Followers

Tuesday, April 6, 2010

tersentak kejap. biarpon aku bukan berada dalam situasinya.

pada profil fb seorang kenalan.
tertulis takziah kepada rakannya yang baru kematian baby 6 bulan petang semalam.
punca kematian: lemas susu. paru2 penuh dengan susu.

nak tau camne leh jadik?
pengasuh arwah baby tu tinggalkan baby hisap susu sendiri dalam buai.
bila ditinggalkan kejap, tgk2 mulut arwah baby dah berbuih2.
sedih kan?
:(

oleh itu kawan2 sekalian,
mana2 yang biasa tinggalkan anak minum susu sendiri, (termasuk aku)
pulaknya, biarkan anak menyusu dalam buai,
kena sentiasa pantau.
kalau boleh, jangan bagi dia menyusu dalam buai sendiri. kite kena tgk.
sebab dalam buai, baby akan terperosok dalam kain.
dia tak boleh nak iringkan badan kalau rasa tersedak.
dan anak yang tidor atas tilam pon, kena sentiasa perhatikan.
terutamanya yang below 6 bulan,
sebab most babies below 6 months tak pandai mengiring sendiri.

sama2 kite beringat ye kaum ibu &bakal ibu sekalian.
(dan juga yang bujang, ini sebagai panduan)
aku pon suka je biarkan khalish hisap susu sendiri.
bila terbaca berita macam ni, cepat2 aku call pengasuh khalish.
tanya buat apa, dah makan ke, dah minum ke, ceritakan kat pengasuh tu pasal kisah arwah baby ni...risau ok!

semoga keluarga arwah baby tabah di atas kehilangan yang perit ni.
Al-Fatihah.
:(

17 comments:

  1. alahai... :( :(

    takziah yep..

    alfatihah.. :(

    ReplyDelete
  2. yang...memang x leh biar sebenarnya derang isap susu sendiri...sebab ada gak kes dah 9 bulan mati tersedak susu ni...kes sama bg hisap dalam buai gak...mintak dijauhkan lah...scary

    ReplyDelete
  3. mmg bahaya tinggalkan anak menyusu sendirian.kite kene rajin pantau..

    ReplyDelete
  4. alololo, sian nyer baby tu..al-fatihah..jgn kata minum sendiri, actually paed ku kata, baby below 6month xleh minum terlentang or baring..kita kena riba or dukung dia ala2 breastfeed...sbb takut tersedak lar..hhhmmmm..sedey :(

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. alahai. berita2 gini yg menyebabkan hati tak besh..

    tp apa leh buat kan. menda dah jadi. harap sangat pengasuh alia tak wat mcm ni.

    * memang takleh bg susu dlm buai. sy dh pernah kena marah dgn nurse sbb tanya boleh ke bg baby susu dlm buai*

    ReplyDelete
  7. uish.. tiba2 terigt kat amir.. dah la jauh.. al-fatihah utk arwah baby tu..

    ReplyDelete
  8. sama2 lah berhati2 dlm membesarkan anak2..

    ReplyDelete
  9. intannnn... :( sedihnya... al-fatihah :(

    ReplyDelete
  10. al-fatihah....thanks cite...dapat mengingatkan diri saya jugak..sok kene ingatkan pengasuh plak..huhu....

    ReplyDelete
  11. takziah..

    jgn bg susu kat khalish then sendal dgn bantal tau.. kononnya nak pegi buat keje lain.. jgn sesekali. luangkan masa sikit dgn pangku anak dan bg dia minum susu.

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...