Followers

Monday, June 28, 2010

Ya Habibi Ya Maulana!

sabtu tu kitorang ada kenduri kat perumahan KLIA, nilai. sepupu ayah kawenkan anak dia.
makanan semua sodap2. mana tak nya, tukang masak diimport all the way from batu pahat.
memang dasat laaa...~

dan lepas makan kenduri, pi umah kakak ipar maksu aku kat nilai 3.
rumah dia betul2 belakang nilai 3 yang jual2 kain2 dan karpet2 tu je.
dah tak heran kat dia tempat tu. dan masa kat umah situ, kitorang pekena bubur pulut hitam dan puding laici. memang puas makan je la haritu.
dan malam pulak, kitorang feeling2 arab la sket. makan nasi arab.
terbayang2 kat mata aku lamb kabsah.

lokasi: cyberjaya. area cyber 5 rasanya.
nama restoran: saba restaurant
service: 4.8/5. laju je servis dia. lagi 0.2 tu hilang sebab diorang terlambat sket kemas meja.
kelazatan: 4.8/5. sebab aku pasti ada tempat lain yang lebih sedap dari sini. tapi setakat ni, inilah nasi arab yang paling sedap pernah aku rasa.
harga: lamb kabsah large - RM20
          chicken kabsah large - RM15
boleh makan sepinggan 2 orang. portion orang arab kan besar2.


muka kebulur masing2. as usual, muka aku memang nampak kusam waktu pregnant ye. puas tonyoh2 muka ni bagi hilang blackhead/whitehead, tetap kusam juga. adakah akan keluar baby boy juga?

meh kenalkan mereka2 pada korang yang tak kenal kami lagi.
clockwise from left: en alang suamiku, ajik, iqa (dan ibu), ibu dan ayah dan aku serta zaza.

budak ini ialah khalish. dia tidor sepanjang kami makan ye. dahla tak bawak stroller. terpaksa aku dan en alang gilir2 ribakan budak 9kg ni.


kami suka makan nasi arab tu dengan hot sauce ni. ada juga disertakan acar dan satu lagi "sambal". yang "sambal" tu tak tahu le nak panggil apa. sebab macam hasil gabungan tomato, bawang dan cili sket. tapi tak amek gambar pon. aiyoh..lupa2.


chicken kabsah.


lamb kabsah.


mari mabuk2. takla. ini 0% alcohol. rasa macam sparkling je. peach ni tak sedap sangat. haritu rasa yang hibiscus (bunga raya) tu sedap! diorang semua minum bavaria ni. tapi masa ni aku minum lime juice je.


lamb kabsah lagi. kali ni boleh nampak lamb nya. kambingnya sangatlah lembut. tak rasa macam makan daging pon. ala2 melt in your mouth gituuu~


restoran ini lah! 


hasil akhir santapan kami.
;)

so pada sesiapa yang dok kat area lembah kelang tu, sila lah cuba ye.
ibu la yang suka sangat lamb kabsah ni. masuk ni, diorang dah makan 3 kali dalam masa 3 minggu. dasat kan?

edited 3.56pm: nasi arab ni tak berminyak dan tak muak. nasi dia pon lembut je. dan kalau takut muak, korang leh makan ngan hot sauce tu. cubalah!

14 comments:

  1. hehe..seb bek kami xsuka makanan arab cenggini..jadi air liur adalah dapat dikawal!hehe

    ReplyDelete
  2. nampak sedap...pizet x duk area lembah kelang...macam mana neh...hehe

    ReplyDelete
  3. dear,
    tempat ni mmg sedap. lunch hr mai kul 12tgh pun dah kena beratur panjang sebelum dpt masuk. food bg 2 thumbs up (pd saya lah) cum kalo ade baby kecik2 sgt mcm tak sesuai pegi tpt tu.

    ReplyDelete
  4. tak gheti makan makanan arab...rasa macam byk butter dan berminyak je...beriyani pun susah nak makan..camno?

    ReplyDelete
  5. walawehh..
    cantek cat rumah dia skrg..
    dgn langsir(header) barunye..hihi



    seyes mengiurkan btl tgk nasik tu..
    huhu seb bek tgh kenyang ni :p

    ReplyDelete
  6. hoih. pengsan ok makan kat sini.
    kambing tu yang tak tahan. gile meleleh. ayam pun, ayam pengsan. nak2 lagi ciken hanith. kalo ciken kabsah, tak rase sgt rempah2 dia.. mauuuuu!!!

    ReplyDelete
  7. restoren ni memang glamer orang cakap sedap. tapi farah tak pernah try lagi. mungkin boleh try ni.huhu

    ReplyDelete
  8. memang sedap food kat sini. lunch time je sure penuh. ari tuh makan kat sini siap emo2 sebab ada org tunggu meja pastu cam tak berbudi bahasa..tapi food dia..terbaik!

    ReplyDelete
  9. hee saba ni deoan rumah anne pon ade.jalan kaki je.huhu.mmg sedap pun,ramai je org selalunye.

    ReplyDelete
  10. cool gilerr mamat tu tdo..baek laku si abang...

    alamak..nasik nmpk menarikss..tp kambing ni N x mkn..

    ReplyDelete
  11. mmg nak kena cuba nie, dah la aarin nie peminat lamb...

    ReplyDelete
  12. makanan ni tidak berjaya menarik perhatian kid..

    tapi si khalish sedang sedap tidur tu yang membuatkan jantungku bergegar..!!!

    ReplyDelete
  13. restoran ni mmg glemer, tp tak penah terjah...


    kat seremban pun ada restoran nasi arab mcm nih, & mmg nasik depa tak berminyak.. lembut giler, best!

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...