Followers

Tuesday, June 29, 2010

Pertama.

Kedinginan subuh pagi itu terlalu sejuk sehingga boleh rasa ianya mencengkam tulang. Perlahan-lahan selimut yang dari tadi berada di hujung kakinya ditarik Amira rapat-rapat sehingga ke bawah dagunya. 

Ibu Amira menguak pintu bilik anak daranya. Terjegil matanya melihatkan satu-satunya anak dara yang dimiliki bergulung pula di dalam selimut. Baru 5 minit tadi dia mengejutkan Amira untuk solat Subuh bersama-sama.

"Amira, bangun! Ibu dah kejut tadi, boleh pulak dia tarik selimut ye." Ibu Amira bersuara memecah keheningan pagi.

Terkejut dengan suara ibunya, segera Amira duduk sambil menjuntaikan kakinya di tebing katil.

"Cepat basuh muka dan ambil wudhuk. Kita solat Subuh sama-sama." Ibu Amira mengajak.

Dengan penuh kemalasan, Amira menyeret kakinya ke bilik mandi dan mengambil wudhuk. Amira terasa segar saat air yang dingin itu singgah ke mukanya. Terus Amira berasa cergas dan segera berwudhuk. Risau pula ibu bising lagi sekiranya dia melambat-lambatkan wudhuk.

Saat Amira menerjah ke bilik solat, ibunya telah siap sedia bertelekung sambil berwirid di sudut bilik. Segera Amira menyarungkan telekung berbunga birunya dan pantas tangannya menghampar dua sejadah menghadap kiblat.

Amira mengajak ibunya solat memandangkan waktu Subuh hanya bersisa 20 minit sahaja. Amira mengimamkan solat mereka berdua. Semenjak kematian ayah dan pemergian adiknya melanjutkan pelajaran ke USM Pulau Pinang, tinggallah mereka berdua di rumah. 

Selesai solat Subuh, Amira mandi sementelah ibunya menyediakan sarapan. Pagi itu Ibu Nur, panggilan mesra rakan-rakan Amira dan jiran tetangga memasak nasi goreng memandangkan nasi hasil tanak malam tadi masih banyak lagi.

Ibu Nur sedia tahu selera Amira. Sukakan yang pedas-pedas dan yang penting, mesti ada ayam dalam setiap masakan. Ibu Nur sengaja masak lauk sayur sawi goreng sebagai lauk sampingan nasi goreng. Memandangkan nasi pun banyak, bolehla Amira bawa bekal ke pejabat. Amira gemar sekiranya dapat bawa bekalan dari rumah. Tak perlulah dia ke cafe kilang yang sentiasa penuh orang tu.

Pagi itu Amira memakai baju kurung merah hati berbunga kecil kuning. Disarung pula uniform kilang separa lutut menutup baju kurung itu. Setiap hari bekerja, van kilang akan mengambil Amira di hadapan rumah jam 7.15 pagi. waktu kerja Amira bermula jam 8 pagi.

Ibu Nur dipeluk Amira dari belakang semasa Ibu Nur sedang menyiapkan bekal untuk anak daranya itu. Walaupun sudah berumur 23 tahun, tetapi manja Amira memang terserlah. 

Amira terlihatkan nasi goreng dan sawi goreng di atas meja makan. Bersinar2 matanya melihatkan nasi goreng kegemarannya. Segera kerusi ditarik tanpa mempelawa Ibu Nur yang tersenyum melihatkan anak perempuannya makan.

"Tu dah baca doa makan ke?" sapa Ibu Nur.

Hampir tersedak Amira bila ditegur begitu. Air teh o suam dihirup pantas.

"Amira baca dalam hati la ibu." sambil tersengih memandang ibunya.

"Ibu, marilah makan sama-sama. Maaf ye ibu. Tadi Amira geram sangat tengok nasi goreng dan sawi ni. Terlupa nak ajak ibu makan sekali."

"Takpelah Amira. Ibu nak makan lepas siram pokok bunga kat depan tu. Amira makan dulu. Nanti van sampai tak sempat pula."

Memang benar apa yang Ibu Nur katakan. Tak sampai 5 minit Amira menjamu selera, van kilang membunyikan hon di hadapan rumah.

