paksa gak lg.. sy kata sy baru nak idup byk lg nak guna duit.. nanti kalau tak boleh bayar mcmana awak ke nak bayarkan.. terus dia senyap...

    tak suka betul kena paksa kan.. kalau kita nak beli kita tau la nak cari kan.. " sape taknak anak pandai kan"...

    ReplyDelete
  5. mak aih...jual buku dgn cd je 2k? gila ke hape??
    Nasib baik uolls tak beli... download je la kat internet benda2 gitu..

    ReplyDelete
  6. salam kenal =)

    pernah dok kat situasi ni..menyampah dengan jurujual sekali tak jadi nak beli.huhu

    ReplyDelete
  7. Ann,
    kite harap sangat ibu2 di luar sana tak terpengaruh dengan pujukan salesman macam ni. rm2ribu lebih tu macam2 boleh buat kalau diikutkan. tapi, kalau orang tu ada kemampuan, apa salahnya.

    nis,
    kan nis kan? wah...nis pon ikut emo cam kite. hehehe~

    pz,
    diorang datang ofis? waaa..lagi susah nak elak ek? bagi kite kan pz, nak didik anak ikut kemampuan sendiri la. barang2 nak beli tu, ikut kemampuan. tapi usaha dan kesungguhan kena push to the max! betul tak?

    eda,
    statement awak "mak2 dulu2 takde benda ni semua pun anak "menjadi" gak org pandai" memang kite setuju sangat2. yang penting parents tu sendiri ada usaha nak bagi anak tu cerdik. beli buku 3-4 hengget pon ok apa. asalkan pujuk anak beri minat padanya. kan?

    ilot,
    tau takpe...internet macam2 ada ok! hehehe~ (sib baek akak ni pandai sket)

    farah,
    salam kenal. :)
    kan? kan? nyampah kan?

    ReplyDelete
  8. aku pon sama!menyampaaahh dengan salesman cenggitu..
    kami dulu pi giant kena approach cam ni gak..grolier ar tuh..
    mmg la besh, tp depa dok paksa2 gak..at least bayaq deposit dulu pun xpa..depa ni bukan tau kita makan cukup duit ka dak..kang kalo beli2, tp cd player rosak, xpasang jugak..issssshhh

    ReplyDelete
  9. cik ah,
    nyampah gile kan? grolier ek? agaknya la kot.
    hehehe. cd player rosak adalah satu kemungkinan yang akan terjadi bila anak dah umur setahun dua. amsa tu dia dah gatai tangan nak godek semua benda. :)

    ReplyDelete
  10. x suka ler orang paksa2 beli ni.... bajetnye pun mahal nak mampos, kita ni sayang anak.... banyak benda nak kena fikir. bukan berlegar di sekitar isu buku tu jer.... apatah lagi kat orang2 yang ada ramai anak... huhuhuuhu, pendapatan pula kecil :(

    takkanlah nak tuduh x syg anak sbb tak belikan buku semahal 2ribu, ek

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...