Followers

Thursday, October 21, 2010

Gender? Hmm....

Ramai yang tersilap teka. hehe.
kali ni boboi jugak la korang. takpela...asalkan baby sehat2 je kan?
aku tak kesah boy atau girl. sebab dapat boy pon orang dok kata dia girl kan.
cuma tak boleh nak gayakan ngan skirt, gaun dan riben2 la.

dan disebabkan pregnancy kali ni aku saket teruk sangat, ramai advice biarlah kandungan ini adalah yang terakhir. aku pon dah give up sebenarnya.
bukannya apa, kesian kat baby. punyala banyak jenis ubat aku amek semata2 sebab demam yang tak abis2 ni. doc pon dah kurangkan jumlah ubat.
ramai jugak tegur aku dah kuru sangat. semalam lepas mandi, aku bertuala dok depan cermin. sekali aku leh nampak tulang selangka aku ok! dah tentu2 badan macam aku ni nak nampak tulang selangka tu adalah mustahil. tetiba leh nampak. aku tunjuk kat en alang, terus dia pandang aku dengan perasaan kesian. dia datang kat aku, cubit2 pipi aku dan kata,

abang rindu ayang yang tembam2 macam dulu.

entahla. pregnancy kali ni cabaran dia sangat2 mencabar. aku tak lalu makan, asik muntah2, demam on off. orang mengandung berat bertambah, aku plak makin turun atau statik. 

harap2 ni semua sementara. en alang dah fikir yang bukan2. dia kata entah2 aku kena tegur dengan apa2. atau kena buatan orang. aku tak suka pikir benda2 mistik camni. harap2 takde apa la eh.

:)

doakan aku baik2 je ye. risau juga.

14 comments:

  1. dugaan peknen tiap² anak x sama..
    sabar yer ..


    akak pun berat x naik sgt , naik 2-3kg dr berat b4 peknen padahal dah nak masuk 6mths .

    ReplyDelete
  2. huhuhu..best nye kurus~=p..joking..dugaan prenant kut intan. jgn give up~

    ReplyDelete
  3. wahhh boy jugak.. takpe asalkan anak sihat.. kurus ya intan.. kalau ida plak timbang tak penahnya turun masa pregnant.. kesan ubat hormon berat naik je... sebab ida kena amik ubat hormon nak bg mika kuat dlm rahim... harap2 intan terus sihat sampai melahirkan.. fikir positif je.. mungkin alahan yg teruk...

    ReplyDelete
  4. skang wtaahsi dah fhm besarnya pahala ibu yg pregnant..byk rintangan sebelum baby lahir.uhuhuh

    ReplyDelete
  5. hehe.tak pe..da dapat dua hero..bagus anak lelaki ni,sok da kawin,ibunya tetap utama.hehe

    emm..samalah kita k.intan..ingat sy sorang je duk telan ubat.dulu masa Aleesya mmg elak tul mkn ubat.sakita pala,demam pun tahan je.kali ni mmg tak thn.telan je ubat.sian baby.tp,nak wat cane kan.bdn tak larat.sy pun sama,berat bdn tak naik2.dulu,3 bulan pun da berisi..

    ReplyDelete
  6. mintak jauh-jauh yg bukan-bukan itu. maybe pembawaan budak kot. btw, it's a boy???? khalish ada geng lah macam nie. tak per lah, boy or girl tuh tak penting. yg penting ada zuriat sendiri kan?

    ReplyDelete
  7. Boy? Alhamdulillah....

    Tak kisah la..asalkan anak kan?

    Jaga diri bebaik, Intan and itu semua dugaan masa mengandung. Insya allah everything will be fine.

    ReplyDelete
  8. boy or girl tak penting, yg penting adalah bb sihat!!

    intan pun jaga diri baik2. byk dugaan n ada hikmah di sebaliknya

    ReplyDelete
  9. hopefully x de laa kaitan gn mistik2 tu kak...

    boboy pon x pe..jnji cute...akak jg kesihatan k...kuatkn semangat...

    ReplyDelete
  10. ade adiah x? kite teka betul ni..hihi

    ReplyDelete
  11. kak, lps ni kena siap sedia bersilat la ekk..hehe..maklumla, dh 2 boy. xpe, sorg 1..hihihi

    ReplyDelete
  12. dugaan mengandung orang kata..
    macam kita siap masuk spital masuk air bagai, tapi tatap nak mengandung jugak nanti... =)

    skang awak cakap cam2, sok sok kang mesti nak ngandung lagik, heheh.. mana cukup dua woooooooooooooo

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...