Segera bekal dicapai, kasut disarung dan tangan kanan Ibu Nur dicapai lalu dicium. 

Laju kaki Amira menuju ke van kilangnya. Anis kawan sekampungnya dan bekerja satu kilang dengannya melambai-lambai tanda menyuruh Amira segera naik van kilang.

"Cepat la Amira, hari ini ada perhimpunan. Nanti kena denda pula." ujar Anis.

Setiap Isnin, kilang mereka mengadakan perhimpunan dan senaman ringan untuk pekerja-pekerja. Dan kebiasaannya, mereka yang lewat tiba sewaktu perhimpunan akan didenda untuk mengetuai senaman ringan. 

Amira melompat kecil menaiki van kilangnya. Di dalam perjalanan, Amira dan Anis galak bercerita tentang hidup masing-masing. Anis sebaya dengan Amira, tetapi jawatannya lebih rendah dari Amira. Amira penyelia manakala Anis operator. 

Anis berkelulusan SPM, cukup-cukup makan pula. Amira pula berkelulusan STPM. Keputusan yang boleh dibanggakan dengan 3A. Akan tetapi, ketika itu ayah Amira pula meninggal dunia kerana kemalangan di tempat kerjanya, terpaksa Amira mengambil alih menjadi ketua keluarga dengan bekerja. Nak diharapkan pampasan dari kemalangan arwah ayah Amira, duit itu perlu diagih-agihkan dengan melangsaikan hutang kereta dan hutang kedai runcit Pak Li. Bakinya bolehlah untuk menampung keperluan pendidikan Aidil, adik Amira yang ketika itu baru hendak memasuki tingkatan 5.

Van kilang yang dinaiki sampai ke kilang membentuk plastik itu tiba ketika jam menunjukkan hanya ada lagi 4 minit ke pukul 8 pagi. Berlari-lari mereka berdua mengejar masa untuk mengetik kad masing-masing. Setelah beg diisi di dalam lokar, mereka berlarian pula ke padang untuk perhimpunan. Bayangkan sahaja 2 orang anak dara berpakaian baju kurung berlarian begitu. Amira yakin sekiranya Ibu Nur melihatkan tingkah laku mereka ketika itu, sudah pasti akan menjadi bahan bebelan.

Staf seperti jurutera, penyelia dan operator akan berkumpul sekali di tengah padang. Cuma pihak pengurusan sahaja yang akan berdiri di atas simen berketinggian 12 inci menghadap staf setiap kali perhimpunan diadakan. Pagi itu, terdapat 3 muka baru di barisan pengurusan.

Anis menyiku Amira, "Amira, tengok mamat pakai baju biru tu. Hensem ye?"

"Ish kau ni. Ada-ada saja. Entah-entah dia orang tu dari jabatan kesihatan." balas Amira. Sungguh dia tak ambil pusing langsung tentang 3 muka baru di hadapannya.


end of Pertama. Nantikan Kedua. Itu pun sekiranya ada permintaan. Jika tiada, maknanya kisah Amira tamat sehingga sini. Terima Kasih. 

14 comments:

  1. yapedaa..
    baru nk feeling2 sedey..
    *confiden je citer ni citer sedey* :p

    ReplyDelete
  2. Jgn lupa sambung tau. . . =)

    ReplyDelete
  3. best. wow..intan ade bakat terpendam..

    ReplyDelete
  4. khalish..
    pujuk mama suh sambung story ni ek..
    aunty tunggu tau..

    time kaseh khalish :)

    ReplyDelete
  5. layan novel plak...mek layan dan support saje..teruskan..teruskan..usaha tangga kejayaan..mek nak naik eskelator je

    ReplyDelete
  6. wauuuu...dah tukar profesion kerr?? dah terbit novel nanti jgn lupa bitau akak yerrr...ehem ehem...nak novel free satukkkk...aakakakaka....

    ReplyDelete
  7. alaa kak..nk smbungan..plz..plz..plzz..

    ReplyDelete
  8. wah..pandainyer kamu menulis...sambunglah lagi..dan jadikan ianya bersiri...tabik spring laa....

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. wow!bestnye..gaya bahasa yang mantap!! :D

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...