Followers

Monday, March 1, 2010

sangat2 terkejut. anak bernama khalish ini sudah pandai bermain!

hari rabu haritu, aku balek dari ofis nak ambil khalish macam biasa. sebelum tu sempat pi beli kelapa jelly 7 biji; 3 untuk kak mis, 4 untuk family aku. dan semangat2 masuk umah kak mis sambil bawa kelapa jelly dan terus hampa bila anak kak mis beritahu yang kak mis dan suami bawa khalish jalan2.

bila aku tanya ke mana, budak tu jawab tak tahu. dan beritahu mereka dah lama keluar. macam nak cari benda. 

ok. lepas tu aku suruh budak tu kol aku kalau mak abah dia balek. bolehla aku amek khalish lepas tu. hati masih biasa2 lagi. bila aku dah bawak kereta sampai pintu pagar umah, terus terfikir...
ntah2 khalish demam kot. diorang bawak pi klinik.
ntah2 khalish terjatuh kot. diorang bawak pi hospital.

itula fikiran mak2 ok. asik terfikir benda yang buruk2 je. dan baru je nak buka tudung, kak mis kol minta datang ambil khalish. cepat2 aku drive kereta. sambil fikiran masih terfikir yang buruk2. bawak kereta tergigil2. huhuhu~

dan bila sampai je kat rumah kak mis, aku nampak ada sorang anak bermain dalam walker. aku terfikir mungkin anak jiran kak mis. tapi, bila aku keluar dari kereta, aku tengok anak yang dalam walker tu macam kenal. anak aku rupanya. mana datang pula walker ni?

rupa2nya kak mis dan suami beria2 carikan walker untuk khalish. bila aku suakan duit, ditolaknya mentah2. kak mis kata kesian kat khalish sebab khalish beria2 nak duduk dan bermain dalam masa yang sama. sebab tu la kak mis belikan walker. dan kak mis tak salah percaturan. khalish sangat2 happy dalam walkernya. siap pandai mengundur2 lagi. hehehe~




ceria bersama walker pink. ada roket2 lagi. bersungguh2 dia bermain. seronok tengok.


kalau dilihat, terpaksa disendal dengan bantal peluk di hadapan badan dan bantal busuk di belakang badan. untuk keselesaan kerana badan khalish masih tak stabil duduk dalam walker. kalau korang perasan, ada mainan tergantung di kiri kanan walker. mainan2 khalish digantung di situ untuk memudahkan khalish bermain. kreatif kan?

kadang2 rasa aku sebagai mamanya yang tak faham anak. bila ibu beri idea untuk belikan walker bulan lalu, aku tolak. kata khalish belum pandai meniarap, sudah mahu dibelikan walker. biarkan je dia belajar satu2 dahulu. tapi, aku juga yang silap percaturan. khalish mahu segalanya segera. tak mahu tiarap atau berguling. kalau dibaringkan, beria2 angkat kepala dan kaki cuba untuk terus duduk. rupa2nya walker memang sesuai untuknya. huhu~

9 comments:

  1. yeayyy..khalish dah pandai..tak per la tu awak.. kengkadang baby2..budak2 ni pembesaran diaorang tak ikut step. ada budak yg ikut step by step..ada budak yg lambat..lain2..janji sihat walafiat...

    ReplyDelete
  2. pizet blum lg beli walker untuk syauqi, nak beli tp tok dia x kasi katanya pinggang lembut lg sebab syauqi blum blh duduk...kaler pink tu khalish...pas ni kena la mak dia letak traffic light lam rumah...muehehe

    ReplyDelete
  3. alahai dr dulu nurul mmg suka tgk mata khalish sgt boolat. khalish belum boleh meniarap ke intan? dh 5 bulan kan?

    ReplyDelete
  4. alala...comelnyer...
    boolat mata dia...
    gewam tgk...dia nak advance la intan...

    ReplyDelete
  5. anak buah saya dulu.. tak nak meniarap gak.. tau2 je dah merangkap keliling umah.. ahakss..

    Khalish sgt nomey.. geram tgk..

    ReplyDelete
  6. Mcm rania khalish nie meniarap langsung xamau sibuk dok dalam walker explore satu rumah hehehe pastu dok depan tv gelak sorg2 tgk iklan haish budak zaman skang

    ReplyDelete
  7. tu dia aih..khalish dh pakai walker..eei, umah kami kecik tenonet dok pikiaq la cam na la kalo ada walker ni..jenuh abih semua barang dia langgaq..huhu..

    ReplyDelete
  8. ala syomelnya khalish dah pandai main yaaa!

    habesla 1 umah die langgar tu kang..kaki dah shampai ke syggg?
    Qies pon dah ade walker,mak ngah dia kasii..tapi tula still terhuyung hayang bdn tak stabil lagi.

    khalish gud boi kan.
    muahh ckit!

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...