Followers

Wednesday, December 22, 2010

Baru balek dari KK. Klinik Kesihatan daaaa~

ada appointment khalish dan appoinment diri sendiri yang aku terlupa mati dari minggu lepas. huhu.

khalish sepatutnya diberi ubat cacing je harini. tapi disebabkan mamat tu demamnya makin kuat dan suhu asyik turun naik je, jadinya rawatan untuk demam pula ambil alih. dari masukkan ubat demam kat bontot, ambil darah dan menggunakan nebulizer untuk mencairkan kahak mengamuk sakan. mungkin kerana badan tak selesa kerana demam...menambahkan keadaan menjadi huru hara harini. apabila nurse ambil darahnya, kemain meronta bagai nak rak. buktinya? baju nurse abis terpercik darah khalish. masa menggunakan nebulizer juga sama. amuknya makin bertambah. aku tabahkan hati memeluk khalish kuat2 demi nak menghabiskan dos yang diberikan. saket2 badan aku kerana rontaan khalish bukan calang2.

sepanjang berada di klinik khalish hanya ingin memerap dengan aku saja. menyesal pula tak ajak kak mis skali ke klinik. kalau tak, senang sikit urusan aku. taklah mengendong dia saja dengan perut terboyot2 ni.

habis segala urusan di klinik jam 11.20am. hantar khalish ke rumah kak mis dan zaza ke rumah ibu dan seterusnya memecut kereta ke pejabat. dan sekarang aku berada di sini menaip selaju mungkin kerana terdapat urusan kerja lain perlu dibereskan.

en alang flight dari miri malam ni. esok pagi dapatlah ketemu cinta hatiku itu. tak sabar ok! :)

8 comments:

  1. yg,
    lame dah xtunjuk gmbar khalis yg terbaru,
    nk tgk sket muke hero yg demam tu, :)

    ReplyDelete
  2. lorr siannya khalish demam ekh? makan ubat tau khalish.

    ReplyDelete
  3. hopefully akak & khalish sehat2...en alang balik..haruslaa btmbh sihat...

    ReplyDelete
  4. khalish dah ok kak intan?
    dia rindukan ayah dia la tu kot..

    cepat sembuh ya sayang.. :)

    ReplyDelete
  5. Hi Mommy,
    Let's win cute slogan tees for your kids in conjunction with our blog launch!
    mykedaibaby.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. ala siannye, hope khalish cepat sembuh....

    ReplyDelete
  7. tentu khalish nak kat mak dia jer. sabar ya intan

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...