Followers

Monday, December 13, 2010

Bila dah hari2 dia tanya, aku naik segan weiii~

Babysitter khalish, kak mis dah nak dekat 2 minggu hampir hari2 skang ni tanya kat aku/ibu/en alang sama ada boleh tak khalish tidor kat umah dia satu malam je?

kalau ikutkan en alang, memang mati hidup semula pon takkan dia bagi punya. ibu pulak suruh aku bagi macam2 alasan nak elak khalish tido umah dia. yang aku pulak...dah tentu2 aku yang antor amek khalish hari2. so aku la yang ngadap kak mis dan suami dia tu. serba salah wei. tiap kali kak mis tanya kat aku, aku senyum je. kata tak pon tidak, kata ya pon tidak.

diorang ni penyayang sangat2. buat khalish tu macam anak diorang sendiri. sebab tu beria nak mintak izin kitorang supaya khalish leh spend 1 malam kat umah diorang.

en alang risau kalau2 khalish terlebih manja dengan babysitternya tu. mana taknya..even kak mis jaga dia pada siang hari saja pon khalish dah ngada2 terlebih dengan kak mis. suami kak mis tu sanggup dalam seminggu amek cuti pada hari bekerja semata2 nak luangkan masa dengan khalish dan ganti hari cuti tu dengan bekerja pada weekend. tak ke rasa sesuatu di situ? macam diorang pulak mak pak sebenar khalish ok. haha.

nak2 pulak dahla amek khalish dah nak pukul 6pm. pastu kadang2 pukul 8mlm dia dah gosok2 mata ngantuk. takkan nak paksa2 dia main ngan kita pulak kan? so tidorkan dengan harapan pagi esoknya leh main ngan dia. bagi aku biarpon masa dgn anak terhad, tapi sekurang2nya dapat tgk muka dia hari2 pon takpela. terubat rindu, terlepas lelah kerja.

tapi korang...ni kan en alang outstation. wah..lagi la diaorang merayu2 nak jaga khalish malam2 eh. kata kesian kat aku la apa la. hehe. aku dah berkira2 nak beri khalish tido umah diorang khamis malam jumaat. so...ada ke patut tindakan aku ni? aku dah suarakan dengan en alang. pada awalnya dia tak beri tapi aku dah bagitau dia dah tentu2 hari2 aku dok ngadap kak mis tu dan aku jugakla kena dengar rayuan dia, aku jadi tak sampai hati. terus en alang kata ok, tapi kalau diorang mintak nak khalish tido sana lagi...abang takkan izinkan dah. hoihhh~

penat pikir, penat taip. masalah simple tapi penyelesaian rumit. camne eh korang? kalau korang, korang wat keputusan camne?

9 comments:

  1. intan.. dulu kan mak kita pesan kalau boleh jgn bg anak tido umah org... nanti dah sekali nak lg.. tak tau la.. sebab dulu kita yg kena camtu.. susah benar mak nak bg tido umah org... lg plak tak sedap 1 hari tak tgk anak kan..


    tp yerla tentu intan serba salah.. org tu plak baik ngan intan n khalish kan.. ataupun ckp kat kak mis... en alang bg sekali ni je.. hehehhe

    ReplyDelete
  2. berterus terang tu kadang2 adalah perlu biarpun pahit tapi bila dah baik ni jd serba salah...entahlah susah gak tu nak jawab

    ReplyDelete
  3. khalish dah dpt babysitter baru ke intan?

    ReplyDelete
  4. kalau sy tak boleh kot. cuba ckp elok2. ckp suami tak izinkan. hehe.

    ReplyDelete
  5. hmm diaorg tak der anak ker..Actually anak saya pernah tido umah pengasuh sebab terpaksa..kalau ikutkan berat gak hati nak lepaskan. Situasi skang ni tak de sebab nak suruh dia tido situ kan. Tak yah la kot

    ReplyDelete
  6. mmg serba salah kan. kalo kita pon tak reti nak wat keputusan. cakap je lah tunggu la khalish besar skit bleh la tido ngan org. boleh ke alasan mcm tu? mcm tak munasabah je heehe

    ReplyDelete
  7. intan..1st time stopping here..

    my babysit pun mcm tu jugak..sgt2la penyayang n layan anak kita macam anak sendiri..tp tu la..takut jugak kalau dh bagi sekali nk jadi 2,3,4x pulak..al maklumlah dah terbiasa..

    budak2 memang akan rapat ngan babysit dia sebab most of their days ada ngan diaorg..balik umah pun dh dekat malam n mas atu pun kite pun dh penat nak main2 ngan dia...

    anyway, ikut rasa hati..but my personal opinion, if xde ape2 n selagi kita larat, xpayahla kot hantar tdo kt umah org..tp tu la..kenala pandai bermain ngan alasan...

    ReplyDelete
  8. beb mak aku memang babysitter sejak bertahun lamanya... baby 1st dia jaga baya adik aku umur 24 thn dah... sejak tu aku pun lost count berapa anak asuh dia..sehingga sekarang..

    tak pernah lak mak aku mintak tido. tapi sayang tu mmg betul.. cuba kira baper jam pengasuh ngadap anak tu seharian dari lepas pantang... maunya tak sayang..aku yg tak jaga pun leh sayang dorang...

    tapi dia takdelah sampai nak jaga siang malam termasuk wiken..maklumla anak2 dia sendiri ramai nk jaga... :)

    **jiran aku babysitter sepanjang minggu...mak pak budak tu hanya amik budak tu jumaat pastu hantar balik ahad...lg kejam...

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...